Rabu, 28 September 2011

TAUCU OPAH NUR

ASSALAMUALAIKUM

bapak mengantuk nyer hari tambah dah lepas makan...smlm si manje buat hal lg pg td pukul 0430 dah kejut nk makan,pehtu ajak kOi main dgn die siap gigit tangan suh ikut die main..ngeee ngada betoi si manja nie...skrg nie dah pandai mlm2 sbelum nk tido kena tgk die,belai2 die dlu lau x confirm die akan ganggu kOi nk tido....

ikan goreng masak taucu...ermmmm sedap jgk dah lama xmakan taucu..hubby lak mmg suka mkn taucu...resepi nye pon amek kat blkg pek taucu Opah Nur...

IKAN MASAK TAUCU

BAHAN:-
- 200gm daging cincang direbus sampai empuk (2 ekor ikan bawal atau ikan lain digoreng dahulu) kOi guna ikan kembong aje
- 1 biji timun dimayang kecil - kOi belah 2 potong serong
- 5-6 btg kacang buncis dipotong serong
- sedikit halia dimayang halus
- 5 biji cili masak atau muda dibelah 2 atau 10 biji cili ditumbuk kasar
- 2 biji bawang merah dipotong bulat
- 1 keping asam gelugur direndam dulu
- 6 biji bwg putih ditumbuk kasar
- 1 paket taucu OPAH NUR

CARA:- ( instruction kat peket dah hilang so agak2 aje la)
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga garing kemudian masuk cili ditumbuk biarkan seketika...
2. masukkan timun dan halia bersama sedikit air biarkan seketika sehingga timun lembut
3. masukkan ikan grg,halia,asam keping,bawang merah dan taucu opah,perasa kan dgn garam (optional)...siap dihidangkan

Selasa, 27 September 2011

MUFFIN COKLAT

Salam korang semua...
semlm hujan selebat2 nya kat tmpt kOi, harini mmg bercinta giler la nk bangun g keje tp sebenarnya harini la bangun awal sikit dari biasa sb anak kecik kOi dok mengiau nk mkn pagi kul 0530H...dah macam jadi rutin harian die lak kul 0530 je mesti die nk makan dan ajak main lau xlayan mula la die berlari2 kat tempat kOi tidur tuh...ngeeeeee mmg manja betoi anak kecik kOi tuh...

ritu jejalan umah Izah Daut dgn tujuan nk mencuri opssssss meninjau resepi2 mapin die sb tekak terasa giler nk makan mapin...satu2 resepi kOi belek last nmpk resepi ni siap Izah tulis menjadi fofular oder dan pojaan hubby die lg...kOi amek ler tp bertangguh jgk nk buat last2 baru je buat baru ni jom layan....

MUFFIN COKLAT
sumber: mak Lang & kak Ummi & Izah Daut

Bahan-bahannya:

A
2 cawan tepung *izah gune tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko *izah letak 1 cawan
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam

B
2 cawan gula kastor *izah kurangkan sikit
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick * izah tambah

C
3/4 cawan air panas

Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.

mmg sedap dan moist je mapin nie, wpon 3 or 4 hari masih lembut dan enak...

Isnin, 26 September 2011

SUP MAKARONI BERTELUR..

Salam...
adehhh sakit paler rini,migrain menyerang lagik...nk update n3 nie pon rasa pening jer..tp lau xupdate mau sunyi sepi lak blog yg dah terbiar ni...malas nk ckp byk rini,jom layan Sup Makaroni nie, kOi buat minggu lepas, dh malas nk masak berat2 teringat ada makaroni dan daging, buka peti tgk sayur pon ada pehtu terpandang lobak asin yg dok bertapa kat dlm peti, ruper nya si lobak ni pon dok pandang kOi jgk nk suh masak die hahaha...resepi main campak2 aje, dlu calu nmpk geng masak2 lain masak so boleh agak2 jer la mcm mn...

SUP MAKARONI BERTELUR
Sumber : Arohamizwa

BAHAN2 :
1. 1 1/2 cwn Makaroni - agak2 ler byk mana
2. 150 gm Daging - kOi guna sikit je sb ada byk tuh jer
3. 50 gm lobak asin - rendam kejap
4. secekak suun - rendam
5. sayur2an = karot, kobis
6. 2 biji bawang putih**
7. 3 biji bawang merah**
8. 1/2 inci halia**
9. 1 sdb lada hitam** (**ditumbuk sekali)
10. 1 sdb rempah sup
11. 1 ketul kiub lembu
12. telur

PELAKON TAMBAHAN
1. Ikan bilis goreng
2. bawang goreng
3. daun sup & daun bawang - xletak xda stok
4. limau kasturi/nipis
5. cili kicap ( tumbuk cili padi tambahn kicap perasakan dgn gula dan garam)

CARA2:
1. Panaskan minyak,tumiskan bahan tumbuk sehingga garing,kemudian masukkan rempah sup,kiub daging dan lobak asin biar seketika masukkan air bersama daging ...
2. bila air mendidih masukkan karot dan suun..perasakan dgn garam dan MSG (optional)pecahkan telur ke dlm kuali dan masukkan kobis...biar sampai telur masak...

