Memaparkan catatan dengan label PASTA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PASTA. Papar semua catatan

Rabu, 17 Ogos 2011

MAKARONI BAKOOOOO

Salam semua....

agak kemalasan nk mengupdate hari ni,keje xbyk mood jer yg kureng huhuhu :(...malas nk masak nk so buat macaroni bakar nie,resepi amek kat umah kak amal, memula nk buat yg jenis ada sos putih tuh tp badan macam xbrapa segor je so buat la yg simple dimple cenggini


Guratan Makaroni ( Gratin)

makaroni - tak penah sukat kira ikut sedap tangan je , rebus sampai lembut dulu yek
500 ml susu
2-3 sudu tpg gandum ( 3 sudu keras dan boleh potong letak pinggan tapi lebih yummy klu lembik so guna dlm 1 atau 2 sdb je tpg gandum utk 500 ml susu)
bwn besar 1 labu
serbuk lada hitam
garam gula sesedap rasa
udang or any other sea food kalau mau
ayam pun boleh juga
karot or any other vege yang suka
cheese - cheddar/mozarella

cairkan butter dlm pan then tumis bwg besar hingga naik bau...then masuk ayam/minced beef or seafood, kacau rata seketika then masukkan susu dan kacau rata. bancuh tpg gandum dgn skit air dan tuang ke dlm pan. perasakan dgn lada itam, garam, gula or any perisa yang nak letak. lastly masukkan macaroni dan kacau rata. tuang ke dlm loyang then tabur parutan keju samada mozarella or cheddar, klu malas amik je cheese slice tu taruk atas . bakar/grill dlm preheated oven at 180 for 10-20 minit.

Isnin, 11 Januari 2010

NASI MANDHI & PASTA..


genap seminggu baru kOi update blog neh..ntah kebelakangan ini kOi malas sgt nk update pehtu xperimen pon dh kureng tambah2 minggu lepas kaki kOi sakit (bengkak) tetiba jer..g check kat doktor ingat ke gout tapi doc ckp x urat je bengkak...sebelum g klinik kOi mengurut dlu..akk yg mengurut kOi tuh pon ckp urat kaki kOi bengkak..sakit masa mengurut mmg xley nk ckp ler macam nk nangis pon ada hehehe...kOi nie sebenar nya selalu jgk mengurut satu badan dgn tukang urut nie....cuma hujung taun lepas je kOi dh termiss bape bulan, kOi saje je mengurut tuk keselesaan badan disamping salah satu usaha utk mendapat zuriat..doa2kan la ye kOi dapat anak taun neh...masa kOi mc ritu kOi ada masak nasi mandhi, ikutkan byk lg nk buat tapi xlarat lgpon nk duduk xselesa..so buat la kos lepas sket..terpaksa buat yg betoi teringin jer hehehe..jom tgk nasi mandhi kOi

nie gambo nasi yg sepatutnya warna kuning tapi disebabkan kehabisan stok pewarna kuning maka merah la jadik nyer..

sayur plak addtional jer xpuas makan lau xda sayur


ayam nie kOi buat sebelah je sebab kOi berdua je nak makan


sambal nie warna apa ntah sepatutnya warna merah tapi kOi xada cili merah so kOi guna cili padi je..tapi tetap sedap & kick walaupon warna len


nie set tuk nasi mandhi yang masak

*********************************************************************************
Nasi Mandhi
Sumber;Blog Resepiraidah

Bahan
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning- guna 1 sk kunyit campur dgn sikit air
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
*tak buat langkah 3 ni sbb tak ada arang.utk dptkan nasi 2 warna gini jgn kacau rata2 sgt nasi.nak nasi masak elok yg biasa buat bila masak nasi minyak dll, bila nasi kering tutup nasi dgn aluminium foil yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk....jadi nasi masak elok sbb wap nasi terperangkap.

Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris-guna cili merah
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus-tak letak
Garam, Gula
Perahan lemon.- guna limau kasturi

Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.

nie plak koleksi masakan yg kOi masak minggu lepas yg sempat disnap..ada lg yg kOi masak tapi x snap daaa....oppsss lupa nak ckp kOi amik resepi nasi mandhi tuh dari fp mamasya yg diamik dari blog k.idah...kemana la mamasya neh balik mesia terus senyap mesti bz mengemas lg tuh...thanx to mama & k.idah
***************************************************************************************
Spiral goreng my style

