Rabu, 11 Ogos 2010

BLUEBERY OREO CISKEK

AsSalam semua
Salam Ramadhan tuk semua pengunjung blog kOi nie..semoga kita semua mendapat keberkatan dan amalan kita diterimaNYA selama bulan ramadhan nie dan bulan2 lain...dah malas nk tulis panjang sebab tadi tdi dah terdelete post pasal kek nie..jom layan resepi yg kOi amek kat blog ika...

BLUEBERRY CHEESE CAKE
Bahan-bahan
Bahan-bahan A:
250 gm biskut mudah hadam - lebih kurang 200g - guna biskut oreo
125 gm mentega tanpa garam - letak 100g

Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream)
250 gm krim keju
165 gm gula kastor - letak 150g
1 sudu besar jus lemon- 2 sb

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal
100ml air- campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit

Topping
Blueberry topping secukupnyer
Jus lemon
Gula caster
Sedikit air
Cara-cara
Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci.
Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry(kOi tabur biskut oreo yg dikisar).Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam. >>Lepas dah keras adunan cheese boleh sapukan fresh cream yg dpukul sebelum dtuangkan kuah topping, lebih kurang 150ml fresh cream.
Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan.
Tuangkan kuah topping hingga habis.


cantik tak ruper bentuk kek kOi hahahaha


Tiada ulasan:

Catat Ulasan