


mencari sesuatu yang mendamaikan untuk ketenangan diri dalam sujud ku kepada Ilahi..
sticky caramel chicken wings ne kOi amik resepi dari FP mamasya asal dari mutiarazura..tapi lau ikutkan bukan chicken wing tapi kOi campur jer bahagian2 ayam yg sedia ada..mmg sedap, thanx mamasya...
resepi sticky caramel chicken wings :-
Sticky Caramel Chicken Wings
Sumber; mutiarazura; My resepi
Bahan-bahan ( 24 keping )
* 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
* 2 sudu besar minyak masak
* 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
* 1 sudu besar halia dicincang
* 1 sudu besar sos ikan - letak 1 1/2 sb (sos ikan dah masin tak payah letak garam)
* 1 sudu besar kicap - letak 2 sb
* 1 sudu besar sos cili
* 1/4 cawan (60ml) madu
Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!
menu-menu lamer...
KRIM KARAMEL LAPIS
(Guna loyang 8 inci)
Bahan2
8 biji telur (MaDiHa guna 5 biji gred A & 3 biji gred B)
¾ ~ 1 tin susu pekat ~ tin tinggi (ikut manis yg anda suka)
1 tin susu cair
½ tin air biasa
1 sudu besar esen vanilla
4 sudu besar serbuk koko
5 sudu besar gula (utk karamel)
Cara Menyediakan
1. Masak 5 sudu besar gula pasir di dlm loyang (8 inci) dengan api perlahan sehingga menjadi coklat muda. (jangan sampai hangus nanti pahit pula )
2. Panaskan periuk kukus dengan air yg banyak. Pukul telur hingga kembang, masukkan vanila, air, susu pekat & susu cair & pukul lagi hingga berbuih.
3. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibancuh dengan serbuk koko sehingga rata lalu tapiskan.
4. Tuangkan 2 senduk bancuhan plain ke dalam loyang yg sediaada gula hangus/karamel tadi lalu kukuskan selama 5 minit. (Pastikan ikat penutup periuk kukus dengan kain yang bersih utk mengelak wap menitik ke atas kuih).
5. Bila lapisan pertama masak.. (pastikan dipermukaan kuih tiada air.. jika ada boleh lap perlahan dengan tuala bersih) Tuangkan pula 2 senduk adunan coklat dan kukus lagi lebih kurang 5 minit/ sehingga kuih masak. Kukuslah berselang seli hingga masak kesemuanya.
6. Sejukkan puding sebelum dihidangkan.. Terbalikkan puding ke dalam pinggan yang sesuai utk menghidang. Lebih sedap dimakan selepas disejukkan dari petiais.
try la mmg sodap wa ckp luuuuuuuu...
sup ayam ( nmpk x kaki sape la dalam mangkuk kOi tuh)
ini resepi nasi karot yg kOi copy paste dr FP K.liza
NASI CARROT
bahan
6 caw beras bathmati....basuh dan toskan
2 caw carrot [potong dadu kecil]
1/2 caw susu cair
8 caw air
1 kiub ayam knorr
1 s/k gula
garam
Bahan Tumis
2 s/b rempah kurma
5 ulas bawang merah.]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar
2 cm halia ]
3 s/b minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan
Cara
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan
AYAM BAKAR
Bahan
1 ekor ayam [potong 4]
1 s/b lada hitam tumbuk/mesin
3 s/b sos BBQ Knorr
1 s/b sos tiram
Cara
1. Bersihkan dan kelarkan ayam.
2. Perapkan ayam beberapa jam.
3. Bakar ayam dalam oven 200'C selama 1 jam.
4. Hidangkan ayam dgn sos lada hitam. dengan ayam bakar, sup dan salad sayur.
SALAD SAYUR
Bahan
1 biji tomato
1 batang timun
sedikit kobis manis
mayonis
cili sos
Cara
1. Semua sayuran dipotong dadu.
2. Gaulkan mayonis dan sos cili.
3. Gaulkan sayuran dan mayonis.
4. Hidangkan.
sila la cuba resepi ne mesti x menyesal nyer....lau xcaya tanya la mamasya (pakar masak nasi ne)...k la nnt kita sambung lg dgn xperimen kOi hujung minggu pas..tungguuuuuuuuu