Bahan-bahan :
200gm spiral ( rebus bersama sedikit minyak)
100gm daging cincang
2 batang hotdog
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji bawang putih - dicincang
1 biji tomato - dihiris nipis
serbuk lada hitam - ikut citarasa
garam - secukup rasa
sayur - karot/bunga kobis/cendawan/capcisium/brokoli
minyak zaitun tuk menumis

cara-caranya :
1. masukkan minyak zaitun dlm kuali kemudian gorengkan hotdog dahulu setelah masak ketepikan dengan menggunakan minyak yg sama masukan bawang2 dan goreng hingga layu dan naik bau.
2. masukan daging cincang bersama tomato yg dihiris nipis. tunggu hingga daging masak dan tomato layu
3. masukan serbuk lada hitam dan garam. rasa ikut citarasa sendiri. kemudian masukan sayur yg keras dahulu spt karot akhir sekali baru masuk kan brokoli
4. setelah sayur agak layu sedikit ( jgn layu sgt) masukan spiral dan hotdog kemudian gaul mesra.
5. sedia dimakan

my spiral

spiral yg enak dimakan dgn air sunquick soda

**************************************************************************************

sunquick soda (anggaran sahaja)
- 2 sb sunquick
- 3 sb air gula
- air soda secukup rasa ( sampai terasa air soda kat tekak)
- ais batu

*****************************************************************************************


nie plak menu ku tuk ptg semlam..makan nasi ptg hehehe...sebenar nya pagi semalam saya gorengkan cucur ikan bilis pehtu tengahari plak pergi rumah kawan kemudian dijamu makan lg so nasi makan ptg la...ikut kan mmg malas nk masak nasi tapi ada kawan Mr DB plak dtg umah kena la masak jgk...


pucuk paku goreng kicap + ikan bilis


ikan sardin grg + ayam grg berempah


menu faberet cili tumbuk + tempoyak


ok la kita jumpa next n3 kOi dh malas nk menaip & upload ne...daaaaaa

Selasa, 15 Disember 2009

TIRAMISU & LASAGNA

nie projek ahad lepas...disebabkan ada whipping cream yg mcm nk rusak (kOi tawakal je la sb takut whip cream tuh dh xley guna tapi kOi buat jgk sb tuk xperimen & mkn sendiri jer dlu) kOi dpt la satu idea nk buat kek tiramisu ne (nasib baik dh ada print resepi)kOi plan memula nk beli jer kek sponge tuh tapi terasa mcm xmencabar je kekekeke so kOi buat la sendiri, amik resepi dari fp k.ratna..nnt kOi tempek resepi tuh...tuk resepi tiramisu plak kOi amik kat fp k.meen..thanx to both of u..lasagna (resepi k.ratna lagik) plak mmg dh plan nk buat ahad tuh sb kulit die dh berkurun beli sebelum bulan pose lg drpd dibiarkan xperied baik kOi buat cepat2 lgpon Mr DB ada kat rumah minggu ne..tapi kOi mcm surrender jer sb mcm xjadik jer...xpe nnt kwn2 tgk piccas tuh boley komen (ada ke yg nk tgk sgt blog kOi ne) hehehehehe....opss sebelum tuh layan la dlu nasi goreng + ayam goreng kunyit yg kOi bekpas pagi ahag tuh..nasi goreng tuh Mr DB yang buat..ayam goreng kunyit kOi la yang masak..

my nasi goreng

my tiramisu


my lasagna

resepi kek sponge

Bahan2
120 gm gula kastor
120 gm tepung gandum
4 biji telur (gred B)
10 gm ovalette
20 ml air
1 s/k vanila
20 ml minyak jagung

Cara2
-Campurkan kesemua bahan kecuali minyak jagung ke dalam mangkuk.
-Putar guna kelajuan tinggi selama 10 – 15 minit sehingga bancuhan kembang dan gebu.
-Perlahankan putaran dan masukkan minyak jagung.
-Tuang dlm tin pembakar yg telah dialas kertas dan disapu marjerin.
-Bakar selama 30-35 minit atau sehingga masak.
-Sejukkan

resepi tiramisu

Mula² sekali sediakan kek span vanilla size 9". Potong dua kek span tersebut.

2 biji kuning telur
50 gm gula
250 gm cheese cream philadelphia
1 1/4 sudu besar serbuk gelatin halal } campurkan, dan masak atas api
40 ml air } kecil hingga gelatin hancur
200 gm whipped cream

Bahan sirap kopi - campur dan sejukkan:
150 ml air
80 gm gula
4 sudu besar serbuk kopi segera atau 1 1/2 sudu besar nescafe

Putar kuning telur dgn gula sehingga lembut. Campurkan cheese cream dan adun sebati. Masukkan gelatin tadi ke dalam adunan dan adun hingga rata. Campurkan whipped cream dan pukul sebati.

Masukkan sebahagian kek span ke dasar loyang dan renjiskan separuh sirap kopi ke atas kek dan tuangkan setengah adunan cheese keatas kek. Tutup adunan cheese tadi dengan sebahagian lagi kek span, renjiskan sirap kopi ke atas kek dan habiskan sirap kopi tersebut. Tuangkan baki adunan cheese ke atas kek dan ratakan. Simpan dlm peti sejuk hingga keras.

