Rabu, 28 Julai 2010

SOTONG DAYANG JACK

AsSalam semua...
harinie pon masih bz tapi masih sempat kOi ngelet buat keje lain hohohoho...ampun maaf dipinta sb kOi masih xdpt melawat blog kengkawan yg lain disebabkan ke'bz'ian ini...InsyaAllah nnt kOi melawat yer bg yg dah bertandang ke sini terima kasih daun keladi sok2 dtg lg wpon kOi xupdate taw...
menu sotong DJ adalah menu kOi tapi berinspirasi kan kepada rakan blogger jgk iaitu kak dayang yer bukan nye kOi beli sotong dari die taw die xjual sotong tapi jual kek lapis hehehe....kOi sebenar nyer xda idea nk masak apa, mula2 ingat nk cilok resepi kak DJ yg calu masak seafood nie tapi xda lak resepinyer yg dh print nk buka lappy malas la pulok jadi kOi buat aje apa terlintas difikiran sebab dah calu membaca resepi2 kak DJ nie yg sedap2 belaka...so ini la hasilnyer sotong DJ....jika kak dayang terbaca jgn ler marah yer dan yg penting jgn mintak royalti taw atas penggunaan nama akk hhhhhohohoho...jom layan resepinyer
SOTONG DJ

BAHAN:
1. Sotong 8 ekor yg sedang- ikut suka la nk byk mana
2. 10 tangkai cili kering - xmo pedas kurangkan la
3. 1 labu Bawang besar
4. 2 biji bawang putij
2. 2 sb Sos tiram
3. 1 sb Sos cili
4. 1 sb Sos tomato
5. 1sb Sos Ikan -nampla
6. 1 sb Kicap manis
7. 1 sb Kicap masin
8. 1/2 st Serbuk jintan manis*
9. 1/2 st Serbuk jintan putih*
10. 1/2 st Serbuk ketumbar*
11. 1/2 st Serbuk Lada Hitam*
12. Karot
13. Kacang panjang
14. Tomato
15. Daun limau purut
16. 1 btg serai
17. minyak tuk menumis
18. Garam,gula dan MSG

CARA :
1. Blend cili kering,bwg putih,bwg besar dan serai
2. Tumis cili kering yg telah diblend hingga pecah minyak dan wangi
3. Bila cili dah masak masukkan semua sos,kicap dan rempah...kacau sebati biarkan seketika
4. Perasakan dengan garam,gula dan MSG(optional)
5. Masukan sayur karot,kacang dan daun limau purut...biarkan sehingga agak masak
6. Masukkan sotong dan tomato sebentar sahaja jgn lama sgt nnt sotong jadi getah basikal
7. Sedia tuk dihidangkan...

Selasa, 27 Julai 2010

LAKSA LEMAK KE LAKSA PAHANG

AsSalam...
ada yg mencarik kOi x...manataw ada yg rinduk (perasan kan) ha3....bz sebz2 nyer minggu nie xsempat nk update....nie pon xley talk2 byk nnt xsiap keje kOi...nk share resepi laksa lemak or laksa pahang nie..mana satu yg betoi ek kOi pon xtaw...laksa lemak sb guna laksa tapi kuah mcm kuah laksam tapi lau kOi blik pahang mmg semua org (kat kpg kOi yer) calu buat laksa gini so fikir2kan la....janji masuk mulut konyang udah ler...tolong jgn ngedeng ke mintak ke bodek ker sb udah pinish taw lau ada lg mesti dah basi sb dh lama buat hua3...
resepi nie main ikut sedap kOi jer hasil dari tanya kawan2,tgk resepi kat blog orang lain dan yg penting tanya my hubby ler...hari buat tuh hubby dah xsabar2 nk makan sebab bau die yg menyegat kat idung...jom layan tapi korang agak2 la yer kOi xbagi sukatan...

