Jumaat, 17 Disember 2010
DAGING KICAP PEDAS MY MUM
fuyooooooo dah lama xberupdate beb, kOi dah malas tahap gaban lg pon dah jarang memasak skunk nie rasa nyer lepas raya pose ritu mmg dah jarang masak asik mkn kat luar ajo....terima kasih la kepada yg masih sudi bertandang walaupon blog nie dah mcm terabai tapi kOi tetap buka pintu umah tiap2 hari wlau x berupdate...
nie menu daging kicap pedas yg paling kOi suka sebab resepi mak kOi yela air tangan ibu la yg paling sedap kat dunio kan huhuhuhu....jom layan resepi nyer tapi seperti biasa la korang agak2 bahan nyer sendirik sebab kOi pon ikut tangan je letak bahan.....
DAGING KICAP PEDAS
Bahan2 :
Daging (ikut suka la nok byak mana sekor lembu pon boleh)
kicap
gula
garam
cili merah
cili padi
halia
bawang putih
bawang besar
gula & garam - xyah byk sebab dh ada tadi
kacang buncis/kacang panjang
minyak
air
Cara2 :
1. Potong daging nipis je xyah tebal sgt perapkan dgn kicap,gula dan garam selama 1/2 jam
2. Blend cili,bawang,halia
3. Masukkan minyak dalam kuali kemudian tuangkan bahan blend biarkan sekejap kemudian baru kan daging yg diperap
4. Apabila daging hampir masak masukkan kacang atau sayuran lain jika suka.
5. Biarkan seketika sehingga daging masak tutup api sedia dihidangkan hehehehe...(sgt sedap makan dgn nasi panas dan ikan gelama masam wowwwwwww)
Khamis, 11 November 2010
POPIA KETAM
menu rinie (opss dh lama bt yerk)....rasanyer kOi beli kulit popia masa ramadan tapi xda kesempatan nk buat maklum la bulan pose ritu rajin sgt mcm2 menu nk cuba so terlewat la nk buat popia nie....kOi hentam je buat popia ikut suka hati den lah...
POPIA KETAM
Bahan :
1 paket kulit popia
1 paket isi ketam - potong 2
1 biji sekuang - saiz sederhana (potong/sagat memanjang)
1 biji karot - (potong/sagat memanjang)
1 biji bawang putih - diketuk
sedikit minyak
sedikit garam
Cara :
1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan karot dan sekuang yg telah di potong/sagat
3. Masukkan garam dan biarkan sehingga sayur sedikit layu tutup api
4. Sediakan kulit popia masukkan sayur dan isi ketam kemudian gulung...gam kan dgn tepung jagung/air....
Sos Pencicah Mystyle (kOi agak2 je)
Bahan :
Cili kering
Gula
Garam
Cuka
Air
Tepung jagung
Cara :
1. Masukan semua bahan dlm kuali/periuk biarkan mendidih, rasa masam,masin dan manis
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan air...kacau sebentar tutup api
3. Siap tuk dihidangkan....
Rabu, 10 November 2010
PUDING ROTI SOS KASTARD
puding dah lama tgk kat blog kak hana, pehtu dah lama jgk dah buat, pehtu mmg dah lama nak masak blog, pehtu mmg dah lama malas hahahaha...boleh buat karangan mcm tu x...malas ckp byk layan je la
PUDING ROTI SOS KASTARD - HANA
Bahan-bahan
• 500 ml Susu segar
• 8 keping Roti
• * 4 sudu besar Gula halus
• * 2 sudu besar Butter- cairkan
• * 2 biji Telur
• * 1 sudu teh Esen vanilla
• * 1 sudu besar Tepung Jagung
• * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
• 2 sudu besar Kismis
Untuk Sos Kastard
• 1 tin susu cair
• 2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
• 2 s/b gula
Cara-cara
1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
4. Taburkan kismis diatas adunan.
5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
7. Tuang ke atas puding roti tadi.
Jumaat, 29 Oktober 2010
APRON KUNING AKU YANG PUNYA
DULU - (pic apron kat umah kelly)
SEKARANG - (pic apron kat umah kOi lak)
sebenar nya apron nie kOi dapat masa bulan ramadan lg tapi masa tuh kOi dah blk kpg tuk berhari raya pehtu asik peram jer xupdate2 nie la baru nk update lak....terima kasih byk tuk kelly sebab sudi bagi apron kat kOi yer...selain tuh kOi jgk dpt kad ucapan selamat hari raya dari kelly...
