Salamhari nie rajin pulak mengupdate hehehe...resepi ni kOi amek dari umah Izah Daut yg resepi asal dari cikgu masakan Puan Norasikin Basri...bila menyelongkar umah izah nmpk die tulis sesuai utk menghabiskan stok tepung kentang apalagi laju la kOi memprint resepi...tepung kentang lebihan buat German Cookies ada lg so boleh la try tp n3 tuk German Cookies mmg xda ler sb mmg xamek pic lgsg heheh...izah & Puan Norasikin sy copy kat sini pulak yea....jom layan bg sape yg nk cubaBISKUT COKLAT DAN OAT
2 1/2 cwn oat segera
1/2 cwn serbuk koko
1 1/2 cwn tepung gandum
1 1/2 cwn tepung kentang
1 cmt baking powder
1 cmt soda bikarbonat
1 cwn mentega/majerin
1 cwn gula pasir
1 cwn gula perang (***lau tekak sy kena kurang kan lg qty gula kat sini)
2 bj telur
1 cwn coklat chip / cincangan coklat
Cara membuat Biskut Coklat dengan Oat
Campurkan semua bahan-bahan kering seperti tepung, serbuk penaik, koko, coklat chip, oat dan lain-lain.
Pukul mentega dengan gula dan gula perang sehingga kembang.
Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
Campurkan adunan dengan bahan kering sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan spatula.
Setelah semuanya sebati, rehatkan adunan lebih kurang setengah jam.
Bentukkan mengikut suka dan hias dengan coklat chip, kacang dan sebagainya.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 12 - 15 minit sehingga masak. *izah bakar 17 minit.
Tip Masakan Berguna dari Puan Norasikin:
Oat biasanya menjadi pilihan untuk menambahkan khasiat dalam biskut berbanding bijirin lain seperti nestum, cornflake kerana ia lebih asli tanpa bahan-bahan tambahan yang lain.
Menggunakan tepung kentang adalah salah satu cara yang terbaik untuk menjadikan biskut kegemaran lebih rangup. Walaubagaimanapun kerangupannya akan berbeza kerana kerangupan menggunakan tepung kentang lebih kepada kerangupan snek. Jika tepung kentang yang digunakan berlebihan, akan mengakibatkan biskut menjadi garing seperti makanan ringan.
Alternatif terbaik untuk mengurangkan rasa manis pada biskut tanpa mengubahsuai resepi adalah dengan menggunakan gula perang. Dengan demikian, kuantiti gula dikekalkan dan tiada perubahan kuantiti pada bahan-bahan lain.