Jumaat, 17 Disember 2010

DAGING KICAP PEDAS MY MUM

AsSalam semua...
fuyooooooo dah lama xberupdate beb, kOi dah malas tahap gaban lg pon dah jarang memasak skunk nie rasa nyer lepas raya pose ritu mmg dah jarang masak asik mkn kat luar ajo....terima kasih la kepada yg masih sudi bertandang walaupon blog nie dah mcm terabai tapi kOi tetap buka pintu umah tiap2 hari wlau x berupdate...
nie menu daging kicap pedas yg paling kOi suka sebab resepi mak kOi yela air tangan ibu la yg paling sedap kat dunio kan huhuhuhu....jom layan resepi nyer tapi seperti biasa la korang agak2 bahan nyer sendirik sebab kOi pon ikut tangan je letak bahan.....

DAGING KICAP PEDAS

Bahan2 :
Daging (ikut suka la nok byak mana sekor lembu pon boleh)
kicap
gula
garam
cili merah
cili padi
halia
bawang putih
bawang besar
gula & garam - xyah byk sebab dh ada tadi
kacang buncis/kacang panjang
minyak
air

Cara2 :
1. Potong daging nipis je xyah tebal sgt perapkan dgn kicap,gula dan garam selama 1/2 jam

2. Blend cili,bawang,halia
3. Masukkan minyak dalam kuali kemudian tuangkan bahan blend biarkan sekejap kemudian baru kan daging yg diperap
4. Apabila daging hampir masak masukkan kacang atau sayuran lain jika suka.
5. Biarkan seketika sehingga daging masak tutup api sedia dihidangkan hehehehe...(sgt sedap makan dgn nasi panas dan ikan gelama masam wowwwwwww)


Khamis, 11 November 2010

POPIA KETAM

AsSalam semua...
menu rinie (opss dh lama bt yerk)....rasanyer kOi beli kulit popia masa ramadan tapi xda kesempatan nk buat maklum la bulan pose ritu rajin sgt mcm2 menu nk cuba so terlewat la nk buat popia nie....kOi hentam je buat popia ikut suka hati den lah...


POPIA KETAM

Bahan :
1 paket kulit popia
1 paket isi ketam - potong 2
1 biji sekuang - saiz sederhana (potong/sagat memanjang)
1 biji karot - (potong/sagat memanjang)
1 biji bawang putih - diketuk
sedikit minyak
sedikit garam

Cara :
1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan karot dan sekuang yg telah di potong/sagat
3. Masukkan garam dan biarkan sehingga sayur sedikit layu tutup api
4. Sediakan kulit popia masukkan sayur dan isi ketam kemudian gulung...gam kan dgn tepung jagung/air....

Sos Pencicah Mystyle (kOi agak2 je)

Bahan :
Cili kering
Gula
Garam
Cuka
Air
Tepung jagung

Cara :
1. Masukan semua bahan dlm kuali/periuk biarkan mendidih, rasa masam,masin dan manis
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan air...kacau sebentar tutup api
3. Siap tuk dihidangkan....

Rabu, 10 November 2010

PUDING ROTI SOS KASTARD

AsSalam semua...
puding dah lama tgk kat blog kak hana, pehtu dah lama jgk dah buat, pehtu mmg dah lama nak masak blog, pehtu mmg dah lama malas hahahaha...boleh buat karangan mcm tu x...malas ckp byk layan je la

PUDING ROTI SOS KASTARD - HANA

Bahan-bahan
• 500 ml Susu segar
• 8 keping Roti
• * 4 sudu besar Gula halus
• * 2 sudu besar Butter- cairkan
• * 2 biji Telur
• * 1 sudu teh Esen vanilla
• * 1 sudu besar Tepung Jagung
• * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
• 2 sudu besar Kismis

Untuk Sos Kastard
• 1 tin susu cair
• 2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
• 2 s/b gula

Cara-cara
1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
4. Taburkan kismis diatas adunan.
5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
7. Tuang ke atas puding roti tadi.

Jumaat, 29 Oktober 2010

APRON KUNING AKU YANG PUNYA

macam pernah dengar x tajuk n3 kat atas tuh huuhuhu....tuh tajuk n3 kOi tuk memenangi GA kat blog kelly .....alhamdullilah kOi dah berjaya mendapat apron tersebut...

