Jumaat, 23 September 2011

KETAYAP

Salam...
lg 5 hari Syawal akan meninggalkan kita semua..xlama lg dtg pulak musim haji...sekejap je masa berlalu,harap dpt lg merasai Ramadhan yg akan dtg...minggu nie jgk mungkin minggu last bg kengkawan semua membuat majlis "rumah terbuka"...tp skrg sehingga Zulkaedah masih ada yg buat open house rasanya disebabkan bulan Syawal dah penuh dgn undangan...

Ketayap mungkin diketegorikan kuih muih org lama2 kan tp masih diminati oleh golongan muda skrg spt sy hahaha (kembang montot)...dah lama buat ketayap ni baru perasan xupload lg kat sini smpi resepi pon dah lupa tp xpe la sy sertakan resepi dari blog kawan2 yg lain yea...ini resepi dari kak ummi kuantan yea tp versi polkadot lau nk buat polkadot buat ler,lau xmo xyah buat dot..dot.

KUIH KETAYAP POLKADOT WARNA WARNI
Resepi: Kak Wan
Sumber: CT Delima
Diolah tambah : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A

* 1 cawan tepung gandum
* 2 biji telur (*akak letak 1 biji je)
* 2 helai daun pandan
* 1 1/2 cawan susu cair atau santan (*guna santan)
* 1 sudu teh garam
* pewarna hijau
* 1 sudu besar majerin dicairkan (*akak x letak)
* sedikit minyak utk disapu pada kuali

Inti (*akak buat inti citarasa akak sendiri - hampir sama jek dgn kak Wan punya)

* 1/2 biji kelapa parut putih
* 3/4 cawan gula merah (*akak guna 1/4 cawan gula melaka yg dihancurkan, 1/4 cawan gula merah)
* sedikit air (*akak x letakpun)
* 1 helai daun pandan
* 1 sudu besar tepung pulut/jagung (akak letak tepung jagung)

Cara-cara :

1. Untuk INTI: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
3. Untuk DADAR : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis. (*akak asingkan sedikit adunan, campur sikit tepung lg biar pekat, kacau sebati dan letak masing2 dgn kaler biru dan merah. ,masukkan ke dalam piping beg dan gunting kecil muncung beg)
4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. (*kemudian akak cepat2 dot-dotkan atas adunan dengan kaler biru dan merah)
5. Biarkan masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. (*akak angkat dan terbalikkan bahagian polkadot ke bawah.)
6. Terus letakkan inti dan gulung. (Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang). Ulangi sehingga adunan tadi habis.

ketayap ni sy buat besar2 mcm sy hehehe...tp bestttt

Khamis, 22 September 2011

MASOK LOMAK CILI API DAUN ASAM GELUGUR

ASSALAMUALAIKUM..

Mendung cuaca kebelakangan ni, hujan + jerebu yg x ok lg...semlm sedap nyer tido sb sejuk je hehehe...ingat nk tido awal ler sb letih sgt badan alih2 dok layan Sherk the third lak,suka watak kucen dgn keldai tuh comel jer hahaha...

Masak Lomak Cili Api Daun Asam Gelugur bersama Ikan kayu hehehe mcm gempaq jer nama masakan tuh...biasa aje mcm masak lemak yg lain jgk cuma asam gelugur/keping digantikan dgn daunnya...lau sebelah negeri sembilan ni selalu digunakan daun asam ni kan....kawan kOi bawa blk dari kpg jd die bg BANYAK kat kOi, dlm hati dah plan nk buat masak lemak cili api dgn ikan sungai lau dpt cari ikan,alih2 g pasar malam xda lak ikan yg menarik hati...ikan sungai xda jd ikan laut jd mangsa nyer, kOi beli ikan kayu/tongkol/aya lembut..lgpon kOi dgn hubby mmg suka mkn ikan kayu nie buat goreng saje pon best siap berebut lg...