KEOW TEOW KUNGFU
Bahan A
1 bungkus kuey tiaw basah
3 biji telur ( dipukul)
Bahan B
Isi ayam
udang basah yang sederhana besar - dibuang kulit
Daging yang dihiris nipis
3 ulas bawang goreng - dicincang
bunga kobis putih
1 batang karot - potong ikut suka
sayur sawi pak choy
bunga jagung - dipotong
celeri - kalau suka la boleh tambah
2 s/b tepung jagung dibancuh dgn satu cawan air
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
1 s/b sos ikan
garam dan perasa
Hiasan :
Daun bawang, bawang goreng dan limau nipis yg dipotong
Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng telur dan kuey tiaw dalam kuantiti sikit hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan daging.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, sos ikan dan carrot.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan sawi pak choy dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas kuey tiaw dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.
BEBOLA ROTI GORENG
Salam tengahari Jumaat yg terang...tapi tidak seterang diriku ini hahaha...puhhhhhhh dah 15 tahun xupdate blog ni pada sape yg sudi bertandang semasa blog ini tidak di update terima kasih diucapkan, bukan xnk update tapi terlalu bz ditambah vitamin M yg merenyut-renyut tuh....kOi akan update dgn menu2 masakan yg dah lama dimasak yer yg terbaru pon ada tapi kOi akan campur jer bergantung pada keadaan dan masa yg kOi ada....
musim bebola roti goreng dah lama berlalu sebelum ramadan lg kan...kOi amik resepi dari umah k.ayu spore yg asal dari lizahanum thanx to both of u dear....dah ramai yg cuba kan sedappppp....
BEBOLA ROTI GRG
14 keping roti ( plain white bread)-POTONG menjadi kepingan kecil
2 biji telur (saiz besar)
3 batang cili merah (potong kecil2)
1 biji bawang besar (dadu halus2)
sedikit daun sup/bawang (hiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
perasa ikan bilis -(Ayu used kiub ikan bilis dilenyek2 sikit)
minyak utk menumis
Method:-
Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar.
Kemudian masukkan telur, cili merah, bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk .
Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari
Isnin, 4 Oktober 2010
SAGU GULA MELAKA
Salam pagi Isnin yg ceria, semoga xda monday blues yer...kOi masih bz yg xabes lg tapi kena jgk update nnt bosan lak kengkawan dtg xda menu baru...tapi menu ni dah basi yer buat masa ramadhan ritu tapi baru nk update..kOi buat ikut suka sukatan kOi aje tapi kOi bg resepi dari fp k.rinn...
SAGU GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
500gm sagu biji
Air untuk merebus sagu
Seketul gula Melaka
Semangkuk air
2 sudu makan gula pasir
1 mangkuk santan (kOi guna susu)
Secubit garam
Daun pandan
CARA-CARA:
1. Didihkan air. Sedikit demi sedikit masukkan sagu biji dan kacau. * Boleh beli sagu biji yang sudah siap berperwarna hijau atau pink. Sekiranya menggunakan sagu biji yang putih, bolehlah titiskan sedikit.pewarna hijau atau merah. Kacau di atas api sederhana hingga kesemua sagu kelihatan kembang dan jernih warnanya.
2. Tapis dan bilas sagu supaya hilang kanjinya. Ketepikan seketika dan tuang ke dalam bekas pilihan.
3. Panaskan semangkuk air dan masukkan gula Melaka dan gula pasir serta daun pandan. Kacau atas api hingga larut. Tapis.
4. Panaskan santan dgn secubit garam. Guna api kecil sehingga agak mendidih. Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
5. Hidangkan sagu bersama santan dan kuah gula melaka tadi. Lebih enak jika disejukkan terlebih dahulu.
Selasa, 28 September 2010
RAINBOW MARBLE PUDDING
masih belum terlewat kan tuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri tuk semua pengunjung blog ini...dah lama jgk xmengupdate blog, bukan apa kOi SANGAT2 bz sebelum dan selepas raya nie byk sgt keje kat opis nie pon xsettle lg keje sebelum raya sampai dah nk abes raya lau kat umah pulak sgt2 bercinta nk mengupdate blog beruk kOi lembap sgt...terima kasih pada yg masih sudi bertandang ke sini wpon kOi xmengupdate...sape2 yg nk link ke blog masing2 silakan yer kOi xkisah lgsg....
