Isnin, 29 Mac 2010

PROSPERITY BURGER


panas...panas...mari kita makan prosperity beger...selepas mkn kompen panas ha3..org lain dah lama buat kOi baru nk try..mmg best rasa beger nie...kOi amik resepi ni kat umah k.hana jepun..meh layan yer...
Beger prosperity
1. Roti Burger
2. Burger Daging
3. Bawang Holland-di hiris memanjang-nak goreng boleh/nak yang mentah pun boleh

Bahan Sos Lada Hitam
1. 2 cawan stok ayam- guna stok ayam (air+kiub ayam) - (kOi guna 1 1/2 air + 1 kiub ayam)
2. 1/2 cawan susu segar - aku ltk suku cwn jerk - ( 1/2 cawan)
3. 1-2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
4. 1/2 biji bawang besar - cincang
5. 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki ( 1 1/2 kicap pekat + gula)
6. 1 sudu sos tiram
7. 1 sudu mentega/ marjerin
8. 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
9. garam dan gula - jika perlu

Cara-cara
1. Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam. Didihkan. (kOi masukkan sekali susu segar sb xda tulis kat sini bl letak susu)
2. Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
4. Goreng daging (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam. (kOi guna jgk majerin sb xda nonstick pan)
5. Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
6. Letakkan daging yang telah di celup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang di hiris.

1 ulasan:

  1. Salam Mizwa...
    Sedapnyer tgk prosperity burger tu...sure yummyyy kan...
    Husband liyana cukup berkenan prosperity burger ni....blh la try buat nanti...

    BalasPadam