Jumaat, 23 Julai 2010

NASI AYAM MANJUNG

AsSalam semua

Salam pagi jumaat yg ceria (hik2 ceria ker) harap2 semua ok yer...pagi ni mantuk sikit nk ckp tidur lewat kul 945 kOi dah sampai dreamland tapi semenjak 2 menjak nie badan kOi mmg xbape segar la...kwn2 ada petua x tuk nenyegarkan badan yg lesu nie...k la berbalik pada menu kita hari nie puan2 sekalian iaitu nasi ayam manjung opsss betoi ke nie..mmg betoi pon sb ayam nie dari manjung daaaaaaaa he2...sebenarnya kOi nk buat nasi ayam ipo tapi sengkuang xda lepas tuh dah mcm2 hal lak jadi masa nk masak nasi ayam nie...last2 ada yg kOi ikut resepi ada yg kOi buat cara sendiri hua2...jom layan resepi yer..kOi amik kat blog mek jah lg yer..ika kangen sama kamu cepat2 update yer.. sebenarnya dah ramai org yg buat ns ayam nie tapi kOi amek resepi kat umah mek jah je la rasanya baru2 nie k.ayu spore pon bt nc aym nie masa yasinan & tahlil kat umah beliau..lau xsilap kOi nie resepi dari k.ayu kan..tapi xpasti la xsempat siasat papepon thanx pada semua yg menempek resepi sampai kOi dpt buat...


part yg paling kOi suka ialah kaki ayam tuh kOi suka ngat sup kaki ayam lau pasan kOi sokmo buat sup kaki ayam bila ada makanan melibatkan sup...satu lg ayam tuh adalah dari bahagian kepak yer (maap ler comel sgt ayam kOi tuh)

NASI AYAM IPOH

Bahan Unutk Nasi:-
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam-
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)

Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya-
4 bawang putih diketuk-
3 inci halia di hiris-
3 helai batang bawang-
1 biji sengkuang dipotong dadu-
1 sudu besar serbuk lada sulah-

Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam n gula secukupnya
(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)

Bahan Untuk Kicap
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)

Bahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Method:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Method Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

harapnyer kOi dapat la memanjangkan lagi resepi nie pada sesiapa yg belum mencuba yer...mmg best sb nasi die kOi ikut cara asal..try la dlu yer nnt kOi akan buat semula ikut resepi asal...chow bedahhhhhhhhhhh

3 ulasan:

  1. Salam midza,
    Amboi rajin betul midza bereksperiment sampai berderet menunya. Semuanya memang melaparkan perut yang tengah lapar ni.Akak dan Amirahpun suka makan kaki ayam. Kadang2 beli kaki ayam aje kat pasar malam dan buat sup satu periuk...hehe
    Shabsuka tu pun teringin nak buat tapi tak try2 lagi sampaikan daging kisar yang dibeli dah kena tibai ngan suami. Dia masak menu dia pula..
    Oh ya tentang badan lesu tu, kak yati baru aje beritahu Ida Marlida yang kak yati pun ada masalah yang sama. Serupalah pula kita ya. Nanti kalau dah dapat petua atau ubat beritahu ya.

    BalasPadam
  2. K.YATI : wsalam kak..sodap kan kaki ayam buat sup hubby dlu xsuka bila dah kawen terus suka lak hua3..shabsuka tuh sedap kak try la..ok lau dpt nnt sy share dgn akk..

    BalasPadam
  3. salam mizwa,
    betul lah tu, manjung tu kat perak kan?..kiki..nasi ayam manjung.
    actually resepi ni dari quinne@myresipi.com
    ..time akak nak masukkan entry, myr time tu tak boleh masuk..so akak kena type semua lagi sekali ikut apa yang akak dah print, adjust mana2 yang akak dah buat ler....tak boleh nak c&p..huhu, yang masukkan kiub untuk supnya tu, akak tambah sendiri..hehe..puas hati makan nasi ayam ni..haha..

    BalasPadam