Isnin, 26 Disember 2011

SAYUR PETOLA TUMIS AIR

Ini resepi dari dapur sendiri lak he3..dah lama teringin nak makan sayur petola tumis air macam ni,dlu arawah bonda selalu masak sebab kOi suka sgt makan..dlu2 bonda cuma letak suun jer tp skrg kOi update sikit letak fucuk sb hubby suka makan fucuk nie....



BAHAN-BAHAN

1. 2 batang petola sederhana besar
2. 100gm udang kecik
3. suun - ikut suka byk mana
4. fucuk - ikut suka jgk
5. 1 batang cili merah
6. 1 ulas bawang puth - di potong nipis
7. 2 biji bawang merah - di potong nipis

CARA-CARA
1. Panaskan sedikit minyak kemudian masuk kan bawang2 yg di potong nipis hingga kuning
2. Masukkan udang,gorengkan sekejap kemudian masuk kan air biar kan sehingga hampir menggelegak baru masukkan petola biarkan sehingga agak lembut..
3. Bila petola dah agak lembut baru masukkan suun dan fucuk serta cili merah,kemudian perasakan dengan garam..
4. biarkan sekali mendidih,sedia utk dihidangkan

RENDANG AYAM GAHARU CMG

Resepi dari umah blogger masakan paling glemer di Mesia CMG...RENDANG AYAM GAHARU..


RENDANG AYAM GAHARU

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2
500 ml santan
2 camca besar kerisik
3 keping asam gelugor
2 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
5 batang serai, hiris halus
1 inci kunyit hidup
25 biji cili padi siam

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Satukan bahan2 kisar dengan rempah kari dan cili kisar, kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar tadi dan tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah santan, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan kerisk dan asam gelugor, kacau dan masak hingga rendang kering.
3. Tabur dengan hirisan daun kunyit, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, pulut, nasi impit atau pun roti...

TAKO

Salam..
dah lama xupdate,kali ni juz gambar dan resepi jer,malas nk menaip dahhh hu3...


TAKO, resepi amek dari umah ibundo dah dah berkurun buat tp malas tahap pape ntah tuh yg xupload dlm blog...


TAKO…

Resepinya
Bahan bawah:
85 gm tepung hon kwee hijau
1100 ml air
130 gm gula
1/2 biji kecil sengkuang dipotong dadu
sedikit pewarna hijau
daun pandan untuk dibuat bekas taco kalaau suka. Bundo taruk dalam gelas je. Senang cerita.

Masukkan tepung, air, gula dan sedikit pewarna hijau ke dalam kuali. Masak di atas api perlahan sehingga jernih. Masukkan sengkuang. Kacau rata. Masukkan ke dalam bekas.

Bahan atas:
4 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu teh garam

Masak semua bahan hingga berkilat. Tuang ke atas bahagian yang hijau.
Sejukkan.