menu pertama selepas raya nie rainbow marble puding tapi bukan buat lepas raya tapi masa bulan pose lg hehehe xsempat nk update sebelum raya...lepas raya nie dapur kOi xberasap lg tambah2 hubby kena g outstation lak lg la malas nk masak :) huhuhuhu....resepi nie kOi amik dari fp k.madiha a.k.a k.ratna...dah pernah buat sebelum nie tapi xsnap, puding nie mmg best sgt2 sape yg pernah buat mesti taw keenakannyer...bg org KL yg malas nk buat boleh oder dgn k.ratna ok die ada mengambil tempahan rainbow marble puding, karipap fozen dan tempeyek...kOi dah rasa karipap dan tempeyek die yg SANGAT2 sedap mmg kOi rekomen kat korang seme....
RAINBOW MARBLE PUDDING
Isnin, 6 September 2010
UDANG SOS LIMAU PURUT
IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT
Bahan :
2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia - kOi guna udang
1/4 cawan tepung serbaguna - buat tepung sendiri jer haha
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskanminyak utk menggoreng
Bersihkan ikan dan keringkan.Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.
Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka - guna air limau kasturi 10 biji
3 sudu besar sos ikan - xletak xbape suka bau die
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam - guna kiub ikan bilis
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit airminyak
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng
SUP TULANG MASAM PEDAS
Basuh bersih tulang dgn tepung gandum dan toskan, tumbuk kasar halia dan serai yg dketuk dan masukkan kedalam air untuk rebusan tulang, rebus sehingga daging empuk.
Tumis kayu manis n kwn2nyer sampai naik bau dan masukkan bhn2 kisar, tumis lagi sehingga betul2 masak..
Selepas itu masukkan kentang dgn tulang serta masukkan air tunggu sampai mendidih dan kentang empuk.. Masukkan garam, gula dgn bhn perasa, tambah apa2 yg kurang, tunggu lagi sehingga daging atau tetel yg melekat dtulang n kentang betul2 empuk..
Last sekali masukkan tomato, dan separuh bwg goreng td ke dalam sup, tunggu dlm 3 minit dan matikan api, selepas itu taburkan daun ketumbar dan daun sup yg telah dpotong td serta lebihan bwg goreng td..
Selepas itu masukkan lada kecik yg dtumbuk terlebih dahulu td, kurangkan kalau tak nak pedas sgt. Rasa sup ni masam2 pedas.. sedia tuk dhidang!
SELERA PANTAI TIMUR
sunyi nyer pagi nie mungkin dah ramai yg pulang kampung halaman...kOi masih bekerja hari rabu nie baru gerak balik ke Pahang...dah xsabar nk blk kpg nie mood raya dah mari nie...tapi tahun nie mmg sebiji kuih raya pon kOi xbuat ntah nape malas sgt ntah huhuhu....
nie kuih muih pantai timur yg glemer2 tapi bukan la kOi buat beli aje kOi kompen xpandai buat hahaa jom layan gambar je lau nak carik resepi pi ngorat sikit uncle G ok...
nekbat bersira
Jumaat, 3 September 2010
AIR ASAM
AIR ASAM TOMATO
Bahan :
2 biji cili merah*
2 biji cili padi hijau*
2 biji cili padi merah*
belacan* tumbuk/blend
1 biji bawang besar - belah 2 potong bulat
2 biji tomato - potong panjang
air asam jawa
sos cili
sos tomato
gula + garam
Cara :
1. campurkan bahan lain bersama cili yg ditumbuk/blend
2. perasakan dgn garam dan gula
*kOi blend jer cili dgn air asam jawa tapi jgn hancur yer
nie la set nasi tomato kOi tuk hari tuh cuma xbuat acar timun aje dah malas lgpon byk2 sgt takut xabes....bagi kat jiran chinese sebelah umah die siap mtk resepi ckp sedap anak2 die suka kembang kempis kempus hidung koi nasib la pakai kain batik lau x koyak seluar kOi masa tuh hahahaha
DALCA
Cara :
* lau ada yg pening baca resepi kOi mtk maaf yer sb kOi mmg xreti nk menulis resepi nie agak2 paham diri sendiri je hahaha tapi ini mmg cara kOi buat...
