Khamis, 13 Mei 2010

AYAM MASAK MINANG

AsSalam semua...malas nk ckp byk2 rini..badan xbape sihat nie..kOi sokmo gini lau hubby xda mesti la nk jadi mcm2 lau bukan sakit mesti jdi pape sekeliling kOi...tapi itu semua kan ujian dari NYA tuk hamba2 yg disayangi...jom layan menu nie kOi amik dari umah CMG, chef dari sedenak yg tersohor tuh...sedap tau ayam nie rasa die lain la, susah nk so lebih senang lau korang sendiri yg try test...thanx to CMG, kOi copy & paste kat sini yer resepi CMG...

AYAM MASAK MINANG - CMG

BAHAN-BAHANNYA :
1 ekor ayam, dipotong 12 (mat potong 16)
20 tangkai cili kering, kerat, rendam air panas, tos dan kisar halus
3 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 cm halia*
1o biji buah keras*
2 cm kunyit hidup*(*dikisar halus)
5 cm lengkuas, diketuk
2 batang serai, diketuk
200 ml santan (mat guna susu sejat)
1 kiub ayam "Maggi"
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :
Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.

Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai dan lengkuas titik, tumis hingga harum. Masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tambah cili kisar dan terus menumis hingga cili dan bahan lain garing.
Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Biar ayam kecut sedikit. Tambah santan, kacau dan masak dengan api sederhana.

Masukkan asam gelugur, garam secukup rasa dan sedikit gula (mat guna gula melaka). Kacau sebati.
Masak hingg kuah pekat dan sedikit kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man...

2 ulasan:

  1. Salam kak mizwa!! eeeeee..bronis yg melekit tu sedapnyer! kita salin tau! nasi pilau sedap tu! tak pernah makan tp tgk bhn2 dah leh agak sedap sbb skrg ni pun kita suke nk makan nasi2 macam ni hihiihi..

    BalasPadam
  2. ika : kita pon sama suka jgk nasi cenggini..nnt nk try nasi beriani lak..

    BalasPadam