Isnin, 28 Mac 2011

CUSTARD TEACAKE

Assalam... terpengaruh dgn perkataan PALING SEDAP membuatkan kOi keterujaan nk buat kek nie tapi kesempitan masa akhirnya semalam baru sempat buat...jom layan resepi nie bg yg ingin mencuba..... tgk nko, aku buat 2 jenis bentuk lg kek ni hahaha

CUSTARD TEACAKE

BAHAN KEK :-)

125 gram mentega

1/3 cawan gula halus @ gula kastor

1 biji telur gred A

3/4 cawan teping naik sendiri (self raising flour)

1/2 cawan tepung kastard

1/2 camca teh esen vanilla


BAHAN KASTARD :-)

1 camca besar tepung kastard

1 camca besar gula kastor

2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)

15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)

2 camca teh esen vanilla


CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK KASTARD :-
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.
Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...

3 ulasan:

  1. Salam alahai si ni pun daha da yeee cute nya letak dpm acuan kecil2....

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...wah ni mmg kreatif, lain pulak bentuk dia..akak pon teruja nk rasa bila semua org kata sedap sgt..tunggu seru nie..

    BalasPadam
  3. k.sheila : saje nk buat len sikit
    k.ina : cepat2 dtg seru tuh kak hehehe

    BalasPadam