Laksa Lemak @ Laksa Pahang
Bahan Kuah :
1. Ikan selayang/sardin/kembung - direbus
2. Santan
3. Asam keping
4. Lada hitam - dikisar kasar
5. Bawang merah atau bawang besar

Cara :
1. Asingkan isi ikan dan tulang, blend isi ikan dgn bawang merah/besar..tulang ikan jgn buang kisar jgk tuk amik air nyer tapi blend asing2 la yer
2. Campurkan semua bahan di atas masak hingga agak pekat jgn terlalu pekat nnt xbest ngat..
* ada jgk kOi baca kat blog kengkawan yg tambah daun kesum dan kantan tapi myhubby xnak letak benda2 tu so jgn derhaka pada suami taw...hahaha

Pelakon Tambahan :
1. Daun Selom
2. Kacang Panjang
3. Bawang besar
4. Tauge
5. Timun
6. Sambal
* ada jgk gunakan daun serai inai atau serai kayu kOi xpasti la dan acang botol tapi kOi xda stok daaaa

Sambal :

1. Cili merah
2. Cili padi
3. Belacan
4. Bawang merah
5. air asam jawa/air limau
6. Gula,garam

Cara :
1. tumbuk atau blend semua bahan di atas

pelakon utama dan pelakon tambah

pelakon2 yg telah dimakeup kan dgn kuah

pelakon yg sudah sedia untuk dibelasah yummy..yummy..

Jumaat, 23 Julai 2010

NASI AYAM MANJUNG

AsSalam semua

Salam pagi jumaat yg ceria (hik2 ceria ker) harap2 semua ok yer...pagi ni mantuk sikit nk ckp tidur lewat kul 945 kOi dah sampai dreamland tapi semenjak 2 menjak nie badan kOi mmg xbape segar la...kwn2 ada petua x tuk nenyegarkan badan yg lesu nie...k la berbalik pada menu kita hari nie puan2 sekalian iaitu nasi ayam manjung opsss betoi ke nie..mmg betoi pon sb ayam nie dari manjung daaaaaaaa he2...sebenarnya kOi nk buat nasi ayam ipo tapi sengkuang xda lepas tuh dah mcm2 hal lak jadi masa nk masak nasi ayam nie...last2 ada yg kOi ikut resepi ada yg kOi buat cara sendiri hua2...jom layan resepi yer..kOi amik kat blog mek jah lg yer..ika kangen sama kamu cepat2 update yer.. sebenarnya dah ramai org yg buat ns ayam nie tapi kOi amek resepi kat umah mek jah je la rasanya baru2 nie k.ayu spore pon bt nc aym nie masa yasinan & tahlil kat umah beliau..lau xsilap kOi nie resepi dari k.ayu kan..tapi xpasti la xsempat siasat papepon thanx pada semua yg menempek resepi sampai kOi dpt buat...


part yg paling kOi suka ialah kaki ayam tuh kOi suka ngat sup kaki ayam lau pasan kOi sokmo buat sup kaki ayam bila ada makanan melibatkan sup...satu lg ayam tuh adalah dari bahagian kepak yer (maap ler comel sgt ayam kOi tuh)

NASI AYAM IPOH

Bahan Unutk Nasi:-
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam-
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)

Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya-
4 bawang putih diketuk-
3 inci halia di hiris-
3 helai batang bawang-
1 biji sengkuang dipotong dadu-
1 sudu besar serbuk lada sulah-

Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam n gula secukupnya
(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)

Bahan Untuk Kicap
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)

Bahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Method:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Method Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

harapnyer kOi dapat la memanjangkan lagi resepi nie pada sesiapa yg belum mencuba yer...mmg best sb nasi die kOi ikut cara asal..try la dlu yer nnt kOi akan buat semula ikut resepi asal...chow bedahhhhhhhhhhh

Khamis, 22 Julai 2010

SHABSUKA

AsSalam semua
hari nie lewat masuk n3 baru sb g jejalan umah org dlu..ayaaaaa apa punya org pegi jalan2 umah org smpi xkemas umh sendiri..hari nie kOi nk share satu resepi yg rasanya dah ramai kwn2 yg lain buat..mula tgk kat umah KOG tapi mcm xda nafsu je nak buat lg lepas tuh sorg demi sorg dah buat last sekali kOi tgk kat umh k.nur spore..k.nur dah 2 kali buat lak tu, dlm hati kOi mesti sedap benda nie lau x xkan k.nur nk repeat buat kan so kOi try la...kOi amek resepi kat umah k.nur yg asalnya dari umah k.ayu...mmg sedap ponnnnnnnnnn..terasa masam dan manis nye tapi seperti biasa ada la kOi derhaka sikit kat resepi sb xda stok bahan2 ampun yer k.nur & k.ayu pepandai je kOi nie..kOi xbuat ikut adunan nie tapi kOi masih menggunakan bahan2 dlm rsepi cuma diolah tuk mkn 2 org jer...



