Khamis, 18 Ogos 2011

NASI ARAB

Taraaaaaa ni la menu yg kOi masok masa kawan hubby datang berbuka di umah ritu...kOi amek resepi ni dari umah kak nor ganu,ngeeeeeeee asik "rosek" umah kak nor aje nie,jgn marah naa...kOi suka tgk byk menu nasi kat umah kak nor....terima kasih tuk kak nor, dec-sec-girl & ain...kOi kongsi resepi kat sini pulok yea....


NASI ARAB
by dec_sec_girl MyR

sumber : Ain

Bahan-bahan ( 3 orang )
6 ketul ayam ~ k.nor guna daging - kOi guna daging
4 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
1 kiub aya m
1/2 sdk jintan manis
1/2 sdb lada hitam
1/2 sdk jintan putih
3 cwn beras basmathi
5 cawan air
2 sdb minyak sapi - kOi guna majerin jer
1/2 biji bwg besar - di maya ng
1/2 cawan sos tom ato
2 sdb rempah ku rma
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Bwg merah,bwg putih, halia ditumbuk kasar.Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hit am, kiub ayam, rempah kurma,air dan bhn yang ditumbuk tadi kedlm periuk. Masukan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
  2. Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit . Selepas itu toskan beras.
  3. Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan2 rempah kasar dan bwg yg terdapat dlm sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1 cwn cawan sup bg menggantikan air semasa mengisar.
  4. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yg dikisar td.Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
  5. Masukan beras ke dlm periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Bleh tabur dgn se di kit bwg goreng, daun sup dan daun bwg.Nasi ini sedap dimakan de ngan acar timun.

* K.Nor skip step no 5, bila sup dah dimasukkan dlm step no4 dan dah mendidih, terus masukkan beras dan daging. Letakkan periuk kat rice cooker dan masak lah hingga nasi masak. - kOi pon buat cenggini lgpon xguna daging dlm nasi

* disebabkan tak ada stok daun bawang dan daun saderi, K.Nor ganti dgn daun ketumbar, lg wangi bau nasi tu ..

mmg sedap nasi nie, cuma kOi xmasuk kan daging sekali dgn nasi sb stok terhad huhuhu...kOi tgh masak hubby dok tanya bau apa nie sedap nyer hehhehe..try la yea...

2 ulasan:

  1. salam mizwa...saya tak pernah lagi buat nasi arab ni...tak tau bila nak cuba..asyik duk tengok org mencuba jek..hehehe...kalau teringat boleh cuba raya nanti..:)

    BalasPadam
  2. wasalam Q....cuba ler boleh tahan sedapnye...tp ada lg satu resepi yg kak hanieliza punya warna putih aje...

    BalasPadam