Khamis, 10 Jun 2010

SUP AYAM HADNYAI

AsSalam semua...kali nie menu kOi sup ayam hadnyai yg kOi dah lama amik resepi dari akak jawa jepun tuh cuma baru nk terbuat tapi bkn la baru sgt yer sb dh lama jgk tapi baru nk update..biarlah lewat asal mencuba jgk kan..jom layan resepi nyer..thanx to kak hana dan seangkatan yg terlibat dlm resepi nie...

Bahan-bahan
800 g ayam, dipotong sederhana besar
5 batang serai, dititik
7 cm lengkuas, diketuk
2 batang saleri, dikerat2
2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
sepeket cendawan - kOi tambah
5 - 6 cawan air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
2 kuntum bunga lawang#
5 biji buah pelaga#
3 kuntum bunga cengkih#
1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3-4 biji cili padi*
4 cm halia*
1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

Cara-cara
1.Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.
2.Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin. Akhir sekali masukkan tomato, cendawan dan masak 1 - 2 minit lagi.
3.Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja. Jika suka boleh perahkan limau nipis.

4 ulasan:

  1. Salam mizwa,

    knur nak sup ayam tu semangkuk...mesti
    sedap ni kalau mizwa masak.

    BalasPadam
  2. DEETHA : thanx akk..
    NURIDAH : alamak dah abis lak..ishh akk lgik terror dari sy...

    BalasPadam
  3. Sesekali pekena sup ni ada kelainan sikit..mesti best ni..

    BalasPadam