Apabila kek sudah keras bolehlah disapukan apricot glaze ke permukaan tiramisu. Atau pun kalau suka boleh di tabur serbuk koko/milo di atas permukaan kek.

resepi lasagna
Bahan2
1 bungkus (225 gm) Kulit Lasagna kering (MaDiHa beli jenama San Remo dlm kotak.
1 s/b marjerin
½ s/k garam
Air secukupnya , untuk merebus
(Kalau dapat beli lasagna instant lagi senang tak payah nak merebus)
125 gm mozarella cheese ~ diparut halus

Bahan2 Sos Daging
2 s/b marjerin
2 biji Bawang Putih, cincang halus
1 biji Bawang Bombay, cincang halus
500 gm Daging cincang (Madiha guna jenama ramlee sepeket 400 gm tu)
250 gm Tomato, kupas, parut (Madiha guna 3 biji ~ just potong2 & terus blend dlm blender basah tanpa air.. tak parut pun)
300 gm Sos Tomato dlm botol
100 cc Air (madiha guna setengah cawan jek)
3 blok kiub maggi lembu
1 s/k Oregano serbuk
½ s/k Garam,
½ s/b Gula pasir

Bahan2 Sos Putih
50 gm marjerin (tak timbang pun.. bubuh dlm 3 sudu besar)
50 gm Tepung gandum ~ bancuh jadikan pes likat dengan sedikit air
400 cc Susu Cair Evaporated (Madiha guna 1 tin susu cair)
100 cc Air (Madiha guna 100 ml)
125 gm Keju Cheddar parut (Madiha guna mozarella cheese)
1 blok kiub maggi lembu
¼ s/k serbuk lada putih
¼ s/k serbuk buah pala

Cara Menyediakan Kulit Lasagna
1. Panaskan air hingga mendidih, tambahkan marjerin dan garam. Masukkan kulit lasagna satu persatu ke dalam air mendidih dan masak hingga kulit lasagna lembut. (Jgn terlalu lembut sgt.. nanti terkoyak) Toskan dan masukkan dlm sebesen air biasa.

Cara Masak Sos Daging
1. Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga daging berubah warna & masak.
2. Tambahkan tomato parut (tomato blend) dan sos tomato dan air. Bubuh kiub pati lembu MAGGI, oregano serbuk, garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih & sos agak kering.

Cara Masak Sos Putih
1. Panaskan marjerin, masukkan pes tepong gandum & kacau rata. Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Tambahkan keju parut, kiub pati lembu MAGGI, serbok lada putih & serbok pala.
2. Masak hingga mendidih dan mengental.

Penyediaan Terakhir
1. Sapu loyang atau caserole empat segi dengan marjerin di sekeliling, (Madiha guna loyang 4 segi 10" x 10". susun kulit lasagna pada dasar loyang.
2. Ratakan ½ bahagian sos daging diatasnya dan ½ bahagian sos putih. Ratakan perlahan2. Susun kembali kulit lasagna diatasnya.
3. Ulangi proses sama spt tadi diakhiri dengan susunan lasagsa di atas sekali menutup sos putih.
4. Taburkan cheese parut atasnya.
5. Bakar dengan suhu oven 180°C (atas bwh) hingga kuning kecoklatan (± 40 minit). (suhu bergantung oven masing2)
6. Angkat. Sajikan panas.

nie plak nasi goreng yang kOi masak senin malam..kOi nmpk kat blog k.dayang sal nasi goreng kunyit ne..dh lama xmakan nasi goreng kunyit ne, dlu2 mak rajin buat jgk skrg dh dok jauh masak la sendiri..amik kau...kOi goreng nasi ne guna versi kOi sendiri la..thanx k.dayang mengingatkan aku nostalgia dolu2...
resepi nyer
(Korang agak2 sendiri la ek)

1. nasi putih
2. bawang putih
3. bawang merah/besar
4. serbuk kunyit (kOi guna kunyit hidup ditumbuk dgn garam)
5. telur
6. ikan bilis
7. cili padi
8. garam

cara :

1. goreng ikan bilis ketepikan
2. tumis bawang2 sehingga layu & wangi
3. masukkan kunyit & garam
4. masukkan nasi, cili padi
5. pecahkan telur & kacau mesra dgn nasi
6. hiaskan dgn ikan bilis goreng (ini cara kOi la lau org lain xtaw la kekekeke..selamat mencuba)
kOi update dalam keadaan sesema + nak demam + sakit jiwa sekali..sori lau da nmpk pape yg pelik2 tuh...daaaaaaaaaaa