Isnin, 28 Disember 2009

CUTI + MAKAN = MAKAN + CUTI

minggu ke 2 kita dapat cuti panjangkan bagi kakitangan gomen je la + syarikat yg bos2nyer baik hati tuh... minggu nie pon cuti panjang lg kan untung..untung..tapi kOi keje jgk hari sabtu sebab *** kOi kedekut cuti huhuhu :(....minggu lepas nyer cuti family in law dtg minggu ne kOi dgn Mr DB jer la..xtvt nyer makan + tido + jejalan aje...jejln pon bukan kemana pon kawasan dekat2 jer..masa cuti nie kOi xda masak giler2 sb virus m byk + rasa mcm nk demam blik plak...malas citer pjg rini..otak tgh sesak sb nk pk hal2 berkaitan mkan2 kat opis niee..minggu nie ada majlis keel laying so kOi kena uruskan bab2 mkn..nk mkn xbyk org pon cuma protokol yg lebih ( bosan sungguh)...jom tgk apa kOi masak masa cuti lepas..
BRUNCH JUMAAT
MAKANAN = PIZZA ROTI + ROTI TELUR
MINUMAN = AIR JIMI ASMARA + AIR TEMBIKAI KUNING

SEBELUM BAKAR

SELEPAS BAKAR

ROTI TELUR

AIR TEMBIKAI

AIR JIMI ASMARA

bagi sape nk cuba air jimi asmara nie boleh la tgk resepi nyer..kOi cnp dari mamafami jer..thanx mama..air nie mmg sedap...sampai Mr DB dok request air nie jer...
**************************************************************************************************************
JIMI ASMARA

Ingredients :

4 tablespoons sugar
1 1/2 tablespoons Orange Sunquick
1 teapsoon banana essence
few drops of green food coloring
Enough mineral water
Enough ice cubes

Method :

1. Dissolve sugar in a bit of hot water.
2. Add in the orange sunquick, banana essence, green food coloring and water. Stir to mix.
3. Add ice cubes and ready to serve.

***********************************************************************************
nasi ayam penyek plak dah lama dok mengidam nak buat sejak tgk k.ratna, mamasya & k.ida dok tayang kat umah masing2..lastly semlm dpt la jgk merasa nasi ayam penyek nie..kOi mmg xpernah makan lg nasi ayam penyek nie kira 1st buat & makan ler..so mmg sedap la tambah2 sambal die yang kick tuh..opsss lupa nk ckp kOi amik resepi nie dari blog k.ida@marlida.FP tuh..actually k.ida nie dh ada blog skrg tapi ramai yg belum taw lg rasanyer...nie kOi cnp dari umah k.ida..thanx k.ida & juwita...kOi buat setengah ekor ayam jer nasi plak kOi agak2 tuk 2 org makan jer...

***********************************************************************************
NASI AYAM PENYEK
Copy Blog JUWITA

Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik

* ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
* 1 sudu besar Serbuk Kunyit
* ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
* 3 ulas Bawang putih
* 1cm Halia
* Sedikit Air
* 1 sudu kecil Garam
* Minyak masak untuk menggoreng.

1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2
cenggini best. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu)

3.Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.(lagi sedap klu guna tepung gorengan serbaguna )
4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal.

* Sedikit minyak masak
* 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
* 10 biji Cili padi
* 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
* 3 biji Bawang putih, hiris
* 5 biji Tomato, potong 4
* 5 cm Belacan
* 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
* 3 sudu gula merah/secukup rasa

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup.

1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Tempe dan Tauhu Goreng.

* 2 keping tahu – potong dadu
* 1 paket tempe – potong nipis
* Sedikit tepung beras.
* Minyak masak untuk menggoreng.

1. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
2. Goreng hingga garing.

Untuk Nasi-yg nie resipi ijan juga. kite buat ikut resipi ala2 nasi ayam. utk 2 org makan je nie.

* 1 cawan beras dibasuh dan ditoskan
* 3 ulas bawang putih
* satu btg kayu manis
* dua biji buah pelaga
* satu kelopak (kelopak ke? hehe) bunga lawang
* sedikit butter
* garam
* separuh kiub pati ayam/daging
* 2 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
1. Panaskan butter. Tumis 3 ulas bawang putih, kayu manis, bunge lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak cam biasa.

Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.
*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam nyer..nie resepi nyer ek..cuba2 la buat mmg sedap...

NASI AYAM PENYEK

SET NASI AYAM PENYEK BY kOi

tgk tuh nasi ayam penyek kOi ada air jimi asmara lg taw..mmg xpuas minum sket2 nie..xrugi mencuba air nie..dari citer2 yg kOi dengar air jimi asmara nie tgh meletup2 skrg...thanx ler pada org sudi mengshare resepi air nie...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan