Rabu, 2 Mac 2011

AsSalam

AsSalam semua...
coretan baru di tahun baru yg dah masuk bulan 3...bukan xnak menulis tetapi terlalu byk kerja dan dugaan utk kOi di tahun 2011 nie tapi alhamdullilah semua nyer telah berjaya kOi hadapi nyer....bermula dgn oder yg sentiasa ada di awal tahun,boleh dikatakan tiap2 minggu ada (alhamdullilah) dan akhirnya kesihatan bonda yg merosot dari awal tahun sehingga la beliau menghembuskan nafas terakhir pada 12/2/2011 yg lalu...keadaan kOi jgk agak teruk disebabkan kekurangan rehat dan terlalu memikirkan hal bonda....mungkin ada kengkawan yg telah sedia maklum tentang pemergian arwah bonda kerahmatullah terutama bg kawan2 yg add di facebook kOi dan terima kasih kOi ucapkan kepada semua yg sentiasa memberikan kata semangat utk kOi semasa dalam keadaan berdukacita...sehingga kini keadaan sedih tetap ada cuma kOi sudah mampu mengawal nyer kalau tidak air mata nie mmg xdpt dibendung asik meleleh aje, almaklum la kOi anak yg paling rapat dgn arwah lgpon kOi anak bongsu tu yg terasa sgt kehilangan bonda walaupon duduk berjauhan, wpon berjauhan kOi tetap akan kol die tiap2 hari bertanya kabar ( kekdg masih pegang phone nk kol bonda sebab dah jadi rutin harian)...dengan kekuatan yg ada nie kOi nk cerita kan detik2 berharga dlm diri yg akan dijadikan pengajaran dan kenangan tuk diri sendiri...

25/1/2011 - bonda dimasukan ke hospital seberang jaya setelah dirujuk ke hospital kepala batas disebabkan tiada kepakaran tentang ortho di hospital kepala batas...kaki bonda akan dimasukan besi setelah pemerikasaan dilakukan..

25-27/1/2011 - pengesahan tarikh pembedahan iaitu pada 28/1/2011, risiko pembedahan adalah 50-50 sahaja disebabkan bonda ada penyakit diabetis,darah tinggi dan jantung( xserius), kami sekeluarga sependapat agar pembedahan dilakukan setelah mendpat penerangan lanjut dari doktor pakar wpon tahu risiko yg akan dihadapi..

28/1/2011- kOi baru gerak balik ke penang dari perak ( kOi xda dpt blk awal disebabkan hal dan tekanan tertentu) kul 8 pg kOi dah terpacak di hospital sbrg jaya, sesampai je kOi di hospital air mata mmg xdpt dikawal lg melihat keadaan bonda,beliau jgk menangis melihat kOi, pada masa ni kOi dh nmpk keaadaan fizikal bonda agak berubah iaitu badan bonda agak kembang (besar) dan beliau mengalami kegatalan dan kemerahan di serata bdan, kOi dah maklumkan pada doktor,staff nurse ttg keadaan tersebut tapi tiada tindakan..???pembedahan dijalan jam 1200tgh hingga 1530ptg, sepanjang pembedahan hanya zikrullah yg dpt kOi hadiahkan utk bonda,keadaan semasa menunggu pembedahan tegang sekali sehingga kOi xbergerak kemana2 pon....syukur kehadrat illahi 1530ptg bonda ditolak keluar dari dewan pembedahan dgn keadaan yg sgt2 ok malah beliau mampu mengangkat kepala utk melambai kepada kOi dan ahli keluarga yg lain, stelah di tolak masuk ke wad keaadan berubah bonda mengeletar sehingga katil yg beliau duduk turut sama bergoncang, hati kOi xtaw mcm mn nk ckp ler,risau,sedih dan gembira pon ada....kemudian bonda ditolak ke bilik penjagaan rapi wad, alhamdullilah keadaan bonda semakin ok tapi beliau mengalami kesukaran utk buang air kecil dan besar malah xnak makan sebab takut xboleh nak menghadam makanan yg dimakan...

