VERY SOFT CHOCOLATE MARBLE CAKE
Bahan A
250g majerin/mentega
100g gula halus
1/2 tsp garam
5 biji kuning telur
1 tbsp susu sejat
1 tsp essen vanila
200g tepung gandum
5g baking powder
Bahan B
5 biji putih telur
100g gula halus
Bahan C
1 tbsp serbuk koko
1 tbsp susu sejat
1 tbsp coklat emulco
Cara-caranya:
1. Pukul majerin/butter bersama gula dan garam dari Bahan A hingga betul2 kembang dan gebu.
2. Setelah gebu, masukkan kuning telur satu demi satu dan pukul hingga sebati. ( Semasa mengasingkan putih telur dan kuning telur, pastikan tiada walau sedikit pun kuning telur yang tercampur ke dalam putih telur)
3. Tambahkan susu sejat dan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder kedalam adunan majerin/butter tadi. Kacau secara kaup balik sehingga semuanya sebati. Ketepikan dahulu.
5. Pukul pula putih telur bersama gula sehingga putih telur menjadi kembang dan tidak terjatuh ke bawah bila diangkat ke atas (membentuk soft peak).
6. Campurkan adunan putih telur ini ke dalam adunan butter. Kacau secara kaup balik sehingga semuanya bergaul sebati. Pastikan ianya dikacau secara perlahan-lahan sahaja.
7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
8. 1 bahagian dibiarkan warna asal dan satu bahagian lagi dicampurkan koko dari bahan C yang telah diayak, susu sejat dan coklat emulco dan kacau sehinnga sebati.
9. Sediakan loyang yang sesuai. Sapukan shortening di sekeliling loyang tersebut dan taburkan sedikit tepung.
10. Ambil satu sudu adunan yang berwarna asal dan letakkan di tengah2 loyang.
11. Ambil pula satu sudu adunan coklat dan letakkan di atas adunan warna asal tadi.
12. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan selesai.
13. Bakarlah didalam oven pada suhu 160 degree Celcius selama 50 minit atau sehingga masak. ( Bergantung pada jenis oven masing2.Anda sahaja yang mengetahui ragam oven masing2.
*adakala nyer xmenjadik jgk marble kOi nie he3...kOi rasa lebih kuantiti yg byk diperlukan tuk satu lapis baru marble die lebih cantik....jgn lupa sapu shortening dan ditaburkan tepung pada loyang tuk bg bg senang kek kuar dan licin....