Khamis, 18 Ogos 2011

DAGING KANDAR II

Lauk daging kandar nie kOi gandingkan dgn nasi arab tuh, dh lama teringin nk makan daging kandar ni tp x terbuat2 so bila dah masak nasi arab, ok jgk masak daging kandar nie....kOi buat sikit aje dlm 400gm daging aje..dlu dah pernah buat dlu kat sini..kali kOi buat guna kicap pekat betoi dlu kicap campor hehehe...

(kOi sgt la xpandai nak amek gambar lau makanan tergelap gelita mcm ni)

DAGING KANDAR

Bahan-bahan ( 6 orang )
1/2 kg daging
6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
2 sudu besar kicap pekat maggi
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
1 labu bawang besar(dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
KUlit kayu manis dan bunga lawang
sedikit daun kari
garam dan perasa

Cara-cara
daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.

2 ulasan:

  1. sedap lauk ni..suami saya pun suka... dulu suka beli yang ready made perencah tu (kari nasi kandar megi) tp skang produk tu dah takde, so kena la buat sendiri...

    BalasPadam
  2. a'ah mmg best lau nie kak noorma...dpt pulak daging btg pinang mmg perghhhh ar...rasanya lau lawan dgn nasi briyani lg sedap nie...

    BalasPadam