masih belum terlewat kan tuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri tuk semua pengunjung blog ini...dah lama jgk xmengupdate blog, bukan apa kOi SANGAT2 bz sebelum dan selepas raya nie byk sgt keje kat opis nie pon xsettle lg keje sebelum raya sampai dah nk abes raya lau kat umah pulak sgt2 bercinta nk mengupdate blog beruk kOi lembap sgt...terima kasih pada yg masih sudi bertandang ke sini wpon kOi xmengupdate...sape2 yg nk link ke blog masing2 silakan yer kOi xkisah lgsg....
menu pertama selepas raya nie rainbow marble puding tapi bukan buat lepas raya tapi masa bulan pose lg hehehe xsempat nk update sebelum raya...lepas raya nie dapur kOi xberasap lg tambah2 hubby kena g outstation lak lg la malas nk masak :) huhuhuhu....resepi nie kOi amik dari fp k.madiha a.k.a k.ratna...dah pernah buat sebelum nie tapi xsnap, puding nie mmg best sgt2 sape yg pernah buat mesti taw keenakannyer...bg org KL yg malas nk buat boleh oder dgn k.ratna ok die ada mengambil tempahan rainbow marble puding, karipap fozen dan tempeyek...kOi dah rasa karipap dan tempeyek die yg SANGAT2 sedap mmg kOi rekomen kat korang seme....
RAINBOW MARBLE PUDDING
Sumber: Sis Blackmore
Bahan-bahannya:
2 bungkus serbuk agar-agar (sebungkus 13 g)
1350ml air paip
450gm gula pasir
130gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya
Cara-caranya
1. Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker, kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar-agar dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih. Kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk. Bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata. Adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing-masing diwarnakan dengan kuning dan merah.
5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung ataupun bulat seperti yang dalam gambar.
6. Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras. Tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat. Ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.
7. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan.
*kesempatan ini kOi nk mengucapkan terima kasih bebyk pada k.madiha sebab sudi bertemu dgn kOi kat kpg haritu wpon xsempat pergi umah terharu sgt akk sudi jumpa sy dan terima kasih jgk atas buah tangan yg akk bagi tuh...