29/1/2011 - keadaan bonda masih macam tu jgk xda perubahan malah xpt menbuang air kecil lgsg, selera bonda pon terjejas teruk smpai xnak minum lgsg...alhamdullilah harini kOi jumpa schoolmate yg jadi doktor di situ so kOi lebih byk bercakap ttg hal kesihatan bonda dgn die dan die jgk byk menjaga bonda selama disitu, harini mmg ramai sungguh sanak saudara dtg melawat bonda, harini bonda byk bercakap jgk dgn kOi dan byk mengadu ttg kesakitan yg dia alami..beliau jgk byk memegang tanganku disamping di suruh kOi mengusap2 sekitar badan nya yg sakit,beliau jgk xbenarkan kOi kemana2...mlm ni kOi xdpt menjaga bonda so bertukar dgn anak saudara yg menjaga nyer...dari cerita anak saudara kOi bonda mmg xley tido malam tuh hanya byk mengaduh kesakitan..hari ni jgk bapak saudara(pak teh) kOi iaitu adik kepada abah kOi meninggal dunia di hospital kepala batas, pak teh dimasukan ke hospital sama hari dgn bonda tetapi di hospital yg berlainan, berita ttg pak teh admit dan meninggal lgsg xdi beritahu kepada bonda takut akan menjejaskan lg kesihatan beliau kerana hubungan mereka yg agak baik.....pada masa nie abah kOi berada tekanan yg teruk, adik meninggal isteri pulak sakit, dah ditakdirkan dugaan utk abah kOi begini caranya...pak teh kOi pulak xda anak lelaki jadi semua urusan dilakukan oleh abah kOi dan abg2 kOi....

30/2/11 - tengahari kOi pergi melawat bonda di hospital, hari nie bonda asik pegang je tangan kOi tanpa melepaskan nya, hari ni keadaan bonda nmpk lain sgt die boleh nmpk bapak saudara kOi yg telah lama meninggal dunia dan byk ckp yg bukan2, kOi rasa mungkin disebabkan pengaruh ubat bonda jadi mcm tuh tanpa berfikir ke arah lain...dlm kul 3 lebih kOi gerak balik rumah utk amik peralatan utk menemani bonda malam nie stelah melihat keadaan bonda sudah agak tenang tapi dlm kul 5 kakak kOi kol bgtaw keadaan bonda agak kritikal dan dimasukan ke ICU, mcm xcukup tanah kOi berjalan bgtaw abg kOi dirumah seblah selepas tuh kOi mintak asben kOi memandu kereta ke hospital sb kOi dah lembut lutut,...apabila smpi di hospital kOi nmpk penuh ruangan menunggu ICU dgn sanak saudara kOi aje, kOi terus masuk kedlm mencari bonda rupanya bonda tgh mencari kOi smbil menangis ( ampunkan adik mak sb biarkan mak mencari terlalu lama)...lalu kOi redakan tangisan die sambil minta maaf sb biarkan die menunggu kOi...bonda cuma mengadu beliau agak penat dan berkata mungkin dah smpi wktu nya ( kOi agak hiba mendengar kata2 bonda tuh) bila berada dlm ICU agak rumit sikit tuk melihat bonda setiap masa, kali terakhir kOi mendengar suara bonda pabila nurse memanggil nama beliau selepas itu hilang la terus suara bonda dari pendengaran kOi apabila bonda diberikan ubat penenang bg mengelakkan kesakitan beliau....sebelah mlm pulak kami sekeluarga telah diberi surat pemberitahuan ttg keadaan bonda yg agak tenat,terduduk kOi mendengar semua itu, selain itu pihak hospital jgk meminta keizinan utk incubate (btoi ke eja ni) iaitu memasuk tiub kedlm mulut bonda utk tujuan penafasan kerana bonda kekurangan oksigen tuk bernafas secara manual...hancur luluh rasa hati sb tahu mungkin kOi dah xberpeluang mendengar suara bonda memanggil nama kOi...menitik air mata kOi lg bila melihat keadaan bonda setelah dimasukan tiub ke dlm mulut....

