Selasa, 16 Ogos 2011

MURTABAK LAPIS KRAKER

Salammmm...
ari ni kOi xbape betoi sikit, kepala ada pusing ninoninonino rasa mau pejam saje tp dtg jgk opis wpon tertelat sikit....dah lama xkena sakit paler mcm ni huhuhu...jap lg time lunch nak ZZZzzzzzzz ler...tp rasa nye mcm ok jgkan sb boleh nk "mengemas" umah ni hehehe..

wowwwwwwwww sgt2 suka dgn resepi yg kOi masok baru nie,dh lama terintai2 kat umah kak ummi tuh asik bertangguh buat sampai la bulan pose nie...mmg SANGAT2 sedapppp xrasa lgsg "biskut mayat" tuh...hubby siap request nnt buat lg, masa buat murtabak lapis kraker ni ada jemput kawan hubby dtg umah berbuka bersama,diaorg pon ckp sedap siap tanya beli kat mana hehehe....habis satu loyang mlm tuh jgk...

terima kasih pada kak ummi dan kak paty atas resepi yg best nie...jom tgk resepi nyer


MURTABAK LAPIS KRAKER
Resepi: Paty's Kitchen

Bahan-Bahan:-
Lapisan Biskut Kraker
  • 18 keping biskut krackers - kOi guna 36 keping
  • 500 ml santan (*akak letak 400 ml je)-kOi guna susu full cream 350ml
  • 1 tin susu cair
  • 6 biji telur - kOi guna gred B
Untuk Lapisan Daging
  • 500 gm daging kisar (*akak guna 400 gm je)- 400gm jgk
  • 3 biji bawang besar dicincang halus
  • 1 paket serbuk kari daging
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang lobak merah diparut
  • daun bawang daun sup dicincang
  • 3 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
  • 1 biji cili besar - belah 2 potong kecik2 *saya tambah
Cara-Cara:- (Untuk Step-by-Step, sila klick kat dapur kak Paty ni ya..)
  1. Sediakan initinya dahulu.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus. Campurkan pada rempah kari sehingga menjadi pes basah.
  3. Panaskan minyak tumis pes basah sehingga gareng dan naik baunya. Masukkan bawang besar dan daging cincang.
  4. Masukkan 1/4 cawan air dan masak sehingga daging empuk.
  5. Masukkan garam, lobak merah dan daun bawang dan daun sup & cili potong. Angkat dan sejukkan.
  6. Rendamkan 9 keping krackers dalam campuran susu dan santan tadi.
  7. Oleskan 9 x 9 dulang pembakar dengar mentega.
  8. Susun krackers yang telah dicelup tadi ke dalam loyang.
  9. Lapiskan dengan lapisan daging.
  10. Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi.
  11. Susun lagi krackers atas lapisan daging dan telur tadi.
  12. Tuangkan lagi separuh dari susu tadi.
  13. Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih kurang tiga lapis.
  14. Akhir sekali tuangkan baki susu sehingga habis. Bakar selama 45 minit pada kadar 190C. (*akak buat 2 lapisan daging dan 3 lapisan biskut kraker, bahagian atas diakhiri dengan biskut krakers
    * kOi campurkan telur terus dgn adunan daging tuh,sekali jalan jer tuang nyer, kOi buat 3 lapisan daging dan 4 lapisan biskut kracker guna loyang 4segi saiz 8inci...

sori yea mood nk amek gambo malu2 sebab ada org kat umah,wpon gambo kOi kureng mengancam tp rasa nyer sgt2 marbeles...cuba laaaa

**ntah la nape terjadik nya hari nie,begitu kesusahan nk mencantik kan tulisan,kaler maler berbagai warna telah tercampur hantam aje la yong...

2 ulasan:

  1. Assalam mizwa,
    wow apa kahbar mu disana..lama tak dengar berita..
    rinduuuu...mizwa baik & sihat ke tu?..sibuk ya..
    walaupun dah 1/2 bulan kita berpuasa, akak nak ucapkan salam ramadan buat mizwa & family ya..

    sedap nampak murtabak krakers mu itu..

    BalasPadam
  2. wasalam kak ayu...
    rindu kak ayu jgk tp sy masih sempat menelek blog akk cuma sy yg xberupdate hehehe...sy sihat aje..selamat berpuasa jgk tuk akk sekeluarga

    BalasPadam