skip to main |
skip to sidebar
Ini resepi dari dapur sendiri lak he3..dah lama teringin nak makan sayur petola tumis air macam ni,dlu arawah bonda selalu masak sebab kOi suka sgt makan..dlu2 bonda cuma letak suun jer tp skrg kOi update sikit letak fucuk sb hubby suka makan fucuk nie....
BAHAN-BAHAN
1. 2 batang petola sederhana besar
2. 100gm udang kecik
3. suun - ikut suka byk mana
4. fucuk - ikut suka jgk
5. 1 batang cili merah
6. 1 ulas bawang puth - di potong nipis
7. 2 biji bawang merah - di potong nipis
CARA-CARA
1. Panaskan sedikit minyak kemudian masuk kan bawang2 yg di potong nipis hingga kuning
2. Masukkan udang,gorengkan sekejap kemudian masuk kan air biar kan sehingga hampir menggelegak baru masukkan petola biarkan sehingga agak lembut..
3. Bila petola dah agak lembut baru masukkan suun dan fucuk serta cili merah,kemudian perasakan dengan garam..
4. biarkan sekali mendidih,sedia utk dihidangkan
Resepi dari umah blogger masakan paling glemer di Mesia CMG...RENDANG AYAM GAHARU..RENDANG AYAM GAHARUBAHAN-BAHANNYA :-)1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2500 ml santan2 camca besar kerisik3 keping asam gelugor2 camca besar rempah kari1 1/2 camca besar cili kisar1 camca besar gula melakaGaram secukup rasaBAHAN KISAR HALUS :-)1 biji bawang besar5 biji bawang merah4 ulas bawang putih1 1/2 inci halia1 inci lengkuas3 biji buah keras1 inci belacan5 batang serai, hiris halus1 inci kunyit hidup25 biji cili padi siamBAHAN TUMIS :-)1 batang kayu manis2 kuntum bunga lawang4 biji bawang merah, hiris halus2 ulas bawang putih, hiris halusCARA MEMBUATNYA :-)1. Satukan bahan2 kisar dengan rempah kari dan cili kisar, kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar tadi dan tumis hingga terbit minyak.2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah santan, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan kerisk dan asam gelugor, kacau dan masak hingga rendang kering.3. Tabur dengan hirisan daun kunyit, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, pulut, nasi impit atau pun roti...
Salam..dah lama xupdate,kali ni juz gambar dan resepi jer,malas nk menaip dahhh hu3...
TAKO, resepi amek dari umah ibundo dah dah berkurun buat tp malas tahap pape ntah tuh yg xupload dlm blog...TAKO…ResepinyaBahan bawah:85 gm tepung hon kwee hijau1100 ml air130 gm gula1/2 biji kecil sengkuang dipotong dadusedikit pewarna hijaudaun pandan untuk dibuat bekas taco kalaau suka. Bundo taruk dalam gelas je. Senang cerita.Masukkan tepung, air, gula dan sedikit pewarna hijau ke dalam kuali. Masak di atas api perlahan sehingga jernih. Masukkan sengkuang. Kacau rata. Masukkan ke dalam bekas.Bahan atas:4 cawan santan pekat1/2 cawan tepung jagung1 sudu teh garamMasak semua bahan hingga berkilat. Tuang ke atas bahagian yang hijau.Sejukkan.