AsSalam semua
Salam pagi Isnin yg ceria, semoga xda monday blues yer...kOi masih bz yg xabes lg tapi kena jgk update nnt bosan lak kengkawan dtg xda menu baru...tapi menu ni dah basi yer buat masa ramadhan ritu tapi baru nk update..kOi buat ikut suka sukatan kOi aje tapi kOi bg resepi dari fp k.rinn...
SAGU GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
500gm sagu biji
Air untuk merebus sagu
Seketul gula Melaka
Semangkuk air
2 sudu makan gula pasir
1 mangkuk santan (kOi guna susu)
Secubit garam
Daun pandan
CARA-CARA:
1. Didihkan air. Sedikit demi sedikit masukkan sagu biji dan kacau. * Boleh beli sagu biji yang sudah siap berperwarna hijau atau pink. Sekiranya menggunakan sagu biji yang putih, bolehlah titiskan sedikit.pewarna hijau atau merah. Kacau di atas api sederhana hingga kesemua sagu kelihatan kembang dan jernih warnanya.
2. Tapis dan bilas sagu supaya hilang kanjinya. Ketepikan seketika dan tuang ke dalam bekas pilihan.
3. Panaskan semangkuk air dan masukkan gula Melaka dan gula pasir serta daun pandan. Kacau atas api hingga larut. Tapis.
4. Panaskan santan dgn secubit garam. Guna api kecil sehingga agak mendidih. Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
5. Hidangkan sagu bersama santan dan kuah gula melaka tadi. Lebih enak jika disejukkan terlebih dahulu.
Spaghetti bolognese
-
sesekali tukar selera lah kita...
spaghetti bolognese dengan bahan apa yang ada kat dapo jer lah... kita yang
buat dia, so ikut lah citarasa sendiri kan...
2 hari yang lalu
amboiii... kemain lep2 sagu nko.. aku nak lep2 gak
BalasPadamakak mmg suka sgt sagu gula melaka ni... :)
BalasPadamre: mizwa, Penaga kt Penang ye...akak ingatkan kt Kedah..heheh...tu la, akak pn br 1st time sampai situ, mmg mula2 tu mcm nk sesat larat jgk...mujur la ada gps, ada jgk membantu...tapai tu mmg sedap la mizwa..kt opis akak kalo ada apa2 jamuan, mesti dorang oder tapai tu...
BalasPadamsedapnyerr...
BalasPadam