Khamis, 20 Mei 2010
AWARD
Jumaat, 14 Mei 2010
KEJUNG TANGAN
Khamis, 13 Mei 2010
NASI PILAU UDANG
Nasi Pilau Udang
Bahan-Bahan
500 gm udang besar dibuang kepala dan kulitnya serta urat-uratnya
1 biji bawang besar dihiris halus
sedikit minyak untuk menumis
Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 batang lada hijau
1 batang lada merah
1 ulas bawang putih
1/2 ini halia
2 tangkai daun ketumbar
1 biji tomato kecil
1 sudu makan serbuk lada
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa
air perahan limau daripada 1/2 biji limau kuning
Cara-Cara
1. Panaskan minyak, masukkan bawang. Bila bawang nya sudahgaring, masukkan bahan-bahan kisar dan garam.
2. Dikacau rata. Perahkan air limau, kemudian masukkan udangsetelah bangkit bau bahan tumis.
3. Dimasak lagi atas api sederhana hingga kuahnya pekat.
Cara Menyediakan nasinya
Bahan-Bahan
500 gm beras basmathi dicuci dan ditoskan
sedikit minyak sapi
Bahan untuk ditumis
1 biji bawang dihiris halus
4 kunutm bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 kerat kayu manis dalam 3cm panjang
Bahan Kisar
2 ulas bawang putih
1 inci halia2
1/2 cawan air
sedikit air mawar untuk mewangikan nasi
sedikit garam
sedikit perwarna kuning
Cara Membuatnya
1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan untuk ditumis.
2. Apabila bawang nya telah layu, tambahkan air, air mawar dan garam.
3. Bila airnya mendidih, masukkan beras, ditutup dan dimasak.
4. Bila nasi mula kering, bubuh sedikit pewarna pada nasi itu.
5. Renih selama lima minit. Kemudian masukkan udang yang telah dimasak dengan rempahnya sekali. Biarkan udang tertutup dengan nasi.
6. Masak hingga wap mulai meluap dari periuk, kacau nasinya supaya bercampur dengan bahan pewarna. Masak hingga nasinya tanak.
*tuk 2 menu nie kOi xbuat la sebanyak mana yg ada dlm resepi...mcm nasi tuh kOi xguna kan beras basmathi pon guna berasa besa jer..jgn terkezut lak tgk nasi panjang he3..
AYAM MASAK MINANG
BAHAN-BAHANNYA :
1 ekor ayam, dipotong 12 (mat potong 16)
20 tangkai cili kering, kerat, rendam air panas, tos dan kisar halus
3 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 cm halia*
1o biji buah keras*
2 cm kunyit hidup*(*dikisar halus)
5 cm lengkuas, diketuk
2 batang serai, diketuk
200 ml santan (mat guna susu sejat)
1 kiub ayam "Maggi"
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :
Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai dan lengkuas titik, tumis hingga harum. Masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tambah cili kisar dan terus menumis hingga cili dan bahan lain garing.
Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Biar ayam kecut sedikit. Tambah santan, kacau dan masak dengan api sederhana.
Masukkan asam gelugur, garam secukup rasa dan sedikit gula (mat guna gula melaka). Kacau sebati.
Masak hingg kuah pekat dan sedikit kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man...
Selasa, 11 Mei 2010
BROWNIES MOCHA MELEKIT
Bahan-bahan
250 g coklat,dipotong kiub
125 g mentega
150 g gula kastor
120 g krimer sejat marigold
1 sudu besar butir-butir kopi @ 100 ml kopi yg pekat - kOi guna 1sb nescafe
4 biji telur dipukul pelahan
100 g tepung berserbuk penaik * - 100gm tpg gandum + 1 st SB
1 sudu teh serbuk penaik *
50 g serbuk koko *
(semua bahan bertanda * di ayak bersama)
Cara-cara
1.Panaskan ketuhar pada suhu 155c.Gris dan alaskan acuan berbentuk empat segi 18sm dgn kertas minyak.
