Selasa, 15 Disember 2009

TIRAMISU & LASAGNA

nie projek ahad lepas...disebabkan ada whipping cream yg mcm nk rusak (kOi tawakal je la sb takut whip cream tuh dh xley guna tapi kOi buat jgk sb tuk xperimen & mkn sendiri jer dlu) kOi dpt la satu idea nk buat kek tiramisu ne (nasib baik dh ada print resepi)kOi plan memula nk beli jer kek sponge tuh tapi terasa mcm xmencabar je kekekeke so kOi buat la sendiri, amik resepi dari fp k.ratna..nnt kOi tempek resepi tuh...tuk resepi tiramisu plak kOi amik kat fp k.meen..thanx to both of u..lasagna (resepi k.ratna lagik) plak mmg dh plan nk buat ahad tuh sb kulit die dh berkurun beli sebelum bulan pose lg drpd dibiarkan xperied baik kOi buat cepat2 lgpon Mr DB ada kat rumah minggu ne..tapi kOi mcm surrender jer sb mcm xjadik jer...xpe nnt kwn2 tgk piccas tuh boley komen (ada ke yg nk tgk sgt blog kOi ne) hehehehehe....opss sebelum tuh layan la dlu nasi goreng + ayam goreng kunyit yg kOi bekpas pagi ahag tuh..nasi goreng tuh Mr DB yang buat..ayam goreng kunyit kOi la yang masak..

my nasi goreng

my tiramisu


my lasagna

resepi kek sponge

Bahan2
120 gm gula kastor
120 gm tepung gandum
4 biji telur (gred B)
10 gm ovalette
20 ml air
1 s/k vanila
20 ml minyak jagung

Cara2
-Campurkan kesemua bahan kecuali minyak jagung ke dalam mangkuk.
-Putar guna kelajuan tinggi selama 10 – 15 minit sehingga bancuhan kembang dan gebu.
-Perlahankan putaran dan masukkan minyak jagung.
-Tuang dlm tin pembakar yg telah dialas kertas dan disapu marjerin.
-Bakar selama 30-35 minit atau sehingga masak.
-Sejukkan

resepi tiramisu

Mula² sekali sediakan kek span vanilla size 9". Potong dua kek span tersebut.

2 biji kuning telur
50 gm gula
250 gm cheese cream philadelphia
1 1/4 sudu besar serbuk gelatin halal } campurkan, dan masak atas api
40 ml air } kecil hingga gelatin hancur
200 gm whipped cream

Bahan sirap kopi - campur dan sejukkan:
150 ml air
80 gm gula
4 sudu besar serbuk kopi segera atau 1 1/2 sudu besar nescafe

Putar kuning telur dgn gula sehingga lembut. Campurkan cheese cream dan adun sebati. Masukkan gelatin tadi ke dalam adunan dan adun hingga rata. Campurkan whipped cream dan pukul sebati.

Masukkan sebahagian kek span ke dasar loyang dan renjiskan separuh sirap kopi ke atas kek dan tuangkan setengah adunan cheese keatas kek. Tutup adunan cheese tadi dengan sebahagian lagi kek span, renjiskan sirap kopi ke atas kek dan habiskan sirap kopi tersebut. Tuangkan baki adunan cheese ke atas kek dan ratakan. Simpan dlm peti sejuk hingga keras.

Apabila kek sudah keras bolehlah disapukan apricot glaze ke permukaan tiramisu. Atau pun kalau suka boleh di tabur serbuk koko/milo di atas permukaan kek.

resepi lasagna
Bahan2
1 bungkus (225 gm) Kulit Lasagna kering (MaDiHa beli jenama San Remo dlm kotak.
1 s/b marjerin
½ s/k garam
Air secukupnya , untuk merebus
(Kalau dapat beli lasagna instant lagi senang tak payah nak merebus)
125 gm mozarella cheese ~ diparut halus

