Rabu, 10 November 2010

PUDING ROTI SOS KASTARD

AsSalam semua...
puding dah lama tgk kat blog kak hana, pehtu dah lama jgk dah buat, pehtu mmg dah lama nak masak blog, pehtu mmg dah lama malas hahahaha...boleh buat karangan mcm tu x...malas ckp byk layan je la

PUDING ROTI SOS KASTARD - HANA

Bahan-bahan
• 500 ml Susu segar
• 8 keping Roti
• * 4 sudu besar Gula halus
• * 2 sudu besar Butter- cairkan
• * 2 biji Telur
• * 1 sudu teh Esen vanilla
• * 1 sudu besar Tepung Jagung
• * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
• 2 sudu besar Kismis

Untuk Sos Kastard
• 1 tin susu cair
• 2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
• 2 s/b gula

Cara-cara
1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
4. Taburkan kismis diatas adunan.
5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
7. Tuang ke atas puding roti tadi.

1 ulasan:

  1. nampak menarik pudung roti ni.... harus cuba!

    BalasPadam