kOi xda la pinggan yg canggih manggih tu kOi hantam dalam loyang jer senang citer wakakaka
Shabsuka

Ingredients:-
500g minced beef(or sliced beef)-(500g daging lembu kisar atau daging dihiris)-kOi guna daging ayam kisar (itu je yg ada dlm esbox)
3 tbsp chili paste-(3 sudu besar cili kisar)
3 tbsp minced garlics-(3 sudu besar bawang putih kisar)
2 tbsp minced ginger-(2 sudu besar halia kisar)
4 tbsp curry powder-(4 sudu besar serbuk kari daging)
1 big onion diced-(1 biji bawang besar dipotong dadu)
1 tomato diced-(1 biji toamto dipotong dadu)
1 cup mix vegetables-(1 cawan sayur campuran)
1 can medium size tomato puree-(1 tin tomato puree size sederhana)
4 tbsp tomato sauce-(4 sudu besar tomato sos)
1/2 -1 tbsp sugar-(1/2 -1 sudu besar gula)
1-2 cups of water-(1-2 cawan air)
salt and MSG to taste-(garam & serbuk perasa)

Ingredients for toppings:-(Bahan untuk taburan)
2 big onions diced-(2 biji bawang besar dipotong dadu)
2 tomatoes diced-(2 biji tomato dipotong dadu)
some coriander leaves or chinese celery-(sedikit daun ketumbar atau daun sup)
1-2 red chilies sliced-(1-2 lada merah dihiris halus))
1-2 green chilies sliced-(1-2 lada hijau dihiris halus)
2 tbsp fried shallots (optional)-(2 sudu besar bawang goreng-optional)
6 eggs-(6 biji telur)

Method:-
Mix minced beef with garlics, ginger, and curry powder. Let it rest for at least 20 minutes.
Heat oil in wok and saute onions till soft. Add in chili paste and cook till oil goes up the surface.
Add in marinated beef and stir well. Add in 1-2 cups of water. When beef has reached 3/4 cooked, add in tomato puree, tomato sauce, mixed vegetables and diced tomatoes. Stir well and add in salt, sugar and MSG to taste. Adjust the taste(it should be a bit sour, sweet etc) according to your preferences. Let it simmer for a while and dish out.The mixture shouldn't be too thick or too thin.-(Campurkan daging, dengan bawang putih kisar, halia kisar, serbuk kari dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan tumins bawang besar hingga layu. Masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan perapan daging tadi dan gaul rata. Masukkan 1-2 cawan air. Bila daging sudah hampir 3/4 masak, masukkan tomato puri, tomato sos, sayur campuran dan toamto yang dipotong dadu tadi. Kacau rata dan masukkan garam, gula & serbuk perasa secukup rasa. Sesuaikan rasa-ia harus ada masam dan manisnya.. Biarkan ia reneh sebentar dan matikan api. Shabsuka ini haruslah tidak terlalu cair atau kering.)

Method for preparing Shabsuka:-(Cara menyediakan dan menghidang shabsuka)
Put the beef in a bake able dish and level it.
Sprinkle all the topping ingredients like the tomatoes, onions, chillies, coriander leaves and fried shallots on top of the beef mixture. Make small holes for eggs and bake at 180C degrees for 15 minutes or at least till the eggs are almost cooked. Scoop the some mixture and serve hot with white toasted soft bread or toasted french loaves.-(Bila daging sudah masak, masukkan kedalam loyang atau mangkuk yang boleh dibakar dan ratakan. Taburkan bahan2 taburan, seperti tomato, bawang, lada, daun ketumbar/sup dan bawang goreng diatas daging tadi. Buatkan lubang untuk telur dan bakar 180C selama 15 minit atau hingga telur hampir masak. Ceduk sedikit adunan tadi dan hidangkan dengan roti putih atau roti perancis bakar/panggang)
Sources:-From www.resipi.net

kOi makan dgn roti putih biasa sapu mentega sikit pehtu bakar...perggggggghhhh mmg best ikut hati mmg nk buat lagi sb makan shabsuka nie mmg mengenyangkan..dah abis roti kOi ratah mcm tuh aje pon sodap...rugi sape xtry mmg best...

