Isnin, 10 Mei 2010

KUIH LAPIS PES KACANG MERAH

AsSalam...salam bersiaran kembali..wahx mcm TV la pulak he3..Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua ibu,mak,mama,ummi,mummy dan segala bagai khusus tuk para ibu yg sedang membaca skrg...tuk yg xmembaca tetap diucapkan selamat hari ibu jgk...sempena hari ibu nie kOi mohon pada Yang Esa agar dikurniakan cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan rumahtangga kOi harap semua rakanx sekalian turut mendoakan utk kOi jgk..amin...
berbalik kita kepada resepi yg telah kOi cuba kali nie iaitu KUIH LAPIS PES KACANG MERAH yg kOi amik resepi dari blog k.madiha dari k.ayu dari my.resepi...thanx pada semua yg terlibat dlm resepi ini..kesimpulan nyer kuih lapis nie mmg sedap lgpon kOi mmg pengemar kacang merah...jom layan resepi dan pic nyer sekali...


kOi potong kuih ntah pape sb ada org dtg umah kelam kelibut kOi xdpt posing cantikx..janji mkn sedap dah ler

Source : my resepi
Ingredients:-(27cm tray- I used 26cm)
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
200ml santansedikit garam
3/4 cawan gula-saya gunakan 1/2 cawan saja kerana pes kacang dah manis-kOi pon ltk 1/2 cwn aje
400 gram pes kacang merah
pewarna merah dan kuning star brand
1 cawan air panas untuk larutkan gula
3 cawan air biasa

Method:-
1. Larutkan gula dengan 1 cawan air panas.Masukkan santan dan 3 cawan air. Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.Tapis adunan untuk hilangkan bintil-bintil yang tidak larut.
(Cara kOi : blend semua bahan dalam blender biasa aje tapi pastikan masukan air dlu baru masukan tepung sikit demi sikit agar bahagian bwh blender tidak melekat dgn tepung..senang sikit nk basuh nnt lau masuk tepung dlu nnt melekat lak tepung kat bwh blend)
2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Pertama, warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna merah, yang kedua ditambahkan dengan pes kacang merah dan dikacau hingga sebati, dan yang ketiga warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna kuning.
3. Panaskan periuk pengukus sampai biar cukup panas. Sapu loyang dengan minyak masak supaya kuih tak melekat pada loyang nanti. Masukkan setengah daripada adunan warna merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
4. Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya. Masukkan setengah daripada adunan yang dicampur pes kacang merah. Kukus 5 minit.Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya.
5. Masukkan setengah daripada adunan warna kuning. Kukus 5 minit.Ulang langkah di atas untuk lapisan pes kacang merah, kuning dan akhir sekali merah.Setelah selesai semua lapisan, kukuskan lagi selama 30 minit.
6. Tunggu hingga BETUL2 SEJUK barulah dipotong

6 ulasan:

  1. salam kak mizwa! rasa nak makan lagi jer!hehehe.. kita mmg suke dgn kuih2 mcm tu sbb tu kita pun suke buat kuih lapis :D

    BalasPadam
  2. ika : tul la kuih mmg best...akk suka ngat dgn kacang merah nie...

    BalasPadam
  3. salam mizwa...lama x datang sini...mizwa tukar rumah baru yea? kak aya x perasan @ silap...

    BalasPadam
  4. Salam mizwa..jeles tgk kejelitaan kuih lapis tu! pandai u mengukus...

    BalasPadam
  5. rohaya : tukar langsir baru kak..
    e-na : thanx..xpandai jgk, ikut step yg diberi jer..

    BalasPadam
  6. Cantek nampak kuih lapis tu,mintak sepotong.

    BalasPadam