Khamis, 2 September 2010

KOEW TEOW GORENG

sori gambar kelam la pulok..

AsSalam....
selamat ptg semua...mari sambung kelas masak2 kita hari nie..menu seterusnya ialah keow teow goreng...buat tuk berbuka dan sahur masa hubby duty kOi lau sesorg mmg menu sempoi jer malas nk remeh2....jom layan resepi kOi walaupon semua tahu mengoreng koew teow nie kOi jgk menaip hahaha

KOEW TEOW GORENG

Bahan :
1 peket keow teow
5 sb cili kering kisar
2 biji bawang putih - hiris nipis
2 biji bawang merah - hiris nipis
air asam jawa
kicap pekat
2 sb sos cili
2 sb sos tiram
2 biji telur
1 biji tahu
1 peket fish ball -xyah guna semua
ayam @ daging @ kerang @ sotong
sayur sawi @ kucai
garam + gula
minyak
bawang goreng
cili merah

Cara :
1. Panaskan sedikit minyak tumiskan bawang putih dan bawang merah yg dihiris nipis sehingga sedikit garing
2. Masukkan cili kering kisar dan biarkan hingga cili masak/garing/pecah minyak-sekira guna daging sy akan masukkan sekali
3. Masukan ayam (jika guna ayam),fishball, kicap pekat,sos tiram, sos cili,garam, gula dan serbuk perasa biarkan seketika sehingga ayam empuk/masak
4. Jika guna kerang @ sotong sy akan masuk kan bhn sos dahulu kemudian biar seketika baru masukkan kerang @ sotong
5. Masukkan koew teow dan batang sawi (jika guna sawi) gaul rata
6. Masukkan telur dan sayur sawi kemudian kacau sebati/rata semua bahan biar kan seketika
7. Siap dihidangkan...letak kan tahu, bawang goreng dan cili potong atas koew teow...

1 ulasan:

  1. salam mizwa...sib baik msuk dpur ni memlm..dah knyang..klu tak tgk KTG tu msti trbyang2 cili ptongkan..sdpnya..hehe..

    BalasPadam