Khamis, 12 Ogos 2010

PANDAN SLICE CISKEK

AsSalam semua...
Salam Ramadhan ke-2...mcm mn berpuasa semlm??? tentu ada mcm2 citer kan...byk ke lauk pauk disediakan tuk berbuka dan bersahur..kOi simple je menu tuk berbuka dan bersahur...gambar pon xsnap malas tul la nk snap pic makanan skrg nie huhuhu...
ok menu hari nie bukan menu berbuka atau bersahur...menu nie sekadar tuk mencuba resepi yg dah lama diprint lgpon cheese tuk kek ni dah lama sgt beli xmenjadi je xperimen nyer...mungkin org lain dah lama buat tapi kOi baru try aje la...resepi yg diamek dari blog CMG asal dari ros nun di jepun...thanx both of u...

PANDAN CISKEK

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 ml susu segar
4 keping slice cheese (cheesedale)
70 g mentega
70 g gula halus
70 g tepung gandum, diayak
4 biji telur gred "B"
1 camca teh pandan paste
Sedikit pewarna hijau
Beberapa titik esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
1.Siat2 slice cheese dan masukkan ke dalam susu segar, panaskan susu dan kacau hingga keju larut, masukkan mentega, pandan paste dan sedikit pewarna hijau, kacau rata dan sejukkan (mat guna kaedah double-boiler)...
2.Asingkan putih dan kuning telur, pukul kuning telur hingga pucat dan masukkan no. 1, kacau rata. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ketepikan.
3.Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue. Kaup balik meringue ke dalam no.2 dan masukkan esen vanilla, gaul hingga rata.
4.Tuang dalam tin yang telah disapu mentega, letak tin dalam bekas lain dan tuang sedikit air hangat (kalau guna tin spring foam, balut bawah tin dengan aluminium foil, utk mengelakkan air masuk). Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sebelum dipotong



SELAMAT BERBUKA DAN BERSAHUR KENGKAWAN....

4 ulasan:

  1. Salam Mizwa..buka ape arini...Kek pandang tu mmg sedaplah..terliur wei..nak buat malas..hantar buka karang sepiring..he he he

    BalasPadam
  2. mmg sedapkek ni..seloyang tu rasa mcm tak cukup je...tak kire la bulan pose ke, kek ni tetap menjadi pojaan hati koi

    BalasPadam
  3. KERUL: wasalam...rini baru pk nk buat kuih bakar bijan menu utama xtaw lg hahaha..
    IZAH : mmg sodap pon..kOi pon suka...

    BalasPadam
  4. amvoiii.. berciskek bulan posa ni..

    BalasPadam