Rabu, 21 Julai 2010

KERABU APPLE IJO


Kerabu apple ijo nie kOi buat tuk makan dgn nasi goreng ayam tuh..mmg sedap bangat rasa masam,manis pedas...mmg kena la dgn tekak koi yang mmg minat kerabu2 nie...kOi amik resepi kat umah k.nor jgk yg asal nye dari k.lieza(k.nor...!!! complete set mcm akk jgk)....thanx kpd kedua2 nyer...jom layan resepi nyer

KERABU EPAL HIJAU

2 bj epal hijau
1/2 btg lobak merah
2 bj cili merah
2 bj cili hijau - ganti cili padi
1 kuntum bunga kantan ~ tak letak sbb lupa nak beli - kOi pon xboh
1 pokok daun ketumbar - xda stok
1 bj lemon (diambil jusnya) - guna limau kasturi
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa
* kOi tambah bawang besar, daun selom

Cara :
Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
Semua bahan lain dihiris.
Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus lemon.
Kacau rata dan rasakan masamnya
Sedia dihidangkan.
kOi biar dlm esbox jap bagi sejuk baru best mkn yummy..yummy...cuba la...

NASI GORENG AYAM

AsSalam semua..xsabar2 nk masuk n3 nie hari nie kOi nk share resepi yg amat2 sedap,mudah dan ringkas tuk nk buat..kOi potong Q list n3 lain sb nk post yg nie dlu...semua bahan2 nye sentiasa ada kat umah kita punyer..ntah la mmg kena sgt dgn tekak kOi nie, mmg besttttttttt..kOi amik resepi kat umah k.nor secubit garam...k.nor lak amik ka umah mek jahhh...malas nk ckp byk tapi yg penting nasi nie mmg best korang try la buat dlu mesti xnyesal...kOi buat agak2 tuk mkn 2 org so pepandai la adjust ikut suka hati kOi..
NASI GORENG AYAM

Bahan-bahannya:

Bahan untuk ayam :
* 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
* 2 sudu kecil garam*
* 1 sudu besar serbuk kunyit*
* 1 sudu besar rempah kari*

Caranya=
> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
* Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/ daun ketumbar
4 cawan beras basmathi-cuci toskan
4 1/2 cwn air
1/2 cwn susu cair - kOi guna susu full cream malas nk buka susu cair hu3...

Cara-Caranya:
Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak. (masa masukkan ayam nie air mmg xkering lgtaw letak je dlm air tuh)


memula dok pk nak mkn nasi nie kering lak lau xda kuah pape tapi disebabkan malas kOi xbuat jgk kuah pape pon tapi kOi buat kerabu apple hijau mcm k.nor jgk..mmg sedap kerabu nie cuma kOi tambah cili padi bg pedas lg he3...xda kuah pon ok jgk still sedap..pendek dan panjang ckp mmg sedap la...

Selasa, 20 Julai 2010

PANNA COTTA

AsSalam semua..sedap giler kena benda alah nie mau2 lepas keluar dari peti..nyaman sekaliiiiii...org lain dah lama buat kOi dok tunggu strawberi berbuah kat umah nie tu baru jadi..sblum jadi benda alah nie kOi mmg dh beli strawberi kat giant konon2 nk bt panna cotta la last2 jdi panna cota kat perut hubby lak die dok mkn cicah dgn coklat hu3...biarlah rezeki die kan ALLAH dah tetapkan..selang bape hari lak my boss bg strawbery fresh dari cameron maka dgn laju nyer kOi terus buat la panna cotta nie sbelum jadik benda lain lg hua3...mmg ada rezeki kOi la nk mkn benda alah nie kan bukan xley buat buah2 lain tapi teringin yg strawberi jgk...kOi amik resepi jauh nun dijepun sana...jom layan resepi

STRAWBERY PANNA COTTA
Bahan-bahan
•7g gelatin + 3 sudu besar air panas
•2 ½ cawan susu segar
•1/4 cawan gula
•1 sk esen vanila
•Buah2an pilihan - kOi buat stoberi dgn kiwi