AYAM MASAK MERAH
NASI TOMATO
Bahan :
3 cawan susu cair - kOi guna susu full cream
2 cawan air
2 sb rempah nasi tomato/daging (lau xda guna rempah kurma)
3 sb tomato puree/sos tomato
rempah 4 sekawan
1/2 biji karot - blend (optional)
kismis/kacang peas/gajus
garam
minyak/majerin - kOi guna majerin
Cara :
1. Panaskan majerin sampai cair masukkan rempah 4 sekawan dan bawang yg diblend @ tumbuk tadi biarkan sedikit garing
2. Masukkan rempah tuk nasi tomato biarkan hingga rempah masak
3. kemudian masukkan karot yg diblend, tomato puree, susu,air, garam dan kismis biarkan mendidih kemudian masukan beras.
4. Boleh ditaburkan dgn bawang goreng sebelum dihidangkan
* Lau kat kpg kOi org calu masak nasi tomato cicah daging rebus dgn air asam jadi air rebusan daging boleh digunakan tuk masak nasi yer...
Khamis, 2 September 2010
KOEW TEOW GORENG
Cara :
FRIED CALAMARI
FRIED CALAMARI
Ingredients:-
500g sotong
1 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
1 biji telur
sedikit garam & lada sulah
1/2 sudu Italian herbs - guna rempah kari je
1 sudu kecil paprika - xda stok
1 sudu kecil serbuk cili
3 btg daun kari - kOi tambah
Method:-
Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah. Pukul telur sikit dan masukkan sootng , ketepikan. Gaul tepung, baking powder, garam, lada sulah, italian herbs, paprika dan serbuk cili. Masukkan sotong yg telah digaulakn dengan tepung, salutkankan sotong dengan tepung. Goreng dalam minyak terendam hingga kekuningan.Hidangkan dengan Sos Tatar dan sos cili.
Sources:-From the net
CEKODOK
Alhamdullilah harinie pc kesayangan kOi dah ok kembali dah boleh kembali aktif mengupdate byk yg dah tertunggak nie hihihihi...mcm mn persiapan hari raya korang dah byk memborong ker baju,kuih,kasut,handbag,tudung, langsir raya dan segala bagai raya la...dah mcm jd trend lau raya jer semua nk bertukar baru yer...kOi mmg xda apa yg baru pon tahun ni, baju pon belum beli ntah la rasanyer xbeli kot tahun nie sb yg tahun lepas pon baru guna 2X aje..xyah membazirkan...lgpon kOi keje pakai jeans dgn tshirt jer tu yg malas nk byk2 baju kurung nnt buat penuh almari jer...kuih raya pon lgsg xbuat lg biler nk start ntah la silap2 kuih tunjuk aje la, sebelum pose beria jer g belajar buat kuih dah pose terus malas lak camno tuh...!!!ada sape nk sedekah kuih raya x..meh kOi kasi alamat...
jom layan lak menu2 berbuka kOi nie...pepagi ni kita start dgn yg ringan2 dlu la yer hehehe...cucur udang ni buat biler pon dah xhingat tapi buat masa berbuka terus xmkn nasi dah sahur jer mkn nasi...resepi tuk cucur udang nie korang agak2 la yer kO bagi bahan jer
Rabu, 1 September 2010
IKAN SUMBAT CILI/IKAN BELAH BELAKANG
lamer gile kOi xupdate kan..bukan apa minggu lepas bz dgn keje sampai masa nk ngular pon xde..pehtu pc lak masuk icu nie pon guna pc opismate kOi...rindu nk g jejalan umah kawan2 yg lain, mesti dah byk n3 kOi terlepas nie..jom layan antara menu berbuka kOi yer...
Cara :
Sabtu, 28 Ogos 2010
TAG DARI KERULL
Soalan 1: Adakah anda rasa HOT..?
HOT gonne tuh...kOi sokmo hot hahaha
Soalan 2: Upload wallpaper PC/laptop yg anda gunekan skrg
Soalan 3: Cerita pasal gambar nih..?
nie pic pokok getoh bapak mertua kOi...lau balik kampung kOi sokmo ikut die g kebun getoh nek motor honda kapcai....
4: Kali terakhir makan PIZZA..?
lama sgt dah ingat biler
Soalan 5:Lagu terakhir anda dengar..?
liyana jasmey - aku xpercaya cinta kot tajuk die
Soalan 6: Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih..?
dengar lagu tuh ler....
