Rabu, 5 Mei 2010

CHICKEN GOLDEN BLEU / CHICKEN CORDON BLEU

actually dah byk kali masuk cal n3 nie & dh byk kali menaip geram sungguh rasanyer nape la rinie susah ngat nk masuk...jarak tulisan jadik berbatu batu jauh nyer...so mlm nie try lagik la..harap2 ok yer... nie kOi masak masa cuti buruh baru nie...dah lama teringin nk masak benda alah nie jadi bila ada masa yg lapang terus la kOi buat..resepi nie kOi amik dari fp k.MaDiHaA yg diamik dari fp k.amal pehtu ada yg kOi tambah dari blog MaMaFaMi...


CHICKEN GOLDEN BLEU / CHICKEN CORDON BLEU (resepi ini cukup utk 4 orang)

Bahan2 Untuk Ayam
2 ketul dada ayam
2 batang sosej ayam
2 keping keju slice
garam secukupnya
lada sulah secukupnya
sedikit sos tiram
tepong jagung secukupnya
bread crumb secukupnya
1 biji telur
minyak yang banyak untuk menggoreng deep fry

Sos perang / Sos cendawan secukupnya (lihat resepi di bawah)

Side Dishes Tambahan yg Lain
1 tin kacang panggang
Salad atau boleh jugak buat coleslaw
Side dish berasaskan kentang spt mashed potato/curly fries/ french fries (MaDiHaA guna hash brown)

Cara2 Menyediakannya
1. Bersihkan ayam, buangkan kulit serta tulang2nya. Gunakan isi sahaja. (tapi terpulang masing2 jika anda suka bahagian kulitnya tak perlu buang) Buatkan lubang ditengah2 dada ayam agar dapat dimasukkan sosej dan keju slice.
2. Balutkan keju slice pada sosej lalu sumbatkan ke dalam lubang yang dibuat ditengah2 dada ayam tadi. Jika ada bahagian yang nampak terbuka boleh cucukkan dengan lidi satay yang tajam supaya nampak kemas. (pastikan lepas goreng, buangkan balik lidi satay tersebut. Buatkan cara yang sama pada dada ayam yang seketul lagi.
3. Taburkan garam, lada sulah & juga sos tiram pada dada ayam tadi dan gaul rata. Biarkan sebentar.
4. Pukul telur lalu ketepikan sebentar. Sediakan tepong jagung di dalam sebuah pinggan. Sediakan serbuk roti di dalam sebuah pinggan yang lain. Ambil dada ayam tadi lalu masukkan ke dalam tepong jagung dan ratakan keseluruhan dada ayam. Celupkan pula ke dalam telur hingga rata lalu masukkan pula ke dalam serbuk roti dan balik2kan agar seluruh dada ayam tersalut dengan serbuk roti. Ketepikan. Ulang yang sama untuk dada ayam yg satu lagi.
5. Panaskan minyak yang banyak dengan api yang kecil/sederhana. Goreng ayam tadi sehingga garing & masak.
6. Sediakan pula sosnya. Boleh ikut resepi original Kak Amal di sini atau ikut resepi yang MaDiHaA buat kat bawah tu yer. MaDiHaA tukar resepi sebab tak jumpa cari serbuk sos perang macam Kak Amal tu.. maaf ye K. Amal sebab ubah2 resepi akak.
7. Semasa menghidang. Kepingan ayam tu di potong 2 (1 ketul boleh utk 2 set). Dalam pinggan yang besar, susunkan ayam, hashbrown, salad dipicitkan sos thousand island & sudukan kacang panggang. Tuangkan sos cendawan di atas ayam & sedia untuk dinikmati semasa panas2

MUSHROOM SAUCE / SOS CENDAWAN (MaDiHaA’s Style)
Bahan2
1 biji bawang besar ~ didadu halus
2 sudu besar minyak zaitun (olive oil)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepong gandum
1 sudu besar tepong jagung (dibancuh dengan ½ cawan air di bawah)
2 cawan air
1 cawan susu segar
1 kiub lembu
½ sudu kecil serbuk lada sulah
½ sudu kecil serbuk lada hitam (MaDiHaA tumbuk sendiri jer.. kalau nak lebih pedas boleh lebihkan)
½ tin cendawan butang (dlm 5 biji saiz besar) ~ hiris nipis
3 sudu besar sos perang/brown sauce (MaDiHaA guna sos HP original)
3 sudu besar kicap manis
½ sudu kecil oregano cincang (MaDiHaA guna dried oregano)
garam secukup rasa

Cara2
1. Panaskan minyak zaitun & mentega. Tumiskan bawang besar cincang hingga layu. Kecilkan api lalu masukkan tepong gandum dan kacau rata. Masukkan susu segar dan air (pastikan tinggalkan ½ cawan air untuk dibancuh bersama tepong jagung).
2. Masukkan kiub lembu, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, cendawan butang, sos perang HP dan kicap manis.
3. Biarkan sos mendidih sebentar sambil dikacau2 sentiasa. Masukkan air bancuhan tepong jagung & juga garam secukup rasa. Biarkan sos mendidih dan agak2 pekat sedikit. Jangan terlalu pekat sangat pulak ye. Bila dah secukup rasa bolehlah dimatikan api dan dihidang dengan ayam golden bleu yang siap digoreng ataupun boleh juga hidang dengan steak kesukaan anda.

nie lak kOi amik kat MaMaFaMi yg amik dari k.hana

MASHED POTATO

Ingredients :
3 potatoes
Fresh milk (I used low fat milk)
Butter
finely crushed black pepper
a dash of salt

Method :

1. Wash the potatoes and boil till soft.
2. Remove the potatoes skin.
3. Mash the potatoes with the back of a spoon, together with milk, butter, black pepper and salt.
4. Scoop the mashed potato onto a serving plate and pour the gravy on top

bagi sape2 yg suka makan ayam nie kat SR lepas nie boley cuba la resepi nie xyah bayar mahal2 dah buat sendiri lagi byk boleh makan...

*Alhamdullilah dah ley post jgk n3 nie...amin...

8 ulasan:

  1. Patut le...duk masuk2 tak nampak rupa ayam pun... kali ni baru boleh jamu mata..

    BalasPadam
  2. k.mal : he3..tula tenet ke org yg xpandai kan...

    BalasPadam
  3. sue : nnt sue cuba ler masak kat abg man taw...

    BalasPadam
  4. makasih bgi award,su dah 3 kali buat ayam ni..memang best dan paling best dia punya cheese kat dalam.Naik balik berat badan yg memang dah sedia tak mau turun..he..he..he

    BalasPadam
  5. sue : a'ah mmg sedap kan tapi lau kena yg besar mau xabis mkn..

    BalasPadam
  6. waduh2..... bagi akak terkenang2 jer nih.. bila nak wt lagi niii... sedapnyerrr....

    BalasPadam
  7. akk sok buat semula..esok kan cutik...

    BalasPadam