MASAK LEMAK CILI API
Sumber : Arohamizwa

BAHAN :-
1. 1 ekor ikan kayu sederhana besar
2. 7 helai daun asam gelugur - diracik mcm bunga rampai,rendam dlm air garam sebentar tuk menghilangkan sedikit rasa masam)
3. ** 20 biji cili padi merah dan hijau (campur) - terpulang ikut kesesuaian
4. ** 1 biji bawang besar
5. ** 1 inci kunyit hidup (** blend bersama 1/2cwn air)
6. 250ml santan pekat
7. 1 cawan air

CARA :-
1. Blend bawang,cili dan kunyit kemudian masuk kan kedalam kuali/periuk sampai mendidih.
2. Masukkan daun asam gelugur bersama ikan dan biarkan sehingga ikan masak hampir baru masuk kan santan bersama air. sentiasa kacau agar santan xpecah minyak..perasa kan dengan garam,sedikit gula dan serbuk perasa (optional)
3. Bila ikan dah masak dan santan hampir mendidih boleh tutup api dan siap tuk dihidangkan...

nmpk pekat x kuah masak lemak ni,kali ni mmg kOi pekat kan kuah nya nyummm nyummm pedas,pekat dan melekat hahaha

gambar2 dibawah ada ehsan En Gonzales opss uncle google la hehehe...

daun asam gelugur yg diracik seperti bungai rampai

daun/pucuk asam gelugur

asam gelugur yg dah masak

pokok,daun dan buah asam gelugur yg masih muda

daun asam gelugur tuh ada lg kat umah,plan nk masak lemak lg tp dgn telur itik pulak dan buat kerabu mangga nyummm nyummm, makin bertambah besar la den.....ahaakkkzzz

Selasa, 20 September 2011

assalamualaikum

apa kabo semua...?? ehhh ada org melawat ke blog kOi nie,,,xpe la lau xda pon kOi tetap update tuk rujukan sendiri masa depan nnt...mmg kOi perasan yg dah kurang rakan2 blogger lain dtg sini,xpe mungkin salah kOi jgk sb dlu stop lama sgt berblog so bila dah kembali org pon xperasan....janji kOi happy kan...

kerabu nie kOi buat masa masak butter prawn harituh,n3 butter prawn dah keluar cuma kerabu tertinggal keretapi sikit...masa g beli brg dpur nmpk buah mangga muda byk sgt kat kedai nyonya barang tuh,memula malas nk amek sb takut xsempat buat kerabu, mangga dah masak (nmpk sgt malas masak) tp tangan ni pergi jugak amek buah mangga tuh 2 biji jer...masa dok kupas dan sagat buah hubby dtg mintak sikit mangga muda last berjangkit dgn kOi lak dok mencicah dgn garam pehtu dlm hati lak dok kata nyesal nye beli sikit sgt...huhuhu

KERABU MANGGA

BAHAN:
1. 2 biji mangga muda - disagat
2. 2 ekor ikan selayang - dibakar/goreng kemudian tumbuk sikit
3. 2-3 biji cili padi siam *
4. 1 biji cili merah*
5 sedikit belacan*
6. 1 biji bawang besar - potong dadu
7. 3 biji limau kasturi - amek air
8. garam dan gula

CARA:
1. bahan * ditumbuk
2. gaulkan semua bahan perasa kan dgn garam dan gula

Isnin, 19 September 2011

LONTONG

SALAM...
cuaca masih lg mendung kat kawasan kOi nie..kekdg tersalah tgk mendung ke jerebu sb keadaan jerebu kat tempat kOi masih belum ok...mmg aktiviti luar dikurangkan takut nnt kesihatan terganggu pulak...

lontong nie kOi buat masa kawan cyber nk dtg umah, die dah kol awal ckp nk dtg so dpt la prepare apa2 yg patut lau x dpt minum air je la sb biskut raya dah kering kat umah kOi...kOi masak kuah lodeh ikut suka hati kOi aje, pehtu kOi gandingkan dgn sambal tumis udang dan kuah kacang...kuah kacang nie kOi amek resepi dari blog CMG, sambal udang tuh kOi belasah jer...