Soalan 7: Selain nama sendiri anda dipanggil name ape?
mizwa,mynn,adik,ucu,akak
Soalan 8: Tag lagi 5 orang…
>>wawa
>>mamasya
>>azura
>>sue
>>julie
Soalan 9: Siapa orang no. 1...?
kenal kat cyber jer
Soalan 10: Katakan sesuatu pada orang no. 5...?
biler kita nok berjumper yer..nnt kita gader kat termelove la...
Soalan 11: No.3 ade hubungan ape dengan die...?
xda hubungan pape pon cuma kenalan di internet jer
Soalan 12: Bagaimana pulak dengan no.2...?
mamasya sape xkenal..pakar bab masak2 nie
Soalan 13: Kata2 cinta dengan orang no.4...?
i miss u la...nape aok lamer xupdate weh..balik mesia dok raya nie..
Soalan 14: Berikan 5 fakta yg anda tahu pasal orang yang anda tag.?
1. semua kenal kat tenet jer
2. xpernah bersua muka lagi
3. selalu menjengah blog aokmer
4. semua terror masak & baking
5. semua pompuan hahaha
AWARD DARI KAK AZATIE
Sila klik folder gambar di PC atau LAPTOP anda. Pilih folder gambar yang ke-8, dan di dalam folder yang ke-8 itu pilih gambar yang ke-8 pula. Tulis catatan ringkas berkenaan dengan gambar tersebut. Seterusnya, tag lagi 8 orang..
ermm cuba korang teka agak2 nye pic apa la nie...hehehehehe
nie adalah kerangka umah moyang kOi dekat Chenor...saje masa blk kpg haritu ajak MIL g tgk kpg die nk tgk kawasan kpg area sana...suka kOi tgk kawasan situ sebab masih asli dgn suasana kampung bukan setengah tempat nama jer kampung tapi suasana dah berubah...depan umah moyang nie ada sungai pahang best wooo laau nok mancing...
perhatian tuk :
1. k.madiha
2. kerull
3. k.shaza
4. k.chik mimi
5. kamalia
6. wanieyra
7. k.ede
8. ima
sila buat keje yer...
AWARD DARI KAMALIA
hari nie nk settle kan hutang2 lama dlu..bab masakan nnt yer...
kali ni dapat award dgn tag dari kamalia yg nun jauh di jepun...thanx sudi bg kat kOi yer...nie lak homework yg kOi kena settle kan
1. Apakah yang bermain di fikiran anda sekarang?
2. Apakah nama samaran anda?
3. Berikan 3 orang yang anda sayang?
4. Panggilan untuk si dia?
5. Hadiah yang diimpikan dari seseorang yang istimewa?
6. Blog mana yang anda suka tengok?
7. Tagkan pada 15 orang blogger?
Jumaat, 20 Ogos 2010
SAMBAL TEMPE
SAYUR LEMAK KACANG PANJANG
bz betoi kOi hari nie...nmpk nye minggu kebzian kOi akan melanda nie sb kOi dah LO dari gomen so byk documentation kena prepare adehhhh laaaaaaa sape nk tolong nie...
malas nk pok pek dah nie menu bila ntah masa berbuka cum sahur yer senang citer...kOme berdua jer xyah nk masak byk2 nnt kompen xabes...kOi ni lau mkn nasi mesti nk ada sayur lau xda rasa mcm xlengkap jer..cukup lau xda lauk pauk besar2 nie sekadar ikan grg dgn sayur pon dah ok...wa xkesah punyer...resepi nyer simple jer tapi rinie dgn berbesar hati nk kongsi jgk nnt nmpk pendek je blog kOi....
SAYUR LEMAK KACANG PANJANG
BAHAN :
10 urat kacang panjang- dipotong pendek
1/2 batang karot
1 biji cili merah - belah 2
3 biji cili padi - belah 2
1 biji bawang besar - potong baji
2 biji bawang merah - ditumbuk
sedikit ikan bilis - ditumbuk
sedikit kunyit hidup - hiris nipis
santan 200gm
air
garam
CARA :
1. Masukkan bahan tumbuk bersama sedikit santan dan air...didihkan sebentar
2. Masukkan karot dahulu sebentar kemudian kacang panjang dan kunyit biarkan sayur 1/2 masak
3. Masukkan santan pekat, cili dan bawang besar. Perasakan dgn garam kacau agar xpecah minyak dan biarkan seketika kemudian tutup api...
