Jumaat, 23 September 2011

KETAYAP

Salam...
lg 5 hari Syawal akan meninggalkan kita semua..xlama lg dtg pulak musim haji...sekejap je masa berlalu,harap dpt lg merasai Ramadhan yg akan dtg...minggu nie jgk mungkin minggu last bg kengkawan semua membuat majlis "rumah terbuka"...tp skrg sehingga Zulkaedah masih ada yg buat open house rasanya disebabkan bulan Syawal dah penuh dgn undangan...

Ketayap mungkin diketegorikan kuih muih org lama2 kan tp masih diminati oleh golongan muda skrg spt sy hahaha (kembang montot)...dah lama buat ketayap ni baru perasan xupload lg kat sini smpi resepi pon dah lupa tp xpe la sy sertakan resepi dari blog kawan2 yg lain yea...ini resepi dari kak ummi kuantan yea tp versi polkadot lau nk buat polkadot buat ler,lau xmo xyah buat dot..dot.

KUIH KETAYAP POLKADOT WARNA WARNI
Resepi: Kak Wan
Sumber: CT Delima
Diolah tambah : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A

* 1 cawan tepung gandum
* 2 biji telur (*akak letak 1 biji je)
* 2 helai daun pandan
* 1 1/2 cawan susu cair atau santan (*guna santan)
* 1 sudu teh garam
* pewarna hijau
* 1 sudu besar majerin dicairkan (*akak x letak)
* sedikit minyak utk disapu pada kuali

Inti (*akak buat inti citarasa akak sendiri - hampir sama jek dgn kak Wan punya)

* 1/2 biji kelapa parut putih
* 3/4 cawan gula merah (*akak guna 1/4 cawan gula melaka yg dihancurkan, 1/4 cawan gula merah)
* sedikit air (*akak x letakpun)
* 1 helai daun pandan
* 1 sudu besar tepung pulut/jagung (akak letak tepung jagung)

Cara-cara :

1. Untuk INTI: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
3. Untuk DADAR : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis. (*akak asingkan sedikit adunan, campur sikit tepung lg biar pekat, kacau sebati dan letak masing2 dgn kaler biru dan merah. ,masukkan ke dalam piping beg dan gunting kecil muncung beg)
4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. (*kemudian akak cepat2 dot-dotkan atas adunan dengan kaler biru dan merah)
5. Biarkan masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. (*akak angkat dan terbalikkan bahagian polkadot ke bawah.)
6. Terus letakkan inti dan gulung. (Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang). Ulangi sehingga adunan tadi habis.

ketayap ni sy buat besar2 mcm sy hehehe...tp bestttt

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum..lama tak buat ketayap..sedapnyer la hai..hijaunyer pun cantik jer.

    BalasPadam
  2. ku lihat ijauuuuu ,bestnya ketayap lama tak buat

    BalasPadam
  3. kak tun & kak mimi > buat jgn xbuat

    BalasPadam