CARA HIDANGAN:
1. masukkan makaroni kedlm mangkuk,isikan dgn kuah sup bertelur...
2. taburkan daun bawang dan daun sup,kemudian letak ikan bilis dan bawang goreng serta limau kasturi/nipis...
3. jgn lupa penyedap rasa cili kicap yg hot...

** kOi rebus makaroni asing,xpasti sama ada org lain masuk sekali kedlm sup ke mcm mn sb mmg dah xtgk resepi masa buat tuh,rasanya diaorg masuk terus makaroni tuh...
*** sgt sedap bila megunyah lobak asin,kau ada kacang tanah grg lg sedap ni mestu krap krup mengunyah, berpeluh2 la mkan nie...rasa nak buat lg hehehe...

ikan bilis dgn bawang grg kOi tergelap sikit...tuh bawang grg homemade,sb hubby suka suh buat sendiri bwg grg...

Sabtu, 24 September 2011

AL-FATIHAH


Salam semua..

sedikit sayu hari nie, semlm mendapat berita permergian Muhammad Aizal Firdaus bin Rodzi putera kepada sahabat cyber kOi iaitu liyana....bayi beliau dilahirkan pada 11-1-11 dan belum cukup setahun tp Allah lebih menyanyangi beliau...tghari smlm dpt msg dari Liyana ckp Aizal dlm ICU keadaan sgt kritikal, tetiba ptg dh dpt kol yg Aizal dah pergi,niat hati mmg nk melawat tp semlm sgt2 xdpt nk bergerak kerana perlu menyiapkan tempahan kek...InsyaAllah ptg ni kOi akan pergi wpon xdpt melihat jenazah...

Jumaat, 23 September 2011

BISKUT COKLAT DENGAN OAT

Salam
hari nie rajin pulak mengupdate hehehe...resepi ni kOi amek dari umah Izah Daut yg resepi asal dari cikgu masakan Puan Norasikin Basri...bila menyelongkar umah izah nmpk die tulis sesuai utk menghabiskan stok tepung kentang apalagi laju la kOi memprint resepi...tepung kentang lebihan buat German Cookies ada lg so boleh la try tp n3 tuk German Cookies mmg xda ler sb mmg xamek pic lgsg heheh...izah & Puan Norasikin sy copy kat sini pulak yea....jom layan bg sape yg nk cuba

BISKUT COKLAT DAN OAT

2 1/2 cwn oat segera
1/2 cwn serbuk koko
1 1/2 cwn tepung gandum
1 1/2 cwn tepung kentang
1 cmt baking powder
1 cmt soda bikarbonat
1 cwn mentega/majerin
1 cwn gula pasir
1 cwn gula perang (***lau tekak sy kena kurang kan lg qty gula kat sini)
2 bj telur
1 cwn coklat chip / cincangan coklat

Cara membuat Biskut Coklat dengan Oat
Campurkan semua bahan-bahan kering seperti tepung, serbuk penaik, koko, coklat chip, oat dan lain-lain.
Pukul mentega dengan gula dan gula perang sehingga kembang.
Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
Campurkan adunan dengan bahan kering sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan spatula.
Setelah semuanya sebati, rehatkan adunan lebih kurang setengah jam.
Bentukkan mengikut suka dan hias dengan coklat chip, kacang dan sebagainya.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 12 - 15 minit sehingga masak. *izah bakar 17 minit.

Tip Masakan Berguna dari Puan Norasikin:

Oat biasanya menjadi pilihan untuk menambahkan khasiat dalam biskut berbanding bijirin lain seperti nestum, cornflake kerana ia lebih asli tanpa bahan-bahan tambahan yang lain.
Menggunakan tepung kentang adalah salah satu cara yang terbaik untuk menjadikan biskut kegemaran lebih rangup. Walaubagaimanapun kerangupannya akan berbeza kerana kerangupan menggunakan tepung kentang lebih kepada kerangupan snek. Jika tepung kentang yang digunakan berlebihan, akan mengakibatkan biskut menjadi garing seperti makanan ringan.
Alternatif terbaik untuk mengurangkan rasa manis pada biskut tanpa mengubahsuai resepi adalah dengan menggunakan gula perang. Dengan demikian, kuantiti gula dikekalkan dan tiada perubahan kuantiti pada bahan-bahan lain.



KETAYAP

Salam...
lg 5 hari Syawal akan meninggalkan kita semua..xlama lg dtg pulak musim haji...sekejap je masa berlalu,harap dpt lg merasai Ramadhan yg akan dtg...minggu nie jgk mungkin minggu last bg kengkawan semua membuat majlis "rumah terbuka"...tp skrg sehingga Zulkaedah masih ada yg buat open house rasanya disebabkan bulan Syawal dah penuh dgn undangan...