Khamis, 19 Ogos 2010
COCKTAIL BUAH
resepi nyer mudah aje cuma susu cair dan buah dlm tin campurkan kemudian masuk dlm peti atau terus masukkan ais kiub...senang aje kan..lau xda RCP boleh letak benda lain jgk mcm agar ke, sumi (jelly yg lonjong tuh)....
MEE UDANG
terima kasih kerana masih sudi menjenggah blog ini...mendung je hari nie kat tempat kOi tempat korang mcm mn plak...malas nk coleteh pjg harinie bdan mcm xbest sgt la pulok ramai dah opismate yg demam kOi pon sesema lau xjaga elok2 nie mau melarat...
nie je kOi makan masa berbuka dan sahur semlm..hubby xda die duty so kOi mkn je apa yg ada....jom layan menu mee udang kOi...
MEE UDANG - my style (utk 2-3 org mkn)
Bahan2 :
10 ekor udang sedang
1 biji bawang putih*blend
2 biji bawang merah*blend
1 biji kentang sederhana besar-direbus*blend
2 sb udang kering*blend
3 sudu cili kisar/cili boh
1 biji telur
1 ketul kuib ikan bilis
2 st tepung jagung - dicampur dgn sedikit air (optional)
sedikit minyak tuk menumis
3 cawan air
garam,gula
mee - dicelur
sayur :
karot
tomato
sawi
sudip jagung
cili padi
hiasan :
bawang goreng
daun sup
daun bawang
tahu
fishcake
limau kasturi
Cara :
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan cili kisar/cili boh dan bahan blend smpi garing/pecah minyak
2. Masukkan 2 ekor udang, kiub ikan bilis dan air biarkan sampai mendidih
3. Apabila mendidih masukkan karot,btg sawi,cili padi biarkan seketika kemudian masukkan tomato, daun sawi dan telur.
4. Masukkan tepung jagung tuk memekatkan kuah,biarkan sehingga telur masak tutup api
5. Masukkan mee dlm mangkuk kemudian kuah dan hiaskan dgn tahu,fishcake,daun bwg & sup.
*alahai dah ptg2 baru teringat kOi ada letak sos tomato,sos cili dan sos tiram yer...qty agak2 la...sori atas keterlupaan...
Rabu, 18 Ogos 2010
IKAN TONGKOL GORENG KICAP
alamak terlewat bersiaran hari nie ada org carik x tgk umah kOi mcm kosong jer hahaha xlesah la org carik ke tak janji kOi nak update jgk...ermm smlm kOi dah terkantoi..dah pegi param kes kena migrain...blk keje tergolek dlu dah x lalu nk angkat mata asik berpusing aje nasib la boleh drive lg lau x mr hubby kena jemput kat opis la...dlm kul 6 bangun nk masak hubby ckp xyah kita g beli kat param jer...dgn muka kesian kOi ckp ok la tapi dalam hati wowwwwwwww xyah masak hahaha...ntah la dlm bulan nie kOi dh dpt anugerah baru iaitu migrain...sebelum nie asik dgr org ckp migrain jer tapi xtaw mcm mn rasa nyer skrg hanya ALLAH yg tahu betapa sakit nyer lau terkena...mudah2an jgn la selalu jadi kat kOi amin...
jom la tgk menu kOi masak tuk sahur biler ntah...kOi 1st time tgk kat myresepi-resepi makyong tapi xprint pon main ingat2 jer sebab xla susah ngat caranyer tapi kOi amik resepi dari umah k.chikmi yg jgk amik kat myresepi...
Bahan-bahan
>>Bahan untuk rebus
Ikan tongkol@kayu@aya
asam keping
lengkuas
garam
manisan/gula melaka
>> Bahan untuk goreng kicap
bawang besar-hiris
bawang putih- hiris
cili padi- hiris
kacang panjang
kicap
sos tiram
Cara-cara
1. Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak siket air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.
2. Goreng ikan tongkol yang direbus sehingga garing ketepikan
3. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau.
4. Masukkan kicap dan sos tiram.Kacau dalam 1-2 minit.
5. Kemudian masukkan kacang panjang. Goreng dalam 2-3 minit.Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan.
6. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
7. Sedap dimakan ketika masih panas-panas
Selasa, 17 Ogos 2010
PARCEL DAH SAMPAI
cuba teka...????
cepat2 sape dpt teka nnt kOi bagi hadiah iaitu nmpk tgk lg secara live dari blog ini hahahaha... actualy ni parcel dari k.chikmi ala blogger kat penang yg terkenal dgn blog masakan nyer... mula tgk segala bagai pan ni kat umah k.nor pehtu baru kOi g tgk kat umah k.mimi...mula2 jual mahai tapi last2 tergoda jgk kuikuikui ambik nko...bg sape yg terbekenan jgk boley la oder dgn k.chikmi yer...kOi pon belum rasmikan lg pan2 nie nnt la bila berkelapangan baru nk berxperimen...
