Jumaat, 10 Jun 2011

APAM MEKAR

Salam semua kengkawan...
Ya Allah dah lama betoi kOi xmengupdate, mmg kOi dah jarang memasak skrg byk makan kat luar aje hu3...kekdg lau dah masak malas la nk amek gambar bagai,rasa mcm nk mkn je lepas masak xpon nk rileks aje...saja sebagai nak mencuci sawang kat sni kOi letak la resepi apam mekar yg dah lama kOi buat (smpi terlupa bila buat)...zaman kegemilangan apam nie pon dah hilang gemilang nya kah3....jom layan


resepi ni kOi amek kat umah mek siam -

APAM MEKAR

Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik ) >>Kita buat 1/2 portion
• 250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
• 2 biji telur
• 1 sudu kecil esen vanilla
• 200 ml susu segar
• 300 gm tepung gandum
• 1 sudu kecil ovallate
• Pewarna (ikut suka)
• Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).

selain tuh kOi nk share satu pic yg mungkin akan menyentuh hati dan perasaan korang smua...

baby yg sgt baik,xbyk kerenah mungkin sebab die memahami situasi kehidupan die skrg...

nie pic seorg kanak2 yg menunggu ibunya yg admit kat hospital...betul!!! anda xsalah membaca atau kOi salah menulis....kOi dah terlupa nama budak nie, kOi jumpa budak nie masa sedang menunggu arwah bonda di hospital....baby nie tido dihujung kaki kOi,tp baby nie xda la tido sorg2 sb die bersama bapanya hu3....kOi ada bertanya pada bapa bby nie kenapa xtinggalkan bby nie kat sesiapa kat umah...bapa bby nie ckp susah xda org jaga wpon rumah datuk dan nenek kat sebelah umah...sebelum nie die dh biasa tinggalkan anak beliau dgn family mertua beliau tapi anaknya diDERA oleh atuk dan nenek (nenek tiri yg muda) sendiri...kesian sgt kOi mendengar cerita beliau,mcm2 lg die cerita kat kOi tp xdpt la kOi ceritakan kat sini...mula2 ada sangsi sikit tapi bila atuk dan nenek bby nie dtg ke sepital tuk berjumpa ibu bby nie baru kOi percaya sb mereka dtg bukan tuk melawat tp utk benda lain....alahai teruknya zaman skrg yea smpi hati datuk & nenek yg berperangai begitu...

3 ulasan:

  1. Salam mizwa! uuwaaa...kita sedih kalau baca2 citer mcm ni terasa nak angkut bawak balik umah jerr budak tuu, kalau kat sini pun sama kalau yg mintak2 sedekah tu dia org bwk bb kecikkkkkkk lagi baru lahir tuuu dah lah panas, kesian tgkkan sob sob... apam mekar tu ttp gemilang hihihi... kita jer nak buat kdg asyik kuncup asyik kembang tu yg maals nak buat lagi :D

    BalasPadam
  2. wasalam ijah...
    mmg sedih weh lau tgk,dgn keadaan kat sepital taw la mcm mn pehtu mkan minum x terurus...owhhh kat sana lg melampau la yea sanggu[ bby baru lahir buat mcm tuh...

    BalasPadam
  3. Salam Mizwa...apam mekar ni banyak resepi akak try tap takmo mekar...Nape ye? Geram betoi....bubuh penuh pun tak mekar...Same goes to muffin. Kira dalam dua produk ni memang fail la akak...Baik wat kek roti dan biskut...By the way...apam tu nampak cantik dgn kombinasi warna yg striking tu....Bravo...bravo...

    BalasPadam