2.Campurkan coklat,mentega,gula,krimer sejat marigold dan butir-butir kopi dlm periuk.masak di atas api perlahan sehingga campuran menjadi rata(ibu guna cara double boil)
3.alihkan campuran itu drp api,masukkan adunan tepung,kacau rata dan tambahkan telur. 4.Tuangkan adunan ke dalam acuan yg disediakan.kukus bakar(bain marie) kek selama 30 min. 5.Biarkan kek selama lebih kurang 6 jam sebelum mengalihkannya dr acuan.Utk mempercepatkannya, sejukkan kek di dlm peti sejuk selama 1 jam sebelum di potong.
brownies nie kOi buat sama hari dgn kuih lapis pes kacang merah tuh...saje buat sb keesokannya ada kawan hubby nk dtg umah...tgk la potong ikut sedap jer sebab nk cepat...kwn2 hubby pon ckp sedap kedua-dua kuih yg kOi jamukan so apalagi kawan2 try la buat yer...sape yg dekat dgn kOi lau xmo buat boley oder k..ahakkkkkzzz (ada ke yg nk oder)...ermm lepas nie slow sikit la kOi nk mengupdate yer sb hubby xda nnt masak pape xda org nk mkn pon...hubby g Tanjung Longgok kat Johor tuk operasi penembakan lak...minggu depan baru blik...sobsob sedey nie asik kena tinggal jerk...
Isnin, 10 Mei 2010
AWARD LAGIK
A. 3 jenis lauk pauk yang suka dimasak
i) masakan berkari/rempah
ii) masak lemak cili padi
iii) asam rebus tempoyak ikan patin
B. 3 jenis pencuci mulut yang paling best pernah buat
(kOi xpernah n3 lg benda nie semua IA ada masa kOi buat dan publish kat sini)
i) puding lapis biskut
ii) puding jagung
iii) puding roti
C.3 jenis biskut kegemaran time raya
i) bahulu (boley cicah dgn air oren sedappppp)
ii) tart nenas
iii) cornflakes madu
D.Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yg juga rajin memasak
i) sue qatar
ii) mariam
iii) k.nur
nie lak award sempena Hari IBu
KUIH LAPIS PES KACANG MERAH
berbalik kita kepada resepi yg telah kOi cuba kali nie iaitu KUIH LAPIS PES KACANG MERAH yg kOi amik resepi dari blog k.madiha dari k.ayu dari my.resepi...thanx pada semua yg terlibat dlm resepi ini..kesimpulan nyer kuih lapis nie mmg sedap lgpon kOi mmg pengemar kacang merah...jom layan resepi dan pic nyer sekali...
kOi potong kuih ntah pape sb ada org dtg umah kelam kelibut kOi xdpt posing cantikx..janji mkn sedap dah ler
Source : my resepi
Ingredients:-(27cm tray- I used 26cm)
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
200ml santansedikit garam
3/4 cawan gula-saya gunakan 1/2 cawan saja kerana pes kacang dah manis-kOi pon ltk 1/2 cwn aje
400 gram pes kacang merah
pewarna merah dan kuning star brand
1 cawan air panas untuk larutkan gula
3 cawan air biasa
Method:-
1. Larutkan gula dengan 1 cawan air panas.Masukkan santan dan 3 cawan air. Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.Tapis adunan untuk hilangkan bintil-bintil yang tidak larut.
(Cara kOi : blend semua bahan dalam blender biasa aje tapi pastikan masukan air dlu baru masukan tepung sikit demi sikit agar bahagian bwh blender tidak melekat dgn tepung..senang sikit nk basuh nnt lau masuk tepung dlu nnt melekat lak tepung kat bwh blend)
2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Pertama, warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna merah, yang kedua ditambahkan dengan pes kacang merah dan dikacau hingga sebati, dan yang ketiga warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna kuning.
3. Panaskan periuk pengukus sampai biar cukup panas. Sapu loyang dengan minyak masak supaya kuih tak melekat pada loyang nanti. Masukkan setengah daripada adunan warna merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
4. Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya. Masukkan setengah daripada adunan yang dicampur pes kacang merah. Kukus 5 minit.Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya.
5. Masukkan setengah daripada adunan warna kuning. Kukus 5 minit.Ulang langkah di atas untuk lapisan pes kacang merah, kuning dan akhir sekali merah.Setelah selesai semua lapisan, kukuskan lagi selama 30 minit.
6. Tunggu hingga BETUL2 SEJUK barulah dipotong