LONTONG

KUAH LODEH
BAHAN2 :
1. 1 biji sengkuang sederhana
2. 1 biji karot
3. 10 urat kacang panjang
4. 1/4 biji kobis
5. 4 keping fucuk kering - dipatah2kan dan direndam
6. secekak suun - direndam
7. 4 keping tahu - dipotong dadu dan digoreng
8. 2 keping tempe - dipotong dan digoreng
9. 500gm santan pekat
10. air secukupnya
11. serbuk kunyit

BAHAN TUMIS :
1. 4 Biji bawang besar*
2. 2 biji bawang putih*
3. 1 inci kunyit hidup*
4. 100gm udang kering* ( bahan * di kisar/ditumbuk)
5. 3 batang serai - dititik
6. minyak

CARA2 :-
1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan * dan serai yg dititik sehingga naik bau. (lau xmo tumis masukkan bahan kisar nie bersama dgn air sebelum masukkan sayur2an...)
2. masukkan air biarkan mendidih baru masukkan sengkuang,karot, kacang panjang ( jarak kan waktu setiap sayur tp jgn lama sgt,mulakan dgn sayur yg agak keras sikit).
3. kemudian baru masukkan fucuk dan suun yg direndam dahulu, tahu dan tempe...
4. masukkan santan pekat (jgn lupa serbuk kunyit kacau dgn sedikit air tuang bersama santan pekat) sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak sgt, biarkan sekali mendidih kemudian tutup api...

sebenarnya ada nasi himpit dalm pic nie tp die dah menyelam ke mana ntah,smpi xnmpk bayang lgsg...

SAMBAL UDANG
BAHAN :-
1. 300gm udang kecik
2. 3 senduk cili kering yg sudah diblend dgn sedikit belacan
3. 4 biji bawang merah *
4. 2 biji bawang putih * (blend/tumbuk)
5. 1/2 cawan air asam jawa
6. gula,garam dan serbuk perasa

CARA :-
1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang yg diblend/tumbuk sehingga garing
2. masukkan cili kering biarkan sehingga pecah minyak/hilang bau cili
3. masukkan gula,garam dan serbuk perasa serta air asam jawa...biarkan campuran sebati boleh tutup api...

KUAH KACANG CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram kacang tanah
1 senduk nasi penuh cili kisar
2 batang serai, dititik
3/4 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1500 ml air
150gm daging - kOi tambah

BAHAN KISAR HALUS :-)
80 udang kering, rendam 10 minit dengan air panas, toskan
13 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
4 batang serai, dihiris
1 camca besar ketumbar
1 1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing. (kOi masukkan sekali daging)Kacau selalu dan guna api sederhana. Masukkan kacang kisar, kacau rata.
2. Tuang air dan juga masukkan jus asam jawa. Bila mendidih, tambah gula secukup rasa dan sedikit garam. Kacau dan kecilkan api. Renih hingga kuah kacang pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

cara hidangan die..
1. nasi himpit - beli jer jenama nona @ adabi senang keje..
2. kuah lodeh
3. sambal udang
4. kuah kacang
5. ayorrrrr....

Khamis, 15 September 2011

UNDANG MENTEGA/BUTTER PRAWN

Assalamualaikum...

agak sejuk pg nie di manjung sb semalam hujan tp keadaan jerubu disini masih kureng baik...semalam kOi keluar mkn kat luar,balik2 ke umah kOi rasa mcm nk asma je rasa sesak nafas sgt mungkin sb keadaan cuaca yang berjerubu ....moral of story jgn keluar aktiviti luar sgt buat sementera waktu nie...

udang mentega nie kOi buat tuk abiskan stok udang,udang pon dah xbrape fresh dah lama sgt dah huhu tp abes jgk kena telan dgn kOi dan hubby,pehtu amek la kesan die gatai2 hidung ler huhuhu...kOi buat butter prawn nie ikut pengalaman berdasarkan resepi yg pernah dicuba sebelum ni...