DULU - (pic apron kat umah kelly)

SEKARANG - (pic apron kat umah kOi lak)


sebenar nya apron nie kOi dapat masa bulan ramadan lg tapi masa tuh kOi dah blk kpg tuk berhari raya pehtu asik peram jer xupdate2 nie la baru nk update lak....terima kasih byk tuk kelly sebab sudi bagi apron kat kOi yer...selain tuh kOi jgk dpt kad ucapan selamat hari raya dari kelly...



KEOW TEOW KUNGFU

keow teow kungfu nie buat masa lepas raya ritu tapi tuk makan kOi dgn hubby aje la...resepi dah malas nk taip tapi kOi sertakan satu resepi yg lebih kurang mcm kOi masak la cuma kOi tambah kan cili kicap yg pedas menyengat baru sedap mkan kan tapi tuk suka makan pedas la...bg kOi lau makan xda makanan pedas mmg mcm xselera jer tapi tu ikut tekak kOi la huhuuu


Bahan A
1 bungkus kuey tiaw basah
3 biji telur ( dipukul)

Bahan B
Isi ayam
udang basah yang sederhana besar - dibuang kulit
Daging yang dihiris nipis
3 ulas bawang goreng - dicincang
bunga kobis putih
1 batang karot - potong ikut suka
sayur sawi pak choy
bunga jagung - dipotong
celeri - kalau suka la boleh tambah
2 s/b tepung jagung dibancuh dgn satu cawan air
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
1 s/b sos ikan
garam dan perasa

Hiasan :
Daun bawang, bawang goreng dan limau nipis yg dipotong

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng telur dan kuey tiaw dalam kuantiti sikit hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan daging.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, sos ikan dan carrot.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan sawi pak choy dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas kuey tiaw dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

BEBOLA ROTI GORENG

AsSalam semua...
Salam tengahari Jumaat yg terang...tapi tidak seterang diriku ini hahaha...puhhhhhhh dah 15 tahun xupdate blog ni pada sape yg sudi bertandang semasa blog ini tidak di update terima kasih diucapkan, bukan xnk update tapi terlalu bz ditambah vitamin M yg merenyut-renyut tuh....kOi akan update dgn menu2 masakan yg dah lama dimasak yer yg terbaru pon ada tapi kOi akan campur jer bergantung pada keadaan dan masa yg kOi ada....
musim bebola roti goreng dah lama berlalu sebelum ramadan lg kan...kOi amik resepi dari umah k.ayu spore yg asal dari lizahanum thanx to both of u dear....dah ramai yg cuba kan sedappppp....

BEBOLA ROTI GRG

14 keping roti ( plain white bread)-POTONG menjadi kepingan kecil
2 biji telur (saiz besar)
3 batang cili merah (potong kecil2)
1 biji bawang besar (dadu halus2)
sedikit daun sup/bawang (hiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
perasa ikan bilis -(Ayu used kiub ikan bilis dilenyek2 sikit)
minyak utk menumis

Method:-
Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar.
Kemudian masukkan telur, cili merah, bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk .
Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari

Isnin, 4 Oktober 2010

SAGU GULA MELAKA

AsSalam semua
Salam pagi Isnin yg ceria, semoga xda monday blues yer...kOi masih bz yg xabes lg tapi kena jgk update nnt bosan lak kengkawan dtg xda menu baru...tapi menu ni dah basi yer buat masa ramadhan ritu tapi baru nk update..kOi buat ikut suka sukatan kOi aje tapi kOi bg resepi dari fp k.rinn...

SAGU GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN:
500gm sagu biji
Air untuk merebus sagu
Seketul gula Melaka
Semangkuk air
2 sudu makan gula pasir
1 mangkuk santan (kOi guna susu)
Secubit garam
Daun pandan

CARA-CARA:
1. Didihkan air. Sedikit demi sedikit masukkan sagu biji dan kacau. * Boleh beli sagu biji yang sudah siap berperwarna hijau atau pink. Sekiranya menggunakan sagu biji yang putih, bolehlah titiskan sedikit.pewarna hijau atau merah. Kacau di atas api sederhana hingga kesemua sagu kelihatan kembang dan jernih warnanya.
2. Tapis dan bilas sagu supaya hilang kanjinya. Ketepikan seketika dan tuang ke dalam bekas pilihan.
3. Panaskan semangkuk air dan masukkan gula Melaka dan gula pasir serta daun pandan. Kacau atas api hingga larut. Tapis.
4. Panaskan santan dgn secubit garam. Guna api kecil sehingga agak mendidih. Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
5. Hidangkan sagu bersama santan dan kuah gula melaka tadi. Lebih enak jika disejukkan terlebih dahulu.