Bahan2 Sos Daging
2 s/b marjerin
2 biji Bawang Putih, cincang halus
1 biji Bawang Bombay, cincang halus
500 gm Daging cincang (Madiha guna jenama ramlee sepeket 400 gm tu)
250 gm Tomato, kupas, parut (Madiha guna 3 biji ~ just potong2 & terus blend dlm blender basah tanpa air.. tak parut pun)
300 gm Sos Tomato dlm botol
100 cc Air (madiha guna setengah cawan jek)
3 blok kiub maggi lembu
1 s/k Oregano serbuk
½ s/k Garam,
½ s/b Gula pasir

Bahan2 Sos Putih
50 gm marjerin (tak timbang pun.. bubuh dlm 3 sudu besar)
50 gm Tepung gandum ~ bancuh jadikan pes likat dengan sedikit air
400 cc Susu Cair Evaporated (Madiha guna 1 tin susu cair)
100 cc Air (Madiha guna 100 ml)
125 gm Keju Cheddar parut (Madiha guna mozarella cheese)
1 blok kiub maggi lembu
¼ s/k serbuk lada putih
¼ s/k serbuk buah pala

Cara Menyediakan Kulit Lasagna
1. Panaskan air hingga mendidih, tambahkan marjerin dan garam. Masukkan kulit lasagna satu persatu ke dalam air mendidih dan masak hingga kulit lasagna lembut. (Jgn terlalu lembut sgt.. nanti terkoyak) Toskan dan masukkan dlm sebesen air biasa.

Cara Masak Sos Daging
1. Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga daging berubah warna & masak.
2. Tambahkan tomato parut (tomato blend) dan sos tomato dan air. Bubuh kiub pati lembu MAGGI, oregano serbuk, garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih & sos agak kering.

Cara Masak Sos Putih
1. Panaskan marjerin, masukkan pes tepong gandum & kacau rata. Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Tambahkan keju parut, kiub pati lembu MAGGI, serbok lada putih & serbok pala.
2. Masak hingga mendidih dan mengental.

Penyediaan Terakhir
1. Sapu loyang atau caserole empat segi dengan marjerin di sekeliling, (Madiha guna loyang 4 segi 10" x 10". susun kulit lasagna pada dasar loyang.
2. Ratakan ½ bahagian sos daging diatasnya dan ½ bahagian sos putih. Ratakan perlahan2. Susun kembali kulit lasagna diatasnya.
3. Ulangi proses sama spt tadi diakhiri dengan susunan lasagsa di atas sekali menutup sos putih.
4. Taburkan cheese parut atasnya.
5. Bakar dengan suhu oven 180°C (atas bwh) hingga kuning kecoklatan (± 40 minit). (suhu bergantung oven masing2)
6. Angkat. Sajikan panas.

nie plak nasi goreng yang kOi masak senin malam..kOi nmpk kat blog k.dayang sal nasi goreng kunyit ne..dh lama xmakan nasi goreng kunyit ne, dlu2 mak rajin buat jgk skrg dh dok jauh masak la sendiri..amik kau...kOi goreng nasi ne guna versi kOi sendiri la..thanx k.dayang mengingatkan aku nostalgia dolu2...
resepi nyer
(Korang agak2 sendiri la ek)

1. nasi putih
2. bawang putih
3. bawang merah/besar
4. serbuk kunyit (kOi guna kunyit hidup ditumbuk dgn garam)
5. telur
6. ikan bilis
7. cili padi
8. garam

cara :

1. goreng ikan bilis ketepikan
2. tumis bawang2 sehingga layu & wangi
3. masukkan kunyit & garam
4. masukkan nasi, cili padi
5. pecahkan telur & kacau mesra dgn nasi
6. hiaskan dgn ikan bilis goreng (ini cara kOi la lau org lain xtaw la kekekeke..selamat mencuba)
kOi update dalam keadaan sesema + nak demam + sakit jiwa sekali..sori lau da nmpk pape yg pelik2 tuh...daaaaaaaaaaa

Tiada ulasan:

Catat Komen