BUTTER PRAWN

BAHAN :-

BAHAN A.
1. udang - gaulkan dgn garam kunyit
2. minyak secukupnya utk mengoreng udang

BAHAN B.
1. 1/2 cawan minyak
2. 3 sdb mentega - kOi guna majerin
3. 4-5 biji cili padi
4. daun kari
5. 1 sdb susu cair/fresh - kOi guna susu pekat + air*
6. garam*
7. 1 sdk gula*
8. 3 biji kuning telur* (campurkan sekali bahan * kacau sebati)

CARA2 :-
1. Goreng udang sehingga masak ketepikan,jgn garing sgt nnt isi kureng fresh
2. Panaskan minyak bersama mentega, bila mentega cair masukkan bahan * kedlm bekas sos atau acuan roti jala.
3. sekiranya minyak terlalu panas tutup api dahulu kemudian tuang kan bahan * kedlm minyak, kemudian kacau segera agar tidak hangus jgn lupa hidupkan api semula sekiranya ditutup td..
4. kemudian masukkan cili padi dan daun kari,sentiasa mengacau...(kuali akan berbuih2),bila agak2 garing sikit adunan telur tuh angkat dan tuskan dari minyak kemudian letak kan di atas udang yg telah digoreng td...

kOi sertakan sekali resepi yg pernah menjadi rujukan kOi sebelum nie...

dari kak jasmeen kitchen:-

Butter Prawn (4 org makan)
Bahan2 :-
250 gm udang (udang rimau lg best..yg teman buat tuh belen wat mee, tu yg togel jer udang tu)
3 biji kuning telur (klu nak serdak banyak, tmbah lg telur tu)
1 cwn myk masak
3 sudu besar butter / margerin (teman guna margerin)
2 sudu teh susu cair or susu segar
3 biji cili padi (hiris halus)
Daun Kari
Garam & Ajinomoto secukup rasa..

Cara2 :- (Ramai yg kata, part nih yg leceh tp follow cara kt bwh, insyaAllah jadikk)
- Goreng udang sehingga masak (guna ½ cwn myk) than letakkan dlm penapis. Myk goreng udang x leh guna lagik coz nnti hasil dia x cantik ..
- Masukkan balance myk msk td bersama2 dgn butter..tggu sehingga butter cair
- Masukkan kuning telur (pukul guna garpu + dgn susu dulu), tuang telur perlahan2 dlm kualai & MESTI sentiasa dikacau..
- Msukkan cili & daun kari (jgn behenti mengacau)..
- Perisakan dgn garam & Ajinomoto (berhati2 dgn garam coz margerin or butter dah masin)
- Kacau lagi sehingga berbuih-buih (Buih akan memenuhi kuali) ± 2 minit
- Sdh garing tuangkan ke atas udang yg didlm tapis td..Tggu sehingga myk betul2 tus, br hidangkan..

dari kak noor secubit garam :-

Bahan2:

12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur ~ K.Nor guna 2 bj sahaja
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.

Rabu, 14 September 2011

SAMBAL UDANG PETAI

salam...
bila melawat ke blog2 geng masakan ramai dah dok tayang soto masing2, dlm hati ada taman opsssss dlm hati ada teringin nk buat soto tp kena la waktu cuti tp waktu cuti lak nk berjalan2 huhuhu tgk hujung minggu ni mmg mcm teringin jer nk mkn soto....

masa nk raya ritu bos tempat keje ada bg udang laut saiz L kat kOi,(aik bos selalu bg XL thn ni sudah turun ka hehehe) dlm 1.5kg (dlu 2.5kg)gitu (sy paham bos skrg dah ramai org keje),dah mcm2 resepi udang kOi buat,lau tahun sebelum2 ni kOi sokmo bawa blk kgp mkn ramai2 tp thn nie bila arwah bonda dah xda xsampai hati nk bawa blk takut menyebabkan kesedihan kat ahli keluarga yg lain, tuh pon masa buka pose reramai ritu,abg kOi dah menangis teringat bonda...selain sambal ni kOi buat butter prawn 2 x buat,sambal berlada biasa,goreng kosong...

nie cara kOi buat sambal petai udang yea..