Cara-cara
•Campurkan gelatin dan air panas. Satukan hingga sebati tanpa ketul2. Kemudian ketepikan.
•Masukkan susu dan juga gula ke dalam periuk. Buka api kecil dan masak hingga mendidih.
•Alihkan dari api. Tuang campuran gelatin dan kacau sebati.
•Tuang ke dalam gelas atau mangkuk puding. Sejukkan lam peti sejuk. Pastikan sedikit lembut baru tuang puree.
•Kisar buah2an pilihan menjadi puree dengan ditambah dengan sedikit gula. (hana tk ltk pong gula). kOi letak sikit tapi manis ngat la so xyah letak lg ok
•Sajikan dengan menuang puree tersebut di atas puding dan sedikit potongan buah2an tadi.
•Siap dihidang.

nie la pic panna cotta kOi tapi tu la kOi xpandai amik gambar lg xnmpk menggiurkan langsung tapi rasa die mmg sedap..kena belajar lg bab2 amik gambar nie dari kawan semua..sape nk ajar tlg angkat keyboard yer hua3..chowwww

Isnin, 19 Julai 2010

CUCUR UDANG


Salam petang Isnin...cucur udang betoi ke..??? ada setengah org panggil jemput2 atau kodok kan tapi pape pon yg pasti selamat tuk dimakan udah la...nie menu tuk minum ptg kOi dah hubby opssss bukan hari nie punyer yer minum ptg yg dah bape hari lepas hua3...cucur udang nie sedap lau dicicah dgn kuah kacang kan tapi kOi dah stage level malas yg teratas nk bt kuah kacang kOi bantai je cicah dgn sos cili + gula...sedap wehhhhhhhhhhh...sape yg pernah makan mmg taw la ke'delicious'an nye sos cili dgn gula nie...resepi nie korang pepandai la agak2 nyer sb kOi mmg xtimbang xsukat dah main campak2 masuk bekas je...

Bahan :
1. Tepung gandum
2. Udang kecik - buang ekor dan paler
3. Daun kucai
4. Tauge - kOi xletak xda stok
5. Garam
6. Serbuk kunyit
7. Air Panas

Cara :
1. Campurkan semua bahan kecuali air panas
2. Masuk kan air panas sedikit demi sedikit dan gaul sehingga semua bersatu - jgn terlalu lembik
3. Biarkan seketika sebelum digoreng

KUIH LAPIS PISANG

AsSalam..salam bertemu kembali di pagi Isnin yg ceria nie..terasa gembira dan segar badan nie dapat bercuti dan merehatkan minda..alhamdullilah mood kOi dah ok sikit rinie..biasa la sebagai manusia biasa xlarik dari masalah...kOi hanya redha dgn dugaan itu...k la bebalik pada menu yg kOi buat hari Ahad pagi...lepas solat terus mengukus kuih ni sb boleh buat bf pagi tuh...last2 xsempat pon bf sb bz prepare nk buat laksa lemak @ laksa pahang...ingat ke mlm lak nk masak nasi grg aym tapi hubby dah warning xyag masak jap lg sape nk mkn byk2 tuh ha3..alahai syg nie tgh mood rajin nk masak daaaa nnt dah malas kat kedai la jawab nyer...resepi kuih lapis pisang nie kOi amik kat blog mek jah yg tgh cuti berblog skrg nie..dah lama tgk die buat tapi malas nk cari pisang tapi bila k.ida marlida dok rekomen sgt terus kOi pon terguda ha3...jom layan resepi nyer...



KUIH LAPIS PISANG

Bahan A:-
2 cawan santan (akak guna 1 1/2 kotak santan Ayam Brand + air = 2 cawan)- kOi guna 1 kotak santan kara + 1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad/jagung (akak guna tepung jagung)- guna tepung kastad
1 sudu teh garam

Bahan B:-
1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
1/4 cawan air
sedikit pewarna kuning (*akak tambah, kalau guna tepung kastad, xyah letak la rasanya)- letak jgk warna kuning nk bg cantik lg he3

Bahan C:-
1/4 cawan air
sedikit pewarna merah>>letak kaler ijau!! - kOi letak hijau jgk, hidup kedah hi2..

Cara Membuat:-
Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pian (B).
Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.