31/1/11 - 7/2/11 - keadaan bonda masih sama hanya stabil tetapi masih dlm keadaan tenat, selama itu lah hospital menjadi rumah no 1 bg kOi, berulang alik masuk ke dlm ICU wpon dimarahi petugas di bilik ICU, kOi pekak kan telinga aje demi bonda...selama dlm tempoh ini bonda memberikan respon yg boleh melegakan hati sikit iaitu bonda sudah membuka mata wpon kecil dan sudah mengerakkan badan nya apabila di sentuh tetapi bg doktor itu semua tidak memadai kerana mereka mahu bonda membuka penuh mata nya dan mengerakkan badan nya....bonda jgk mampu menangis pada saat2 tertentu pabila bercakap ttg sesuatu yg menyentuh hati....

8/2/11 - hari ni leher bonda ditebuk utk tujuan penafasan kerana cara incubate dah xsesuai dikhuatiri akan menyebabkan bonda mendapat radang paru2 pulak....bonda demam selepas di tebuk leher dan panas agak tinggi...

9/2/11 - 11/2/11 - keadaan kesihatan bonda semakin merosot teruk selepas di tebuk leher, die jgk sudah tidak mampu membuka mata seperti biasa dan menggerakan badan nya lg...hanya doa yg kOi mampu pohon utk kesihatan bonda pada kala ini...ptg 11/2/11 keadaan kesihatan bonda menjadi sgt2 teruk tekanan darah bonda jgk tidak menentu, pihak doktor yg merawat telah membenarkan pihak keluarga utk menemai bonda ketika ini...

12/2/11 - semlm kOi bersama kakak sepupu menemani bonda di hospital kami hanya berpeluang sekali sekali tuk masuk melihat bonda...selama menjaga bonda xpernah kOi merasa mengantuk yg teramat sgt seperti mlm td smpi sepupu kOi menegur "weh hang boleh tido noooo mcm nie" kOi hanya senyum aje la...tepat 0524 12/2/11 kOi mendapat panggilan dari 04-382 7333 wad ICU hospital menyuruh kOi dtg ke wad kerana keadaan bonda sudah tenat,bagaikan xcukup lantai kOi berlari mendapatkan bonda...saat pertama memandang bonda muka beliau sudah agak pucat,nafas nya turun naik dgn perlahan, kOi terus mengajar bonda mengucap sambil menelefon ahli keluarga yg lain utk dtg segera ke hospital...kOi mmg xbergerak ke mana dah hanya solat subuh aje kOi meninggalkan bonda, kul 6pg semua ahli keluarga kOi sampai di hospital,kami bergilir2 membaca surah yasin dan mengajar bonda mengucap...paling sayu bila melihat abah kOi berkata2 pada bonda dlm esakan yg kecil,beliau sudah xmampu melihat bonda dlm keadaan begini,keadaan kami sekeluarga mmg agak tegang ketika ini semua menitiskan air mata...akhirnya dlm jam 930pg bonda menghembuskan nafas terakhir beliau di sisi kami sekeluarga, pilu nya hati mmg xdpt dikatakan lg.....kOi mengiringi jenazah bonda sehingga selamat smpi ke rumah..sudah ramai org menunggu bonda apabila kami smpi di rumah...keaada dirumah seolah2 mengadakan kenduri kerana terlalu ramai org dtg menziarah bonda buat kali terakhir...semasa hayat nya bonda mmg ramai kenalan jadi mmg ramai la kwan2 nya yg dtg....6 tahun yg dlu pada tarikh yg sama rumah kOi berada dlm keadaan yg sama iaitu sesak dgn org ramai kerana pada tarikh tersebut jgk la tarikh majlis perkahwinan kOi,bagaimana mampu tuk kOi menyambut ulangtahun lg...rancangan awal jenazah bonda akan disemadikan jam 4 ptg tetapi agak terlewat sedikit maka jenazah bonda selamat disemadikan jam 430 ptg.....