Ketayap mungkin diketegorikan kuih muih org lama2 kan tp masih diminati oleh golongan muda skrg spt sy hahaha (kembang montot)...dah lama buat ketayap ni baru perasan xupload lg kat sini smpi resepi pon dah lupa tp xpe la sy sertakan resepi dari blog kawan2 yg lain yea...ini resepi dari kak ummi kuantan yea tp versi polkadot lau nk buat polkadot buat ler,lau xmo xyah buat dot..dot.

KUIH KETAYAP POLKADOT WARNA WARNI
Resepi: Kak Wan
Sumber: CT Delima
Diolah tambah : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A

* 1 cawan tepung gandum
* 2 biji telur (*akak letak 1 biji je)
* 2 helai daun pandan
* 1 1/2 cawan susu cair atau santan (*guna santan)
* 1 sudu teh garam
* pewarna hijau
* 1 sudu besar majerin dicairkan (*akak x letak)
* sedikit minyak utk disapu pada kuali

Inti (*akak buat inti citarasa akak sendiri - hampir sama jek dgn kak Wan punya)

* 1/2 biji kelapa parut putih
* 3/4 cawan gula merah (*akak guna 1/4 cawan gula melaka yg dihancurkan, 1/4 cawan gula merah)
* sedikit air (*akak x letakpun)
* 1 helai daun pandan
* 1 sudu besar tepung pulut/jagung (akak letak tepung jagung)

Cara-cara :

1. Untuk INTI: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
3. Untuk DADAR : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis. (*akak asingkan sedikit adunan, campur sikit tepung lg biar pekat, kacau sebati dan letak masing2 dgn kaler biru dan merah. ,masukkan ke dalam piping beg dan gunting kecil muncung beg)
4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. (*kemudian akak cepat2 dot-dotkan atas adunan dengan kaler biru dan merah)
5. Biarkan masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. (*akak angkat dan terbalikkan bahagian polkadot ke bawah.)
6. Terus letakkan inti dan gulung. (Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang). Ulangi sehingga adunan tadi habis.

ketayap ni sy buat besar2 mcm sy hehehe...tp bestttt

Khamis, 22 September 2011

MASOK LOMAK CILI API DAUN ASAM GELUGUR

ASSALAMUALAIKUM..

Mendung cuaca kebelakangan ni, hujan + jerebu yg x ok lg...semlm sedap nyer tido sb sejuk je hehehe...ingat nk tido awal ler sb letih sgt badan alih2 dok layan Sherk the third lak,suka watak kucen dgn keldai tuh comel jer hahaha...

Masak Lomak Cili Api Daun Asam Gelugur bersama Ikan kayu hehehe mcm gempaq jer nama masakan tuh...biasa aje mcm masak lemak yg lain jgk cuma asam gelugur/keping digantikan dgn daunnya...lau sebelah negeri sembilan ni selalu digunakan daun asam ni kan....kawan kOi bawa blk dari kpg jd die bg BANYAK kat kOi, dlm hati dah plan nk buat masak lemak cili api dgn ikan sungai lau dpt cari ikan,alih2 g pasar malam xda lak ikan yg menarik hati...ikan sungai xda jd ikan laut jd mangsa nyer, kOi beli ikan kayu/tongkol/aya lembut..lgpon kOi dgn hubby mmg suka mkn ikan kayu nie buat goreng saje pon best siap berebut lg...

MASAK LEMAK CILI API
Sumber : Arohamizwa

BAHAN :-
1. 1 ekor ikan kayu sederhana besar
2. 7 helai daun asam gelugur - diracik mcm bunga rampai,rendam dlm air garam sebentar tuk menghilangkan sedikit rasa masam)
3. ** 20 biji cili padi merah dan hijau (campur) - terpulang ikut kesesuaian
4. ** 1 biji bawang besar
5. ** 1 inci kunyit hidup (** blend bersama 1/2cwn air)
6. 250ml santan pekat
7. 1 cawan air

CARA :-
1. Blend bawang,cili dan kunyit kemudian masuk kan kedalam kuali/periuk sampai mendidih.
2. Masukkan daun asam gelugur bersama ikan dan biarkan sehingga ikan masak hampir baru masuk kan santan bersama air. sentiasa kacau agar santan xpecah minyak..perasa kan dengan garam,sedikit gula dan serbuk perasa (optional)
3. Bila ikan dah masak dan santan hampir mendidih boleh tutup api dan siap tuk dihidangkan...

nmpk pekat x kuah masak lemak ni,kali ni mmg kOi pekat kan kuah nya nyummm nyummm pedas,pekat dan melekat hahaha

gambar2 dibawah ada ehsan En Gonzales opss uncle google la hehehe...

daun asam gelugur yg diracik seperti bungai rampai

daun/pucuk asam gelugur

asam gelugur yg dah masak

pokok,daun dan buah asam gelugur yg masih muda

daun asam gelugur tuh ada lg kat umah,plan nk masak lemak lg tp dgn telur itik pulak dan buat kerabu mangga nyummm nyummm, makin bertambah besar la den.....ahaakkkzzz