NOTE :

1. kOi mmg akan griskan loyang dgn minyak sebelum melapis sb nk elakkan kuih melekat kat loyang dan senang dikeluarkan
2. letak loyang yg telah digris dgn minyak dlm pengukus sebentar sebelum letak adunan
3. kOi selalu akan balutkan penutup pengukus dgn kain bila dah masukan adunan terakhir sekiranya ada air yg menitik atas kuih pada lapisan sebelum nyer kOi akan lap dahulu dgn tisu ( jgn le kuat2 taw sekadar melalu kan tisu kat tempat yg berair je)
4. pastikan kuih betoi2 sejuk baru potong lau x nnt die melekat..lgsatu kOi guna pisau plastik tuk potong kuih cenggini..
* nie adalah cara kOi tuk handle kuih begini terpulang la pada cara masing2 yer..

Jumaat, 16 Julai 2010

TOM YAM CLEAR

Salam ptg Jumaat semua..rasa mcm boring jgk walaupon dah cuba buat2 xboring ha3...lau cam tu lebih baik update blog kan..sbenar nya ada lg bape menu yg xupdate...malas nya nk update hanya ALLAH yg tahu....kali nie kOi nk post sal tomyam putih nie xda paste2nye..main campak2 pehtu rebus jer senang kan...ingat masa kOi dok asrama dlu tukang masak kat dining org siam pehtu die suka buat tomyam nie tuk kOi sb kOi suka lepak dgn die...best ooo baik dgn tukang masak nie dpt mkn saje..dlu die ajar kOi makan sambal belacan dgn nangka putik rebus mmg bestttttttttt...tapi sayang nyer kOi xmtk resepi pon yelah masa bdk2 kan org dh bagi mkn cukup la bukan ingat nk belajar pon...kOi nie mana asrama kOi duduk mesti baik dgn makcik2 kantin nyer sb kOi suka nengok deme masak..ingat lg masa kOi demam campak, makcik2 kantin la menjaga kOi siap buat kan makanan special tuk hantar ke bilik lg...ada yg tapau dari umah supaya senang kOi makan xyah turun makan kat kantin suh rehat kat bilik jer..untung nyer masa tuh ramai yg sayang tapi kasih sayang dari family lg syiokkan..k la dah meraban nie jom layan menu tomyam clear kOi nie..main agak2 dan campak jer yg mana ada...


Tom Yam Clear kOi
Bahan : (sekadar mkn 2 @ 3 org)
3 ketul ayam - nk lebih ikut suka
4 ekor sotong
5 ekor udang
4 btg crabstick
2 btg serai - dititik
1 1/2 inci lengkuas - ketuk & potong nipis
1 inci halia - potong nipis
1 biji bawang merah - potong baji
5 biji cili padi merah - ditumbuk
5 biji cili padi hijau - dipotong
7 biji limau kasturi - nak masam lebih kan la
1 biji tomato
daun limau - xda mmg xbest xbau tomyam
jagung muda - xletak xda stok
bunga kobis - xletak
cendawan - x letak
garam,gula & serbuk perasa
Cara :
1. Rebus serai,halia dan lengkuas sekali mendidih
2. Masukkan ayam bersama cili padi merah tumbuk tadi biar ayam lembut taw...
3. Kemudian masuk kan sayur yg keras dlu biar lembut sikit
4. Masukkan lain sayur,sotong,udang dan crabstick
5. Perasakan dgn garam,gula,serbuk perasa dan air limau
6. Biarkan seketika masukkan tomato tutup api
*Note :
1. Jgn biarkan sotong dgn udang masak terlalu lama nnt keras
2. Masukkan air limau masa hampir nk tutup api sebab kOi pernah terbaca yg air limau lau masak terlalu akan berubah rasa menjadi sikit pahit dan kOi akui kebenaran itu sb kOi dah pernah terkena
3. Saje biarkan tomato masuk last sekali sebab biar ia lembut disebabkan panas kuah tomyam aje
4. Boleh letakkan daun ketumbar dgn akar nyer sekali sb pernah terbaca yg tomyam putih nie sedap letak daun ketumbar dan akarnya...tapi kOi xletak la sb xda stok..byk barang xda tuh main guna apa yg ada dlm peti jer...
bagi kOi la kOi suka mkn tomyam yg pedas dan masam tapi lain org lain tekak kan..kat manjung nie kOi xjumpa lg tomyam sedap mcm kat kpg i ha3...tapi lau sup ekor sedap dah jumpa kat ABEE MEK TOMYAM(ikut tekak kOi) mmg terasa pedas masam dan umpphhhh

