skip to main |
skip to sidebar
keow teow kungfu nie buat masa lepas raya ritu tapi tuk makan kOi dgn hubby aje la...resepi dah malas nk taip tapi kOi sertakan satu resepi yg lebih kurang mcm kOi masak la cuma kOi tambah kan cili kicap yg pedas menyengat baru sedap mkan kan tapi tuk suka makan pedas la...bg kOi lau makan xda makanan pedas mmg mcm xselera jer tapi tu ikut tekak kOi la huhuuu
Bahan A
1 bungkus kuey tiaw basah
3 biji telur ( dipukul)
Bahan B
Isi ayam
udang basah yang sederhana besar - dibuang kulit
Daging yang dihiris nipis
3 ulas bawang goreng - dicincang
bunga kobis putih
1 batang karot - potong ikut suka
sayur sawi pak choy
bunga jagung - dipotong
celeri - kalau suka la boleh tambah
2 s/b tepung jagung dibancuh dgn satu cawan air
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
1 s/b sos ikan
garam dan perasa
Hiasan :
Daun bawang, bawang goreng dan limau nipis yg dipotong
Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng telur dan kuey tiaw dalam kuantiti sikit hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan daging.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, sos ikan dan carrot.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan sawi pak choy dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas kuey tiaw dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.
AsSalam semua...Salam tengahari Jumaat yg terang...tapi tidak seterang diriku ini hahaha...puhhhhhhh dah 15 tahun xupdate blog ni pada sape yg sudi bertandang semasa blog ini tidak di update terima kasih diucapkan, bukan xnk update tapi terlalu bz ditambah vitamin M yg merenyut-renyut tuh....kOi akan update dgn menu2 masakan yg dah lama dimasak yer yg terbaru pon ada tapi kOi akan campur jer bergantung pada keadaan dan masa yg kOi ada....musim bebola roti goreng dah lama berlalu sebelum ramadan lg kan...kOi amik resepi dari umah k.ayu spore yg asal dari lizahanum thanx to both of u dear....dah ramai yg cuba kan sedappppp....
BEBOLA ROTI GRG14 keping roti ( plain white bread)-POTONG menjadi kepingan kecil 2 biji telur (saiz besar) 3 batang cili merah (potong kecil2) 1 biji bawang besar (dadu halus2) sedikit daun sup/bawang (hiris) 2 sudu teh serbuk lada putih garam secukup rasaperasa ikan bilis -(Ayu used kiub ikan bilis dilenyek2 sikit)minyak utk menumis Method:-Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian masukkan telur, cili merah, bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk .Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari
AsSalam semuaSalam pagi Isnin yg ceria, semoga xda monday blues yer...kOi masih bz yg xabes lg tapi kena jgk update nnt bosan lak kengkawan dtg xda menu baru...tapi menu ni dah basi yer buat masa ramadhan ritu tapi baru nk update..kOi buat ikut suka sukatan kOi aje tapi kOi bg resepi dari fp k.rinn...SAGU GULA MELAKA BAHAN-BAHAN:500gm sagu biji Air untuk merebus sagu Seketul gula Melaka Semangkuk air 2 sudu makan gula pasir 1 mangkuk santan (kOi guna susu)Secubit garam Daun pandan CARA-CARA: 1. Didihkan air. Sedikit demi sedikit masukkan sagu biji dan kacau. * Boleh beli sagu biji yang sudah siap berperwarna hijau atau pink. Sekiranya menggunakan sagu biji yang putih, bolehlah titiskan sedikit.pewarna hijau atau merah. Kacau di atas api sederhana hingga kesemua sagu kelihatan kembang dan jernih warnanya. 2. Tapis dan bilas sagu supaya hilang kanjinya. Ketepikan seketika dan tuang ke dalam bekas pilihan. 3. Panaskan semangkuk air dan masukkan gula Melaka dan gula pasir serta daun pandan. Kacau atas api hingga larut. Tapis. 4. Panaskan santan dgn secubit garam. Guna api kecil sehingga agak mendidih. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. 5. Hidangkan sagu bersama santan dan kuah gula melaka tadi. Lebih enak jika disejukkan terlebih dahulu.