Jumaat, 26 Ogos 2011

GULAI KETAM

Salam semua..

akhir tiba jumaat terakhir ng ramadhan kali ini...InsyaAllah hanya tinggal 3 hari lg kita akan berpuasa,sedih rasanya bila ramadhan akan meninggalkan kita,adakah kita akan berjumpa lg diramadhan yg akan datang..??? semakin dekat dgn syawal ni semakin sebak dada kOi asik terkenang arwah bonda,sedih sgt kerana ini syawal pertama tanpa bonda,ntah la satu perasaan yg sukar diungkap taktala kOi menaip ini....

gulai ketam atau kari ketam...klu kat kpg kOi benda yg dimasak dgn menggunakan kari akan dipanggil gulai tp bg org perak, gulai ni lebih kepada masakan menggunakan santan tp lau menggunakan kari dipanggil masak kari....gulai ketam kOi nie dimasak menggunakan kaedah merebus semua bahan bukan menggunakan kaedah menumis seperti masak kari ikan tuh..jom layan resepi yg kOi gunakan utk memasak gulai ketam nie...

BAHAN2:
1. 4 ekor ketam
2. 3 biji bawang merah** (**ditumbuk)
3. 2 biji bawang putih**
4. 3 sb rempah ikan/udang
5. 200ml santan pekat
6. garam + serbuk perasa - optional
7. sedikit air
8. nenas - ikut la nk letak byk mana pon

CARA2 :
1. masukkan semua bahan kecuali santan pekat kedlm periuk,renehkan sehingga nenas lembut dan ketam agak masak
2. masuk kan santan ke dlam periuk,kacau sehingga mendidih perasa kan dgn garam dan serbuk perasa,kemudian boleh tutup api....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan