Selasa, 17 Ogos 2010

LAPIS PELANGI

AsSalam semua...
pejam celik pejam celik dah seminggu kita berpuasa yer mesti dah bermacam2 juadah dicuba xkira la samaada buat sendiri atau cuba di param...alhamdullilah setakat nie kOi xmenjejak kan kaki lg ke param bkn apa lau dah terjebak sekali mesti asik nk pergi jer...tahun lepas pergi jgk tapi seingat kOi xlebih 5 kali kot tu pon pasal hubby xda malas nk masak hehehe...tahun nie xtaw la lg....
menu nie kOi buat ahad lepas mula2 nk buat kuih lain tapi lapis pelangi lak yg terjadi disebabkan godaan k.hana la nie (pandai nko dtg mengoda aku yer k.hana) hahaha...dah terang lg bersuluh kOi amik resepi ni kat umah mek jepun tu la...halalkan dan izinkan aku menkopi pastekan resepi nyer disini wahai kekanda ku...

KUIH LAPIS PELANGI

Bahan-bahan: (loyang bulat 7 inci)
2 cawan santan pekat - hana lebihkan 1/4cwn - kOi pon
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad

1 sudu teh garam
pewarna merah, hijau, kuning & ungu


Cara Menyediakan
1.Gaulkan kesemua bahan di atas hingga sebati. Tapiskan. Kemudian bahagian adunan kepada 4 bahagian. (kOi blend jer semua sekali xyah tapis dah)
2.Masukkan pewarna merah ke dalam setiap bahagian secara berasingan.
3.Panaskan kukusan dan masukkan 1 senduk adunan merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit. (panaskan loyang bersama sedikit minyak dlm kukusan sblm masukkan adunan)
4.Kemudian lapiskan satu senduk adunan hijau dan kukus semula selama 5 minit juga.
5.Diikuti dengan lapisan warna biru dan seterusnya warna kuning.
6.Buatlah secara berselang seli hingga habis.
7.Kukuslah hingga kuih masak. (adunan akhir sekali Ummi biarkan kukus selama 15 minit)


(Pesanan Kak Liza: Setiap kuih lapis dan talam yang menggunakan santan, hendaklah dijerang santan anggaran suam sebelum dituangkan ke dalam adunan)

nie plak rezeki kOi tuk hari yg sama kOi buat kuih lapis nie, kawan kOi dtg anto roti jala yg sedap...siap kOi buat sahur sebab waktu berbuka dah byk kuih tapi yg penting nyer roti jala die mmg best sb still lembut walau dah pagi...kOi dah tanya resia kelembutan roti jala ghupernya die menggunakan minyak sapi tapi kOi xla mtk sukatan yg betul lg hehhe lau dpt nnt kOi share dgn kawan2 yer..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan