Khamis, 11 November 2010

POPIA KETAM

AsSalam semua...
menu rinie (opss dh lama bt yerk)....rasanyer kOi beli kulit popia masa ramadan tapi xda kesempatan nk buat maklum la bulan pose ritu rajin sgt mcm2 menu nk cuba so terlewat la nk buat popia nie....kOi hentam je buat popia ikut suka hati den lah...


POPIA KETAM

Bahan :
1 paket kulit popia
1 paket isi ketam - potong 2
1 biji sekuang - saiz sederhana (potong/sagat memanjang)
1 biji karot - (potong/sagat memanjang)
1 biji bawang putih - diketuk
sedikit minyak
sedikit garam

Cara :
1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan karot dan sekuang yg telah di potong/sagat
3. Masukkan garam dan biarkan sehingga sayur sedikit layu tutup api
4. Sediakan kulit popia masukkan sayur dan isi ketam kemudian gulung...gam kan dgn tepung jagung/air....

Sos Pencicah Mystyle (kOi agak2 je)

Bahan :
Cili kering
Gula
Garam
Cuka
Air
Tepung jagung

Cara :
1. Masukan semua bahan dlm kuali/periuk biarkan mendidih, rasa masam,masin dan manis
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan air...kacau sebentar tutup api
3. Siap tuk dihidangkan....

Rabu, 10 November 2010

PUDING ROTI SOS KASTARD

AsSalam semua...
puding dah lama tgk kat blog kak hana, pehtu dah lama jgk dah buat, pehtu mmg dah lama nak masak blog, pehtu mmg dah lama malas hahahaha...boleh buat karangan mcm tu x...malas ckp byk layan je la

PUDING ROTI SOS KASTARD - HANA

Bahan-bahan
• 500 ml Susu segar
• 8 keping Roti
• * 4 sudu besar Gula halus
• * 2 sudu besar Butter- cairkan
• * 2 biji Telur
• * 1 sudu teh Esen vanilla
• * 1 sudu besar Tepung Jagung
• * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
• 2 sudu besar Kismis

Untuk Sos Kastard
• 1 tin susu cair
• 2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
• 2 s/b gula

Cara-cara
1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
4. Taburkan kismis diatas adunan.
5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
7. Tuang ke atas puding roti tadi.