*byk benda yg xdpt diceritakan secara detail atas sebab2 tertentu
*mungkin cara penulisan agak kelam kabut kerana hanya menaip mengikut apa yg keluar dari kepala sahaja...
* terima kasih kerana sudi membaca

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum...
    Takziah dari mariam..semoga bonda akak ditempatkan bersama org2 beriman...
    Al-Fatihah...

    BalasPadam
  2. As salam mizwa..trtitis airmata atie baca kisah nie sbb atie pon pernah mengalami keadaan yg sama bila mak atie meninggal.sepjg dihospital,atie yg menjgnya siang & mlm..tinggalkn anak2 bersama HB(atas izinnya).hanya itu yg atie mampu lakukn disaat2 akhirnya...pengorbanannya xmampu kita balas.walaupon dah 4 thn berlalu namun bila trkenang arwah mak.sayu rasa hati.mmg pd mulanya atie mmg xblh terima pemergian Arwah...namun redho juga atas ketentuan Ilahi.al-fatiahah tuk arwah mak atie & mak mizwa.....

    BalasPadam
  3. sedih koi baca mizwa..koi xpernah rasa apa yg awak rasa ni...semoga tabah dan sori sbb xdtg spital dan perg kenduri tu sbb koi duk sorg kt rumah.takut nak travel...

    BalasPadam
  4. salam midza..
    salam takziah akak ucapkan.. sedih & sebak bila baca coretan midza ni.. alhamdulillah.. midza berpeluang bersama2 dengan arwah sepanjang dia sakit hinggalah menghembuskan nafas terakhir... puas hati bila kita dpt ajar arwah mengucap di saat2 akhir.. pengalaman akak masa arwah ayah meninggal lagi pedih & pilu.. waktu tu adik lelaki akak sakit (sakit kerasukan), adik no. 2 dalam pantang, tiba2 ayah pula kena serangan jantung. terpaksa mak akak hantar ayah ke hospital.. tp tak dpt menemaninya sbb terpaksa menjadi adik yg dlm pantang & adik lelaki yg sedang sakit (yg kdg2 nk lari dr rumah tak sedar). hinggakan hospital muadzam nak hantar ke hospital kuantan mak akak tak dpt juga nak ikut. bukan tak mau.. tp keadaan waktu itu tak mengizinkan. waktu tu arwah masih boleh bercakap & nampak dah ok sikit. akak sampai mlm tu di kg.. esoknya bila pegi ke hospital kuantan (dgn adik2 yg sakit semua dibawa bersama berpapah) bila tiba sana.. tiada rekod pesakit nama ayah akak.. ke sana ke mari mencari.. rupa2nya.. ayah akak telah pergi buat selama2nya tanda sorang pun dari ahli keluarga akak disisinya.. dia meninggal semasa kami dlm perjalanan. nurse telefon rmah tp tiada sapa kat rumah.. (masa tu hp takde lg).. amat sedih yg teramat + terkilan kerana tak sempat langsung jumpa ayah... sampai skrg masih terkilan..... Maafkan kaklong ayah... Ya Allah.. kau tempatkanlah arwah ayahku & arwah ibu Midza bersama2 insan yg beriman... aminnn...

    BalasPadam
  5. Takziah dari su..maaf sebab lambat tahu berita ini.Semoga semakin tabah menghadapi hari2 mendatang.Baca cerita mizwa,teringat kehilangan abg tersayang.4 tahun berlalu tapi sampai sekarang masih terasa yang dia ada lagi.Kadang2 sukar untuk kita mnenerima kenyataan kan?

    BalasPadam