SAMBAL UDANG PETAI

BAHAN2:-


1. Udang - ikut suka byk mana l
2. 2 senduk nasi cili kisar
3. 1/2 cawan air asam jawa
4. petai - ikut suka jgk
5. garam,gula & serbuk MSG (optional)
6. bawang besar - potong bulat
7. minyak

CARA2:-

1. Panaskan minyak, masukkan cili kisar biar sampai cili masak/hilang bau cili/naik minyak..
2. masukkan gula,garam,air asam jawa kemudian masukkan petai biar mendidih sebentar baru masukkan udang dan bawang besar..biarkan sehingga udang masak baru tutup api.

** sy mmg xmenggunakan bawang merah dan bawang putih utk menumis disebabkan sudah blend sekali bwang besar bersama cili kering kisar..mmg sentiasa ada stok cili kering kisar bersama bawang utk memudahkan kerja emergency...cara sy juz blend cili kering bersama sebiji bawang besar lau nk letak bawang putih pon boleh dan sedikit minyak masak,saiz bawang besar bergantung pd qty cili kering yea

Selasa, 13 September 2011

KARI KEPALA IKAN

Salam dan selamat hari raya aidilfitri utk semua...
harini dah 15 Syawal sekejap je masa skrg rasa mcm baru lg menyambut aidilfitri, ramai kah yg membuat umah terbuka...thn nie kOi mmg xbuat open house juz sape yg nk dtg( yg bgtaw awal) kOi masok le ape2 lau x minum je air sb biskut raya pon dah abes,ingat nk buat lg biskut tp mcm malas jer huhu...
kari kepala ikan merah ni buat masa bulan pose lg tp xsempat nk update kat sini so postpone la smpi skrg, dah lama teringin nk mkn kepala ikan ni tp malas nk keluar cari kepala ikan so masa g beli ikan ritu ternampak penjual baru potong kepala ni terus la rembat seketoi...jom layan kari cara kOi yea,kOi suka kari yg pekat xsyuka cair2 merehau...

GULAI KARI KEPALA IKAN MY STYLE

BAHAN :-
1. Kepala ikan (ikan apa pon xpa,kOi guna ikan merah)
2. 2 ulas bawang putih - dihiris
3. 4 ulas bawang merah - dihiris
4. 1 sudu makan halba campur
5. sedikit daun kari
6. *3 sudu makan rempah kari-sy guna babas ( boleh kurang kan lau xmo pekat sgt)
7. *1 sudu makan serbuk cili
8. *garam kasar
9. *serbuk perasa - OPTIONAL (*CAMPUR BERSAMA DGN SEDIKIT AIR)
10 200ml santan pekat
11. sedikit air asam jawa
12. air biasa
13. minyak utk menumis
14. sayuran seperti bendi,terung,timun,bawang besar (potong baji),cili hijau ( lau gulai ikan sembilang boleh guna ubi kemili/ubi keling)

CARA : -
1. Panaskan minyak kemudian masuk bawang2,halba campur dan daun kari biarkan sampai bawang2 garing.
2. kemudian masukkan bahan * (rempah) tadi biarkan smpi masak/keluar minyak
3. bila rempah dah masak boleh masuk sayuran spt bendi,timun dsb...kemudian masuk kan ikan seketika baru dimasukan air asam jawa. ( JIKA GUNA IKAN BERISI TEBAL BIARKAN IKAN SEKETIKA DAN BALIK2 KAN IKAN AGAR MESRA REMPAH BARU MASUKKAN AIR ASAM JAWA TP JIKA GUNA IKAN SEPERTI KEMBUNG TERUS JE MASUK AIR ASAM JAWA)
4. kemudian masukkan santan pekat dan sedikit air biarkan sampai mendidih tp kena kacau selalu jgn smpi pecah minyak or karam minyak nnt kuah kari nmpk xcantik...

sambal belacan dgn ulam2 ni sy lawan kan dengan gulai kari tuh,mmg berpeluh makan time tuh..hubby dlu yg x suka makan kari skrg asik dok tanya lak bila nk buat kari,tudia la penangan kari org penang hehehe...tu xkena lg gulai hati pari..????