Isnin, 19 Julai 2010

KUIH LAPIS PISANG

AsSalam..salam bertemu kembali di pagi Isnin yg ceria nie..terasa gembira dan segar badan nie dapat bercuti dan merehatkan minda..alhamdullilah mood kOi dah ok sikit rinie..biasa la sebagai manusia biasa xlarik dari masalah...kOi hanya redha dgn dugaan itu...k la bebalik pada menu yg kOi buat hari Ahad pagi...lepas solat terus mengukus kuih ni sb boleh buat bf pagi tuh...last2 xsempat pon bf sb bz prepare nk buat laksa lemak @ laksa pahang...ingat ke mlm lak nk masak nasi grg aym tapi hubby dah warning xyag masak jap lg sape nk mkn byk2 tuh ha3..alahai syg nie tgh mood rajin nk masak daaaa nnt dah malas kat kedai la jawab nyer...resepi kuih lapis pisang nie kOi amik kat blog mek jah yg tgh cuti berblog skrg nie..dah lama tgk die buat tapi malas nk cari pisang tapi bila k.ida marlida dok rekomen sgt terus kOi pon terguda ha3...jom layan resepi nyer...



KUIH LAPIS PISANG

Bahan A:-
2 cawan santan (akak guna 1 1/2 kotak santan Ayam Brand + air = 2 cawan)- kOi guna 1 kotak santan kara + 1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad/jagung (akak guna tepung jagung)- guna tepung kastad
1 sudu teh garam

Bahan B:-
1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
1/4 cawan air
sedikit pewarna kuning (*akak tambah, kalau guna tepung kastad, xyah letak la rasanya)- letak jgk warna kuning nk bg cantik lg he3

Bahan C:-
1/4 cawan air
sedikit pewarna merah>>letak kaler ijau!! - kOi letak hijau jgk, hidup kedah hi2..

Cara Membuat:-
Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pian (B).
Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.

NOTE :

1. kOi mmg akan griskan loyang dgn minyak sebelum melapis sb nk elakkan kuih melekat kat loyang dan senang dikeluarkan
2. letak loyang yg telah digris dgn minyak dlm pengukus sebentar sebelum letak adunan
3. kOi selalu akan balutkan penutup pengukus dgn kain bila dah masukan adunan terakhir sekiranya ada air yg menitik atas kuih pada lapisan sebelum nyer kOi akan lap dahulu dgn tisu ( jgn le kuat2 taw sekadar melalu kan tisu kat tempat yg berair je)
4. pastikan kuih betoi2 sejuk baru potong lau x nnt die melekat..lgsatu kOi guna pisau plastik tuk potong kuih cenggini..
* nie adalah cara kOi tuk handle kuih begini terpulang la pada cara masing2 yer..

3 ulasan:

  1. fuh fuh.. tiup skit kuih pisang lapis tu. anto seloyang kat umahhhh!! free delivery ya.. aheheh

    BalasPadam
  2. jiya : lau tiup mmg xsampai kuih tu...10 loyang pon boley tapi bayar la myk dah naek rege nie..

    BalasPadam
  3. Salam kak! mekaseh besday wish tu ya.. kita tertarik dgn tom yum kat bwh nun :D kuih lapis pun nk jugak! kalau jiya seloyang kita nak 2 loyang hihihi... take care ya! nanti kalau dah settle sumenyer sekali kita berblog kembali, missss uuuu!!!!

    BalasPadam