AWARD DARI IZZAHDAUT

Salam Jumaat semua...hari ni bangun jer dari tido terus kOi berdoa semoga jiwa kOi tenang dan aman hari ni..2 3 hari nie fikiran kOi terganggu sikit ler mcm2 dok pk...kOi nie mmg xboley stress nnt mcm2 la, mcm mn nk jual kek kan sikit2 dah down ha3...ok la xyah citer ttg kOi nnt bertambah stress lg..nie award kOi dpt dari izahdaut yg suka menghapdet blog die dgn masak2 tuh....lau xpercaya jemput la ke blog die lgsatu izzah nie suka ngat dgn muffin mcm2 resepi muffin ada kat blog die best2 semua....ermm ada homework lak sekali dgn award nie...jom la kita layan zassssssssssss....


S: Suke tak award ni?
suka ngat siap dpt homework lg...
S: kamu rasa blog kamu lawa gila?
lawa la pada pandangan mata gue org lain xtaw la ha3
S: kamu selalu singgah di blog sape?
selalu nyer carik blog yg dah update kat list je la pehtu merayap jer
S: beri senarai blog yg 'lawa gila' bg kamu.
xtahu nk ckp sb byk blog cantik2...setiap blog ada la kelebihan memasing
S: Tag kpd org yang kamu rasa patut dapat award special nie
sape2 singgah amik la nak sebut kang dah dpt ke org xpasan ke...so sape rajin amik ler

Khamis, 15 Julai 2010

KIWI SMOOTHIES

KIWI SMOOTHIES

Bahan-bahan
1 biji buah kiwi
3 sb yogurt perisa asli / kiwi
1/2 cawan low fat milk/fresh milk
2 sb gula - nak manis lebihkan la sb kiwi masam sikit
1/2 cawan air
Ais ketul secukupnya

Cara-cara
1. Masukkan semua bhn kedlm blender dan kisar sehingga smooth / halus
2. Tuangkan ke dlm gelas kesukaan anda dan sedia utk dinikmati ...

KEROPOK KETAM


AsSalam semua..sajae nk share satu resepi yg mudah sgt...dah ramai org tahu tapi ada yg xtaw jgk..kOi mula nmpk benda nie kat umah ika pas tuh byk tgk kat umah org lain lg..kOi xda amik resepi sekadar membaca aje sb nk buat sgt mudah..so nie la resepi ingat2 lupa kOi...

KEROPOK KETAM

Bahan :
1. 1 bungkus crabstick
2. sedikt garam - optional (sekadar nk rasakan masin sikit)
3. serbuk pati ayam - optional

Cara :
1. Buka gulungan crabstik potong memanjang
2. Taburkan sedikit garam & serbuka pati ayam ( sedikit shj nnt masin)
3. Goreng sehinnga kekuningan jgn over nnt hangus
kOi buat sepeket je tapi sekejap je licin sb kepok ni mmg best dan ranggup..try la boley buat snack minum ptg..

Isnin, 12 Julai 2010

BANANA CAKE

Assalam semua..nie lg satu menu masa mkn2 hari tu..BANANA CAKE..kOi amik dari blog mamafami, amik dari blog maklang,amik dari chef zubaidah...thanx to all of u...kek mmg sedap dan kalau simpan 2 hari lg moist sesgt xpuas mkn rasanyer...bagi pengemar pisang try la buat mmg xrugi...

BANANA CAKE

Ingredients :
200g flour
1 teaspoon bicarbonate soda
1 teaspoon baking powder
150g ripe bananas ~ mashed (I used 2 ripe bananas, medium size)-kOi lebihkan baru ummpph
3 eggs
1 tablespoon ovallette
a few drops of banana essence (I added)-kOi bubuh jgk
170g castor sugar
120g melted margarine-boley guna myk
Enough chocolate rice/vermicelli ~ coat with a bit of flour-letak almond nib mcm mama


Method :
1. Sift flour, bicarbonate soda and baking powder. Set aside.
2. Beat eggs, ovalette and banana in a mixer over medium speed. Add in banana essence.
3. Add in sugar a little at a time. Continue beating. Pour in the melted margarine.
4. Fold in the sifted dry ingredients and the chocolate rice.
5. Pour into the prepared tins.
6. Bake in a preheated oven at 180 C for 40 to 45 minutes. (Oven temperature and baking time may differ)