ACAR BENDI
jom layan resepi acar bendi yg kOi amek kat umah makcikmanggis...dah lama die buat sblm haritu tapi kOi jer yg baru sempat nk menerai..sedap acar bendi nie kOi suka lgpon kOi suka makan bendi....jom layan resepi nyer...
ACAR BENDI
Bahan-bahannya:)
10 biji kacang bendi(kacang meow)
1 bungkus jagung muda-belah dua-kOi ganti dgn timun
3 ulas bawang merah.
1 ulas bawang putih.
1 inci halia.
3 tangkai cili kering.
1/3 cawan santan pekat.
1 cawan air.
Sedikit minyak untuk menumis.
garam& gula secukup rasa.
1 biji cili hijau -belah dua.
1 biji cili masak -belah dua.
1 tbsp cuka.
Cara-caranya:
Cuci kacang bendi dan potong dua.
Kisar bawang putih,bawang merah ,halia dan cili kering hingga lumat.
Panaskan minyak tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik baunya.
Masukkan air dan santan pekat.
Masukkan garam,gula dan cuka-seimbangkan rasa masin,manis dan masam.
Kemudian baru masukkan kacang bendi ,jagung muda, cili merah serta cili hijau.Biarkan mendidih sekejap.Siap untuk dihidangkan.
LAPIS PELANGI
pejam celik pejam celik dah seminggu kita berpuasa yer mesti dah bermacam2 juadah dicuba xkira la samaada buat sendiri atau cuba di param...alhamdullilah setakat nie kOi xmenjejak kan kaki lg ke param bkn apa lau dah terjebak sekali mesti asik nk pergi jer...tahun lepas pergi jgk tapi seingat kOi xlebih 5 kali kot tu pon pasal hubby xda malas nk masak hehehe...tahun nie xtaw la lg....
menu nie kOi buat ahad lepas mula2 nk buat kuih lain tapi lapis pelangi lak yg terjadi disebabkan godaan k.hana la nie (pandai nko dtg mengoda aku yer k.hana) hahaha...dah terang lg bersuluh kOi amik resepi ni kat umah mek jepun tu la...halalkan dan izinkan aku menkopi pastekan resepi nyer disini wahai kekanda ku...
KUIH LAPIS PELANGI
Bahan-bahan: (loyang bulat 7 inci)
2 cawan santan pekat - hana lebihkan 1/4cwn - kOi pon
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad
1 sudu teh garam
pewarna merah, hijau, kuning & ungu
Cara Menyediakan
1.Gaulkan kesemua bahan di atas hingga sebati. Tapiskan. Kemudian bahagian adunan kepada 4 bahagian. (kOi blend jer semua sekali xyah tapis dah)
2.Masukkan pewarna merah ke dalam setiap bahagian secara berasingan.
3.Panaskan kukusan dan masukkan 1 senduk adunan merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit. (panaskan loyang bersama sedikit minyak dlm kukusan sblm masukkan adunan)
4.Kemudian lapiskan satu senduk adunan hijau dan kukus semula selama 5 minit juga.
5.Diikuti dengan lapisan warna biru dan seterusnya warna kuning.
6.Buatlah secara berselang seli hingga habis.
7.Kukuslah hingga kuih masak. (adunan akhir sekali Ummi biarkan kukus selama 15 minit)
(Pesanan Kak Liza: Setiap kuih lapis dan talam yang menggunakan santan, hendaklah dijerang santan anggaran suam sebelum dituangkan ke dalam adunan)
nie plak rezeki kOi tuk hari yg sama kOi buat kuih lapis nie, kawan kOi dtg anto roti jala yg sedap...siap kOi buat sahur sebab waktu berbuka dah byk kuih tapi yg penting nyer roti jala die mmg best sb still lembut walau dah pagi...kOi dah tanya resia kelembutan roti jala ghupernya die menggunakan minyak sapi tapi kOi xla mtk sukatan yg betul lg hehhe lau dpt nnt kOi share dgn kawan2 yer..