Jumaat, 9 Julai 2010

KEK SETAN


Salam Jumaat..rinie kOi akan masuk kan resepi menu makan2 kat umah ritu bermula dgn kek setan yer ha3...suka2 kOi je tulis kek setan nnt marah lak tn punyer resepi..DEVIL FOOD CHOCOLATE CAKE nie kOi amik resepi dari umah k.nor kuala ganu nun..thanx to k.nor secubit garam....mmg sedap cake nie...rugi lau xcuba sb ada rasa cheese+choc ganache mmg walaaaa...tapi mungkin ada setengah yg x suka tu terpulang pada citarasa masing2 la yer...kOi buat 2 adunan kek manakala cheese & ganache kOi buat 1/2 dari adunan asal..guna loyang petak 8x8...

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
sumber: Ayu S'pore
Ingredients:-
1 cup all purpose flour
1/4 cup cocoa powder-( Ayu used Valrhona cocoa powder)
3/4 tsp bicarbonate soda
1/4 tsp salt
1/2 cup granulated sugar-Ayu used 1/4 cup
1/2 brown sugar- Ayu used 1/4 cup
65g butter
1 large egg
1 tsp vanilla extract
1/4 cup buttermilk- (homemade 1 cup milk added with 1 tbsp distilled vinegar leave to rest for about 20 minutes, but use 1/4 cup only ya for this recipe)
1/2 cup warm water

Method:-
Set your oven at 170C
Prepare your cake tins.
Sieve flour, cocoa powder, bicarbonate soda, salt, and set aside.
Beat butter with sugars until light and fluffy, add eggs.
When all well incorporated add the dry ingredients (flour, cocoa powder etc) and alternate with liquid ingredients (buttermilk + warm water) in three portions, last incorporate the vanilla extract.
Bake for about 30 minutes or until just cooked

Cream Cheese Frosting-(make 1/2 the amount next time)
250g Philadelphia cheese-(next time just use 1/2 this amount for the cream cheese)
125 butter
1 cup icing sugar-Ayu used 1/4 cup
1 tsp vanilla extractjuice of a squeezed slice of lemon

Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.

Chocolate Ganache-(make 1/2 the amount next time)
200ml double cream with at least 30% fat content-I used whippping cream
250g dark chocolate, chopped finely
a pinch of salt

In a double boiler, warm the cream until just at boiling point, add the chocolate & salt and stir. When all the chocolate has melted, remove for heat and continue stirring until all well mixed.Let the cake cool completely, spread the cream cheese frosting and pour the ganache on top.
Sources:-From cupcakeschek.blogspot.com
# Kalau sapa2 nak buat satu adunan pastikan guna loyang yg lebih kecil dr 8" x 8"


Rabu, 7 Julai 2010

SUKA MAKAN

AsSalam semua yer yg sudi berkunjung ke umah kOi nie..dah bape hari xupdate bukan xde citer cuma MALAS gilerkkk...makasih jgk kOi ucapkan kepada yg sudi tinggalkan jejak anda utk n3 kOi kat bwh nie..utk pengetahuan semua kek tuh bukan tempahan dari sesape pon..kek tu hasil pergi berguru dgn sifu kOi yg byk bg tunjuk ajar dlm baking world nie sape lg lau bukan k.ana elianas tuhhh..thanx cikgu...nnt bila dh cukup semua peralatan nyer baru kOi akan amik oder tuk stim bc..rasa nyer best buat stim bc nie sb kOi dgn bc agak alergik..bc cepat cair kat tangan kOi sampai lau nk buat apa2 menggunakan bc mesti ada kain dgn air ais kat sebelah kOi tuk celup tangan dan lapik piping bag..hahaha3 lawak tak...org lain ok jer guna bc kOi terlebih sudah...ok la berbalik pada n3 kali nie kOi nk share pic makanan yg baru kOi buat masa buat makan2 kat umah kOi..saje je buat mkn2 nie juz nk melepaskan hajat dihati nk jamu org mkn pulut kuning dan meraikan birthday kOi yg sudah lama berlalu hik3...jom layan...

PULUT KUNING
RENDANG AYAM PEDAS
DEVIL FOOD CHOCOLATE CAKE
ISI DALAM DFCC
KEK PISANG
ZOOM IN
LAKSA JOHOR
TRIFFLES
ok resepi nie akan kOi kongsikan nnt yer...jgn malu2 tuk dtg lg ke umah kOi..daaa jumpa lgik yer...